Thursday 25 May 2023

Renewal Shaklee menguntungkan

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Antara cabaran dalam bisnes MLM adalah pembaharuan keahlian. Mana taknya, duit diperlukan untuk pembaharuan.

Ada sesetengah MLM meletakkan nilai berbeza antara menjadi ahli baru atau perbaharui keahlian. Nilai perbaharui keahlian lebih murah berbanding mendaftar ahli baru. Jadi, perasaan serba salah akan muncul. Nak perbaharui, duit tengah sengkek, nanti ken daftar baru, tambah duit lagi, aduhaiiiii. Tak bestnya!!!!

Ahaa, berbeza dengan Shaklee.

Jom kita tengok poster ni dulu,


10 kelebihan menjadi ahli Shaklee bersama MFMS Empire.

Separuh daripada kelebihan adalah berkaitan dengan wang ringgit. Amacam?

Yang pertama - yuran keahlian hanya RM35 sahaja atau PERCUMA, betul, PERCUMA. Jimatnya. Memang menguntungkan. Untuk dapat percuma, pemebilaian pertama mestilah mengumpul 100uv. Yang bestnya sekarang, Shaklee tengah buat promosi keahlian percuma dengan pembelian set rahmah yang berharga RM99 sahaja. WAJIB grab masa ni untuk jadi ahli Shaklee.




Yang kedua - setiap ahli dapat diskaun 20% kerana dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli. Berbaloi sangat jadi ahli. Memang menguntungkan. Jimat duit dapat, sihat pun dapat, insya Allah.

Yang ketiga - promosi bulanan dengan penjimatan yang hebat. Jimat lagi. duit yang ada boleh digunapakai untuk kegunaan lain. Bila membeli produk Shaklee yang ada promosi, memang save budget lah πŸ˜€

Yang keempat - Cash Bonus atau Cash Rebate bulanan akan dibayar oleh Shaklee apabila layak cukup point, walaupun makan sendiri sahaja. Fuyoo, dapat tunai atas pembelian. Wang tunai boleh guna untuk beli produk Shaklee. Jimat lagi. untung, untung, untung.

Yang kelima - peluang jana income 2,3,4 dan 5 angka sebulan. Cerita pasal duit lagi. dan ini yang paling best, sebab jana pendapatan  bila jadi ahli Shaklee setelah mengikuti kriteria yang ditetapkan.

Memang menguntungkan lah jadi ahli Shaklee.

Tapi, RENEWAL SHAKLEE macamana yer?

Ahaaa. Untuk yang ini, jawapannya pada kelebihan No 1 apabila menjadi ahli Shaklee. Cuma, apabila dah jadi ahli, beli satu produk Shaklee sahaja, proses pembaharuan keahlian telah berlaku, tidak perlu sampai 100uv. Dan paling aweseome, tarikh tamat keahlian Shaklee adalah mengikut tarikh lahir kita. Jadi, senang nak ingat dan senang nak buat pembaharuan keahlian. Untuk pembaharuan berlaku lebih awal, pembelian produk Shaklee tiga bulan sebelum tarikh lahir boleh diterima sebagai pembaharuan keahlian.

Mudah sangat renewal Shaklee - bayar RM35 atau beli apa-apa produk tiga bulan sebelum tarikh lahir kita. Nak menguntungkan, pilihlah beli produk. Bila beli produk, kita amalkan, kita dapat kesan yang baik, insya Allah kesihatan dikurniakanNya.

Jadi, RENEWAL SHAKLEE memang menguntungkan dan akan kekal menikmati kelebihan menjadi ahlli Shaklee.

Jadi, jom jadi ahli Shaklee beramai-ramai.

Jom sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Tuesday 23 May 2023

Shopping Shaklee dapat Cash Rebate

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Shopping adalah kegemaran majoriti wanita dan kanak-kanak. Kaum Adam pun suka shopping, cuma tak sehebat kaum Hawa dan kanak-kanak. Ada yang tak setuju ke? 😎

Hari nak cerita shopping dengan Shaklee dapat cash rebate. Lagi banyak shopping, lagi banyak cash rebate dapat. Haaa, macam tak percaya kan? Ini kenyataannya. Kelebihan shopping vitamin Shaklee.

Shoping vitamin dapat cash rebate

Cash rebate Shaklee ni sangat berbaloi tau. Shopping makan sendiri pun boleh dapat cash rebate. Ini jadual cash rebate Shaklee yang awesomes.

Jadual cash rebate Shaklee

Dalam dunia ini, duit ini menjadi keperluan untuk memenuhi keperluan. Betul, duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit. Jadi, bila ada insentif Shaklee yang beri cash rebate apabila shopping vitamin Shaklee, ini adalah peluang, peluang untuk tambah pendapatan, untuk menampung keperluan keluarga. Peluang untuk memastikan bekalan vitamin Shaklee sentiasa ada untuk diri, pasangan, keluarga, ibu dan bapa. 

Keunikan cash rebate Shaklee ni adalah bergantung kepada usaha kita. Usaha berterusan pasti akan menjanjikan hasil. Begitu juga cash rebate Shaklee ni. Dan konsep yang diaplikasikan adalah - lebih ramai kita bantu, lebih besar dan berbaloi nilai cash rebate kita. Lebih ramai kita ajak untuk jana pendapatan, lebih lebat cash rebate kita. 

Cash rebate atau pulangan tunai dari Shaklee ini boleh mencapai 2, 3, 4, 5 dan boleh jua capai 6 angka. Besar kan? Saya sendiri pernah mencapai cash rebate sehingga 4 angka dan menjadikan jumlah setahun mencapai 5 angka. Kagum dengan diri sendiri. Dan paling best, pada masa yang sama, sihat dapat, kaya pun dapat. Bersyukur sangat apabila mencapai cash rebate sebanyak itu. Satu perjalanan yang cukup membahagiakan.




Syukur dengan pencapaian ini

Dan cash rebate ini selalunya akan dibank in ke dalam akaun bank pada pertengahan bulan. Amacam? Hujung bulan dapat gaji kerja hakiki, tengah bulan dapat cash rebate Shaklee. Teruja tak?

Bila nutrisi kini perlu dijaga, perlu diteliti, perlu dibelek, perlu dipilih yang terbaik, maka vitamin Shaklee yang selamat, berkesan dan terbukti seharusnya menjadi pilihan dan menjadi menu diet harian. 

Nak mula makan Shaklee, tak tahu nak mula dengan yang mana?

Meh saya kongsi. Pilihan pertama yang ada adalah set rahmah Shaklee yang kini sedang ada di pasaran. Dua produk dengan harga RM99sahaja. Dan tempoh pengunaan untuk sebulan bagi #ESPShaklee dan enam bulan untuk #VitaminCShaklee. Berbaloi kan?

Set rahmah yang sangat berbaloi bulan ini

Set kedua yang boleh jadi pilihan sekarang adalah Set Hello New You. Lima produk dengan harga RM353 sahaja. Amacam? Set ini bagus untuk kesihatan keseluruhan, untuk slim dengan sihat, slim dengan cantik.

Set Hello New You


Jadi, mana satu pilihan kalbu? 

Jom kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Monday 22 May 2023

Pengalaman Mobile Spa dengan Youth Skincare - Instant Effect

Bismillah

Moga posting menemui kalian dengan kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila sebut spa ni, yang terbayang adalah tenang, lega, lembut, glowing, bersemangat, bertenaga, awesome.

Begitulah wanita, perasaan ni memnag boleh dicapai melalui perkhidmatan mobile spa, dan insya Allah dengan mobile spa BOTG pun boleh dan selalunya akan dapat lebih daripada tu. Nak tahu, kenalah book spa dengan kami, team BOTG

Team Mobile Spa BOTG yang awesome

Saya sendiri ada pengalaman mobile spa oleh team BOTG ni. Memang terbaik perkhidmatannya. Saya ni jenis yang takut buat facial tau, sebabnya takut muka bertambah teruk. Dari tak berjerawat ada jerawat. Alhamdulillah, muka saya ni jenis tidak mudah naik jerawat. Dari muka cerah, menajdi kusam. Jadi, saya memang tidak pernah membuat facial dengan perkhidmatan spa komersil di luar sana. Dan tambahan pula, harganya bukan kaleng-kaleng. Muka ni belum tentu terjamin. Arwah Mama pun tak pernah ajar untuk buat facial spa, cukup sekadar cuci muka dan sentiasa ambil wudhu secara sempurna. Itulah ajaran Mama kepada saya.

Bestnya pengalaman mobile spa

Jadi, bila terjebak dengan mobile spa ni, takkan tak nak cuba kan?

Cuma nak beritahu, satu keyakinan yang membuatkan diri ini GO FOR IT adalah penggunaan produk Youth Skincare. Produk keluaran Shaklee yang melalui tempoh kajian hampir 8 tahun. Satu-satunya produk penjagaan kulit yang menjaga kesihatan mata melalui ujian oleh oftamologis. Kagum kan? 

Youth Skincare - anggun, putih, suci, bersih, tulen


Dan berikut adalah standard keselamatan Shaklee untuk produk penjagaan kulit Youth ini :

Piawai untuk produk penjagaan kulit Youth

Dan ini sebab utama, kerana produk yang awesome. GO FOR IT juga adalah kerana nak merasai sendiri pengalaman dibelai oleh team BOTG yang cukup latihan dan pengalaman. Kalau tak rasa, macamana nak cerita kat pelanggan? Betul tak?

Sungguh awesome, sungguh puas hati, sungguh mampu bayar.

Jadi, saya panjangkan langkah dengan mendalami apa yang ada dalam produk Youth Skincare ni. Bila tahu lima bahan utama ini ada dalam produk Youth Skincare, memang benarlah menjadikan selamat, berkesan dan terbukti.

Kuasa botanika dalam produk Youth Skincare

Berikut adalah fungsi-fungsi ramuan-ramuan utama dalam produk Youth Skincare :

(i) Muscadine Grape - Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin

(ii) Lotus Japonicus - mengaktifkan protin Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolage, elastin dan fibrilin

(iii) Apple Stem Cell Extract - mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri an lembut

(iv) Schisandra Chinensis Fruit Extract - untuk menyokong struktur kulit muda

(v) Vital Repair Complex - memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat

Amacam? Mana tak bertambah cinta kepada produk ShakleeπŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’•

Ini baru sebahagian cerita berkenaan produk Youth Skincare. Jika dibedah betul-betul, mahu berhari dan bermalam jugaklah.😁😁😁

Dan ini pengalaman pelanggan saya setelah mendapat perkhidmatan mobile spa daripada saya. Selesai sahaja rawatan, urut-mengurut, kami berborak. Dan ini soalan pelanggan saya :

Pelanggan : Moisturizer tu berapa satu?

Saya : RMXXX 

Pelanggan : saya ni jenis kulit kering, memang kena pakai moisturizer selalu. Masa akak sapukan moisturizer, boleh rasa kesannya. Best sangat. Nak kena order ni.

Alhamdulillah, pelanggan dapat kesan Shaklee secara INSTANT. Memang terbaiklah produk Youth Skincare ni. Add on with perkhidmatan mobile spa BOTG, memang bertambah-tambah nilainya. Rugi bagi mereka yang belum pernah rasa.

Alhamdulillah, saya telah mendapat latihan sebagai trainer BOTG. Nak khidmat facial spa pun boleh, nak belajar buat duit dengan mobile spa pun boleh.

Nak perkhidmatan mobile spa, mehlah roger





Moga kita semua sama-sama sikat, berjaya, kaya dan bahagia.

Alhamdulillah.

#kursusspamurah
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline

Wednesday 17 May 2023

Semua adalah aturanNya

Ziarah pusara Mama bersama Al Fatih


Bismilah

Moga posting kali ini menemui semua dalam kemanisan iman.

Sungguh, semua adalah aturanNya dan yang terbaik untuk kita. Bila kita telah baca zikir Ya Bari' 41 kali, kita redha, kita sabar, kita terima dan kita bersyukur.

Pagi ini, Abe tak nak turun kereta walaupun dah sampai sekolah. Lega kini bergelar Pengurus Rumahtangga. Dengan sabar, tanpa marah, tunggu mood Abe datang untuk run kereta. Ikut kiraan masa ambil sehingga 45 minit. Waduhhhh, banyak kerja boleh buat tauuuu.

Tetapi, Allah aturkan pertemuan dengan ibu yang sama-sama hantar anak ke PPKI. Dapat berkongsi cerita, berkongsi pengalaman memiliki anak istimewa.

Sementara menunggu mood Abe datang, dapatlah berborak dengan ibu tersebut. Allah nak aturkan satu pertemuan ukhuwwah rupanya. Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui.

Selesai episod pagi ni.

Bersambung pulak dengan cerita kedua.

Pagi ni jua telah buat temujanji untuk rawatan alternatif untuk Al Fatih. Dalam perjalanan, dapat makluman, temujanji perlu dibatalkan, motosikal perawat ada problem

Allah, ujiannya. Itu keluhan pertama.

PAUSE.

Jom ziarah pusara Mama.

Allahuakbar. Rezeki dapat ziarah pusara Mama. Dan ini pun terapi. Terapi jiwa yang Allah aturkan, bukan saya aturkan. Sungguh sayangnya Allah pada hambaNya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Teruskan bersyukur

Yakinlah aturan Allah adalah yang terbaik kerana Allah Ya Bari', Allah Yang Maha Mengatur.

Moga bermanfaat.

Sunday 14 May 2023

Buat duit dengan kelas bisnes facial terkini BOTG

 Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dengan kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Syukur, syukur, syukur berada bersama bulatan hebat ini. Bulatan ini booster secara keseluruhan, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Macam tak caya kan? Jom klik sini, kita story, story seronoknya.

Hari ni nak cerita nak buat duit dengan bisnes facial. Menarik kan? 

Buat duit dengan bisnes facial

Permintaan spa facial kini mula bertambah. Wanita-wanita memerlukan 'me-time' yang berbaloi untuk RECHARGE. Kaum Adam pun perlukan facial juga tapi permintaan daripada wanita lebih banyak.

Jadi, ini adalah peluang bisnes. Tapi nak buka spa memerlukan modal yang besar kan? nak beli alat, nak upah pekerja, nak sewa tempat, pergi kelas spa yang yurannya boleh tahan. Ahaaa....tidak lagi dengan mobile spa. Modal yang diperlukan adalah harga yang mampu dibayar. Pulangannya SEGERA dengan syarat kerajinan dan kesungguhan mengiringi bersama ilmu yang dipelajari dalam kelas bisnes facial bersama BOTG.😍

Berapa tu? Berapa tu? Berapa tu?

Maharnya cuma RM1,999.

Huish, empat angka tu, kira mahal jugak. Tungguuuuuu.

Meh kita lihat apa yang termasuk dalam empat angka ni, selepas tu, boleh cakap samada empat angka tu murah-murah sangat atau tidak berbaloi.

Taraaa...ini yang termasuk dalam pakej Spa BOTG (Beauty On The Go) yang bernilai RM1999.

(i) Produk kecantikan lengkap untuk mulkan spa

(ii) kelas spa secara HANDS ON dengan trainer BOTG

(iii) coaching seumur hidup, yup, seumur hidup

(iv) barang-barang asas untuk mulakan bisnes spa - beg spa, trail kit spa, ion massage

(v) kumpulan sokongan - al maklum, apa jua ilmu akan berlaku evolusi, jadi evolusi, perubahan ini kita akan bincang di kumpulan sokongan

(vi) pendapatan dari enam penjuru (ini bila join, kami akan revealπŸ’–)

Enam perkara dengan harga empat angka, amacam? Jika dibuat pembahagian secara terus, satu item bernilai RM334. Woohooo. Betul ke ni? Memang betul, sahih, tepat. πŸ˜‰


Kita tengok apa produk yang termasuk dalam pakej ini.

Ini produk kecantikan yang akan anda dapat dengan pakej ini :

πŸ‘‰ Full set of Youth Skincare

πŸ‘‰ Natural Scrub

πŸ‘‰ Natural Masker

πŸ‘‰ Additional of 2 types of Mask (Gold & Clay)


Dan ilmu hands on yang akan dipelajari, adalah :

πŸ’šBelajar 2+1 courses - Facial Relaxing Treatment & Face Massage + How to set up home & mobile spa


Jadi, apa kata survey? Menarik kan tawaran ni? 

Kita tengok mereka yang telah berjaya dengan bisnes ini bersama BOTG.

Instant cash dengan bisnes facial

Happy kan dapat instnt cash daripada bisnes facial 

Senyum sampai ke telinga dapat duit dengan bisnes facial

Amacam? Teruja tak lihat kipas duit hasil bisnes facial bersama BOTG? Best sangat kan?

Dan ini 9 kelebihan bersama bisnes facial BOTG. Memang terbaikkkk tau.

1) Training yang cepat & mudah, dalam 1 hari dah selesai! Wah, seronoknya.

2) Kursus Spa yang sangat praktikal & fleksible (ada yang datang training bawa anak lagi ☺). Motehr-friendly betul ni.

3) Lengkap produk untuk memulakan bisness Mobile Spa - lepas selesai kursus, dah boleh terus mula!

4) Barang asas Spa disediakan 

5) Sijil Penyertaan diberikan

Alhamdulillah, saya mendapat sijil setelah selesai menjalani latihan facial

6) Setiap modul BOTG telah disusun dengan teliti agar peserta MAMPU untuk apply terus ilmu tersebut. Kami JAMIN, setelah selesai sahaja kursus Spa, anda boleh terus mulakan bisness Mobile Spa anda! 

7) Dengan Ilmu Spa yg kami ajar, anda berpeluang untuk memperoleh pendapatan hari2! Bila ada ILMU, diri anda umpama "magnet" duit tau 

8) Bimbingan support group & mentor yang akan guide untuk berjaya

9) Setiap alumni BOTG juga diberi panduan bagaimana untuk mengekalkan kesihatan & kecantikan dari segi luaran juga dalaman, melalui kelas-kelas nutrisi yang dijalankan from our certified Nutritionist (kami tidak mahu Beautician kami hanya sekadar cantik di luar sahaja)

Kelebihan no 9 ni memang buat saya betul-betul jatuh cinta dengan BOTG ni tau

Gambar solo di program bersama pasukan bisnes facial BOTG


Gambar bersama team BOTG


Jom, kita buat duit dengan bisnes facial BOTG.

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline



Friday 12 May 2023

Set Hello New You - Set Kurus untuk remaja

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Remaja mengikut definisi adalah manusia yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 19 tahun.

Zaman remaja adalah zaman yang transisi yang penuh dengan warna warni

Zaman remaja adalah adalah tempoh peralihan dari alam kanak-kanak hingga remaja.

Dan kaitan topik pilihan kali ini, berbincang berkenaan remaja kerana mereka adalah generasi akan datang yang akan membina negara, memimpin rakyat, membentuk perpaduan masyarakat, membangunkan ekonomi negara dan banyak lagi peranan remaja masa akan datang. Dan semua peranan ini memerlukan remaja sekarang hidup sihat, tiada penyakit, tidak obes....opsss, tidak obes.


Statistik persepsi remaja berkenaan berat badan

Satu perkara yang menjadi kebimbangan semasa di mana ada kajian menunjukkan bahawa 15 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Angka ini sungguh membimbangkan. Berat badan berlebihan perlu ditangani sejak usia remaja bagi mengelakkan kesukaran untuk menurunkan mengikut berat ideal ketika dewasa.

Antara punca yang dikenalpasti perkara ini berlaku adalah :

(i) Tabiat makan yang tidak sihat - makan berlebihan, makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi, makan malam beramai-ramai, makan semahunya

Makanan manis

(ii) Aktiviti fizikal yang rendah

(iii) Tidak bersenam

(iv) Leka dengan peranti

Leka dengan peranti


Jadi, setiap punca di atas perlu ditangani sewajarnya.


Tabiat makan yang tidak sihat

Selalunya tabiat tidak sihat ini dikaitkan dengan makanan manis, makanan masin, makanan segera. Semua makanan ini akan menyebabkan manusia, dalam konteks ini remaja khasnya akan hendak makan lagi, makan lagi, makan lagi dan ini menyebabkan ketagihan. Bila ketagihan ini berlaku, berat badan akan mula bertambah. Fizikal remaja mula berubah. Kegemukan dan obesiti terjadi. Proses ini mengambil masa. Maka proses pemulihannya juga mengambil masa.

Oleh itu, cara pemakanan sihat amat digalakkan. Dan jika keadaan remaja telah mencapai obesiti, pemakanan sihat itu menjadi WAJIB.

Antara cara pemakanan sihat yang boleh diamalkan :

(i) Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak

Buat pilihan yang tepat

(ii) Makan secara sederhana - berhenti sebelum kenyang

(iii) Amalkan Set Hello New You dari Shaklee.πŸ’˜


Dan cara ketiga ini disarankan untuk remaja bagi memudahkan melalui proses kurus dengan cepat dan selamat.

Cara ketiga ini memang jarang-jarang diketengahkan memandangkan cara ini melibatkan sedikit wang ringgit. Wang ringgit boleh diusahakan, kesihatan kini menjadi kekayaan sebenar apabila obesiti atau kegemukan menjengah. Daripada menggunakan wang untuk membeli makanan kurang bernutrisi, salurkan wang ringgit tersebut kepada set Hello New You yang selamat, berkesan dan terbukti ini.

Jom kita lihat fungsi setiap produk secara ringkas 

1) Cinch Shake

Khasiat dalam produk ini merapatkan jurang nutrisi dalam badan, mengekalkan dan membaik pulih sel-sel tubuh badan untuk kesihatan jangka panjang

2) Herb Lax

            Ramuannya membantu menyingkirkan toksin daripada badan

3) Lecithin 

             Khasiatnya mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati

4) Omega Guard

               Khasiatnya menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak

Nampak lebih jelas kan bila kita tahu setiap fungsi produk dalam set Hello New You ni. Dan kita lebih faham kenapa kita ambil produk ini, dan akan membuatkan kita fall in love dengan Shaklee ini. Ada beran remaja-remaja sekalian? πŸ˜€πŸ˜

Jom cuba. Mana tahu boleh buat duit dengan Shaklee.

Ini kejayaan mereka yang menggunaka set Hello New You. Memang memberangsangkan






Aktiviti Fizikal Rendah dan Tidak bersenam

Bagi punca-punca ini, hanya satu sahaja caranya, iaitu aktifkan diri. Disiplinkan diri untuk mengadakan riadah. Luangkan masa, WAJIBkan diri bersenam tiga kali seminggu.

Remaja beriadah

Aktiviti-aktiviti fizikal ini lebih seronok dan meriah apabila dilaksanakan bersama-sama dengan teman-teman yang sama-sama ingin menurunkan berat badan. Dan hasilnya dikongsi bersama. Bertambah semangat semuanya untuk sama-sama sihat, insya Allah.


Leka dengan peranti

Cabaran yang sugguh hebat alaf ini apabila semua perkara melalui atas talian. Kerja sekolah melalui atas talian, makluman sekolah melalui atas talian, borang-borang melalui atas talian - hampir semuanya atas talian. Jadi, memang tidak dapat dielakkan pengguna peranti ini.

Jadi, menjadi pengguna bijaksana, remaja perlu mempunyai disiplin dalam penggunaan peranti ini. Jangan mudah leka dengan pengisian lain yang sememangnya terlalu banyak atas talian. Untuk perkara ini, memang perlu memupuk iman yang kuat, iman yang utuh, iman yang sejahtera supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara sia-sia.

Mencari maklumat untuk jauhi obesiti, menangani obesiti tu bolehlah. Tapi jangan cari sahaja, perlu seiringan dengan tindakan, Maka akan ada hasilnya. Insya Allah.

Moga penulisan ini memberi manfaat buat semua terutamanya kepada remaja dan juga ibu bapa yang perlu sama-sama memberi sokongan dalam menangani isu obesiti di kalangan remaja.

Jom kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#SetKurusRemaja
#SetHelloNewYou

Wednesday 10 May 2023

Tips kekal slim bila hadir Hari Raya Open House

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila masuk Syawal, jemputan Hari Raya Open House pasti diterima. Bagi yang bekerja, ada Hari Raya Open House di pejabat. Ada ikut Unit, ikut Jabatan, ikut Bahagian. Hujung minggu, jemputan daripada kenalan kolej, kenalan universiti, jiran tetangga dan ramai lagi. Belum masuk lagi jemputan terbuka dari organisasi kerajaan dan banyak lagi. Nampak kan senarai jemputannya, mesti penuh slot sepanjang hujung minggu tu.

Jom hadir Hari Raya Open House

Jadi, bila dah penuhi jemputan, mesti menjamah makanan dan hidangan. Ikutkan hati, semua nak dirasai. Ikutkan perut, selagi boleh diisi, kita isi. Tapi, ikutkan minda, berat badan baru turun masa Ramadhan, takkan nak tambahkan berat badan sekelip mata. Allah, maka diri dalam dilema.

Sebab itu, saya selalu aplikasikan tiga tips ini apabila memenuhi jemputan Hari Raya Open House.

Tips pertama - saya WAJIBkan diri menjamah makanan. Itu adab sebagai tetamu. Cuma saya hadkan pada diri, pilih dua menu sahaja. Dan cara pilihan saya adalah memilih menu yang rare. Yup, pilih menu yang rare, menu yang unik. Susah nak jumpa, REAL HOME MADE. Yang catering masak, kita ketepikan dulu kecuali memang semua catering yang sediakan. Contoh yang unik - kambing bakar, roti jala kuah durian. Saya akan pastikan amaun yang diambil adalah untuk merasa, bukan melantak😁. Lepas ni banyak lagi Open House nak pergi.

Menu rare Hari Raya Open House - roti jala kuah durian

Menu unik Hari Raya Open House - kambing bakar


Tips kedua untuk saya sebagai penggemar dessert, saya hadkan diri ambil tiga atau empat jenis desert sahaja dengan syarat setiap desser hanya satu sahaja. Contohnya hidangan yang disediakan adalah creampuff vanila, creampuff coklat, creampuff custard, eclair, fruit tar, egg tart. Nampak tak kesedapannya di tekak. Semua nak ambil kan? Ingat tips tadi, empat jenis sahaja. Jadi satu creampuff custard, satu eclair, satu fruit tart, satu egg tart. Begitulah cara saya.


Sedap sungguh Mix Box dari Uli Uli Delights

Tips ketiga adalah Hari Raya dengan Shaklee. Macamana tu? Supplemen Shaklee WAJIB saya ambil setiap hari. Tiga supplemen berikut memang bantu proses penghadaman, pembakaran lemak dan kekal slim, insya Allah. 

(i) Omega Guard Shaklee

Supplemen ini berfungsi dalam proses pembakaran lemak. Cuma amalkan tiga biji sehari. Selain itu, khasiatnya juga membantu otak, jantung, sendi berfungsi dengan baik.

(ii) Lecithin Shaklee

Supplemen ini membantu dalam perut kekal kempis. Gabungan supplemen ini dengan supplemen no (i) akan membuatkan proses pembakaran lemak lebih efisien.

(iii) Vivix Shaklee

Supplemen premium ini memang WAJIB diamalkan. Khasiat polifenol membantu proses penghadaman, membantu mengawal craving. Hanya sesudu sehari untuk mendapat khasiatnya yang sungguh superb.

Jadi, inilah tiga tips saya amalkan sepanjang memenuhi undangan Hari Raya Open House. Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#HariRayaOpenHouse
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Sunday 7 May 2023

Part time job sekarang berbaloi

 Bismillah

Moga posting menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Satu ketika dahulu, bila sebut part time job, mesti sebab nak cari duit lebih. Dan part time job ni selalunya luar waktu kerja hakiki, kerja makan gaji. Dan ramai lebih suka fokus pada pekerjaan hakiki dan tetap daripada membuat part time job. Antara sebab utama adalah gaji kerja tetap adalah terjamin dan lebih tinggi berbanding part time job.



Tapi kini, perspektif part time job berubah. Satu anjakan paradigma berlaku selepas Covid 19. 

Fakta kerja tetap terjamin dan gajinya tinggi masih lagi betul, cuma bahagian gaji part time job lebih tinggi daripada kerja tetap kekadang terjadi apabila kena part time jobnya. Menarik kan?

Semasa Covid-19, apabila keadaan tidak mengizinkan bersemuka berlaku, perniagaan atas talian atau menjana pendapatan secara online menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Dan kebanyakan aktiviti perniagaan atas talian ini atau menjana pendapatan secara atas talian dikategorikan sebagai part time job. Keutamaan diberikan kepada kerja hakiki dan masa lebihan digunakan untuk part time job. Duit lebihan diperolehi dan dijana, dijana dan tanpa sedar kekadang melebihi gaji kerja tetap.

Namun demikian, selepas pandemik, perubahan berlaku. 

Aktiviti bersemuka, aktiviti atas talian - semua berlaku serentak. Permintaan perkhidmatan yang melibatkan bersemuka mula bertambah. Perniagaan atas talian lebih kepada penjualan barang-barang fizikal. Dan persaingan bertambah sengit dalam perniagaan atas talian. Maka, pilihan part time job yang tepat, yang beri pulangan yang terbaik hendaklah dibuat.

Dan antara part time job yang sangat berbaloi adalah mobile spa.

Suatu ketika dahulu, bila hendak menjalankan perniagaan spa, perlu modal besar, sewa tempat, penyediaan peralatan dan mesin yang berkaitan, mencari pekerja - menjadi permulaan untuk menjalankan bisnes spa. Tambahan pula, kos kursus spa sememangnya mahal. Maknanya, nak buka spa, modal duit yang sangat besar diperlukan. Dan bagi memastikan pulangan apabila perniagaan bermula, pilihan FULL TIME, FULL COMMITMENT terhadap bisnes ini amat perlu.

Berbeza dengan mobile spa.

Tiada bangunan diperlukan. Peralatan mudah alih yang tidak melibatkan kos tinggi sahaja yang digunakan. Untuk permulaan, diri sendiri jadi pekerja dan boleh mulakan bisnes spa. Tak perlu pekerja. Dan boleh dibuat secara part time.

Dan pilihan yang ada kini untuk mula mobile spa di bawah Beauty On The Go (BOTG). Dan mobile spa ini boleh dilaksanakan secara part time. Best kan?

Paling best berkenaan mobile spa BOTG ini adalah penggunaan set penjagaan kulit yang selamat, berkesan dan terbukti. #LookYoungerLonger menjadi asas kepada misi mobile spa BOTG ini.


Ada lagi best tau, mahar kursus mobile spa BOTG ini sangat-sangat mampu oleh ramai orang. 

Ilmu kursus mobile spa BOTG ini sangat evergreen. Sangat praktikal dan boleh diaplikasikan untuk diri sendiri, pasangan, keluarga, jiran tetangga dan orang sekeliling. Dan selepas hadir kursus, proses jana duit, jana pendapatan boleh dibuat. Rajin buat, bertambah masyuk.


Dan kursus ini ada ilmu extra yang tiada dalam kursus spa lain. Dan ia adalah blue print mobile spa BOTG. Nak tahu, perlulah join. πŸ˜‰

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#mobilespa 

Friday 5 May 2023

Cerita pasal Abe yang rindu Tok Ma

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan dalam keadaan sihat sejahtera.

Tok Ma dengan Abe

Mama meninggalkan kami selamanya pada 31 Ogos 2021. Sedar tak sedar, hampir dua tahun berlalu.

Dan ini yang berlaku hari ini, pada bulan Mei 2023.

Van jenazah lalu di hadapan sekolah baru Abe.

Van jenazah yang lalu. Ilustrasi.


Terus abe berkata, "Tok Ma".

Video di bawah diambil masa Abe berjalan menuju ke sekolah.


Allah, ingatan Abe masih kuat. Perkara yang kami tak pernah sangka.

Pada hari pemergian Tok Ma, Abe menyaksikan Tok Ma dibawa masuk ke dalam van jenazah dan dibawa pergi. Selepas beberapa jam, van jenazah hantar jenazah Tok Ma kembali ke rumah kerana keadaan tidak mengizinkan proses pengebumian berlaku pada petang itu lanjutan jadual pengembumian mangsa Covid 19 berlaku selepas jam 4 petang. Maka, jenazah Mama bermalam di rumah satu malam. Sayu.

Pada hari keesokannya, van jenazah yang sama datang dan sekali lagi Abe menyaksikan jenazah Tok Ma dibawa masuk ke dalam van jenazah dan dibawa pergi. Tetapi kali ni, Tok Ma tak kembali ke rumah kerana dibawa ke pusara untuk proses pengebumian.

Abe menyaksikan Tok Ma dibawa masuk ke dalam van jenazah

Apabila saya, suami, ayah dan adik beradik tiba di rumah, soalan pertama yang ditanya Abe, "Tok Ma mana?" Jawapan saya, "Tok Ma jumpa Allah". Tanpa memikirkan Abe memahaminya atau tidak.

Dan hari ini, pada tahun 2023, Abe masih ingat kenderaan terakhir yang Tok Ma naiki. Allahuakbar.

Sayang sungguh Abe pada Tok Ma. 





Dan kasih sungguh Tok Ma pada Abe sehingga meninggalkan kesan yang mendalam pada ingatan Abe.

Mama menangis, mengalirkan air mata semasa menghantar Abe ke bilik OT untuk pembedahan jantung berlubang 13 tahun yang lalu. Saya yang merupakan ibu kandung pada Abe pun tidak mengalirkan air mata. Allah, kuat sungguh kasih Mama kepada Abe.

Moga Mama tenang di sana bersama para solihin. Al Fatihah.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#CeritaMama
#CeritaAbe

Thursday 4 May 2023

Aidilfitri 2023 - pertama kali tanpa Mama di sisi

Bismillah 

Moga posting menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Aidilfitri 2020 adalah aidilfitri bermakna buat saya kerana full chorum di rumah Mama. Meriah, ceria, bersyukur. Walaupun dalam keadaan pandemik, Allah izinkan kami berkumpul dan beraya bersama. Alhamdulillah. Aidilfitri terakhir yang dirakam bersama Mama.

Aidilfitri 2020

Aidilfitri 2021 merupakan Aidilfitri terakhir bersama Mama tapi tiada gambar dirakam bersama Mama kerana keadaan Mama yang sungguh tidak sihat ketika itu. SOP yang agak ketat ketika itu kerana pandemik yang melanda membuatkan suasana Aidilfitri itu tidak begitu meriah.

Boleh baca posting saya di sini tentang pemergian Mama pada 31 Ogos 2021

Aidilfitri 2022 pula beraya bersama keluarga mertua. Terasa Mama tiada tapi tidak sehebat Aidilfitri 2023 kerana kami sekeluarga beraya di rumah Mama pada tahun ini. Allahuakbar, terasa sungguh perasaan rindu ini kepada Mama.

Aidilfitri 2023 - Mama tiada dalam gambar

Sayu sungguh. Namun kehidupan perlu diteruskan. Dalam gambar ini, masing-masing menyimpan perasaan tersendiri. Ceria terserlah apabila masing-masing bergurau, tengok ragam Al Fatih.
Antara tradisi yang kami teruskan - kami sediakan menu lain daripada yang lain. Jika pagi raya ada rendang, ada nasi dagang, ada kuah lodeh, kami memilih menyediakan sandwic sardin untuk makan pada pagi Aidilfitri. Mudah, mengenyangkan dan cepat. Jenjarang sekali masa Mama ada, nasi dagang jadi hidangan kecuali ayah atau anak-anak yang minta atau Mama sendiri yang nak juga.

Rumah pertama kami ziarah pada 1 Syawal 2023H adalah rumah makcik di Seremban. Dan di rumah ni, kami ambil kesempatan bergambar outdoor. Suka sangat dengan rumah ni. Kawasan sangat luas, dikelilingi pokok-pokok yang hijau. Sungguh menenangkan dan menyamankan. Cuma tengah hari, boleh tahan panasnya. Jadilah photoshoot seperti di bawah.

Aidilfitri 2023 - photoshoot outdoor. Ini adalah REAL, bukan lakonan.


Terasa beraya di Kelantan apabila hidangan pertama yang kami rasai selepas di rumah Ampang, iaitu menu nasi dagang. Air tangan makcik memang selalu WIN. Alhamdulillah.




Selesai beraya di rumah makcik, kami menuju ke rumah saudara kami di Bangi. Hujan selebat-lebatnya apabila pulang ke rumah. Selesai hari raya pertama. Dua rumah sahaja sempat berkunjung tetapi penatnya, Allah sahaja yang tahu. Mujur Hari Raya dengan Shaklee. Jadi bekalan supplement tu berterusan bagi menampung nutrisi sepanjang hari, mengekalkan tenaga sepanjang perjalanan. 

Antara yang kami ambil #SustainedReleaseVitaminC dan #HeroKiddo, dan dua-dua ni ada promo pada bulan Mei 2023. Jom singgah di sini, tengok promo lain yang best dan mengunutngkan semua. Insya Allah.

Selesai cerita 1 Syawal 1444H. Cukup menggembirakan. Cukup meriah. Cukup makan. Dan juga rindu pada Mama yang telah pergi. Al Fatihah buat Mama.πŸ’–

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023




Penuaan, proses yang berlaku setiap hari

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila umur dah masuk 4 series ni, terasa weih nak umur 20, 30 balik. Mana taknya, umur 40 ni macam tanda permulaan merasa penuaan sedang berlaku. Buat kerja sikit, dah letih. Membaca sikit, mula penat. Buat senaman regangan sikit, seminggu rehatkan badan, sebab keregangan otot yang sakit dan tidak selesa. Huhuhu. Yang umur 40 pun rasa macam ni ke? Ke umur lagi awal dah rasa?

Jadi jom kita mendalami apa itu penuaan? Adakah penuaan sihat itu wujud? Adakah penuaan aktif itu berlaku?

Penuaan adalah proses proses alami, proses semulajadi pada tubuh yang semua orang akan lalui seiring bertambahnya usia. Usia bertambah, penuaan pasti berlaku. Jadi, memamng tak boleh elak, melambatkan insya Allah boleh. 

Penuaan ini ada menujukkan tanda dan kesan

Tanda-tanda penuaan berlaku

Antara tanda-tanda penuaan adalah metaboliseme tubuh menurun, pendengaran dan penglihatan menurun, menopause bagi wanita dan kesihatan tulang yang menurun, rambut mula beruban dan banyak lagi. 

Nampak tak, apabila menua, prestasi badan mula menurun. 

Ada lagi sebenarnya. Jantung mula mengalami masalah yang boleh mengundang penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan masalah jantung lain, sistem penghadaman mula terganggu seperti sembelit, sukar menahan membuang air kecil, mudah lupa, kulit mudah lebam atau luka, kulit mula berkedut seribu dan banyak lagi.

Cukup kita ambil tahu kesan-kesan penuaan ini. Sebab, bila tahu, rasa sungguh tak nak laluinya, namun ia adalah proses kehidupan untuk semua insan bergelar manusia.

Jom kita tengok definisi penuaan sihat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut definisi yang telah diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), proses penuaan secara sihat adalah apabila seseorang itu boleh bersosial dengan rakan-rakan, mengekalkan hubungan dan menyumbang kepada masyarakat walaupun usia mereka semakin meningkat.

Tips untuk penuaan sihat


Jom kita lihat apa pulak penuaan aktif di peringkat Malaysia

Mengikut Dasar Warga Emas Negara, penuaan aktif didefinisikan sebagai proses mengoptimumkan peluang dan penglibatan warga emas dalam keluarga dan masyarakat ke arah mendayaupayakan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup (Kementerian Pembangunan Wanita, 2011). Dengan kata lain, penuaan aktif membolehkan warga emas melakukan sebarang aktiviti samada secara sendirian, bersama ahli keluarga atau masyarakat untuk kesejahteraan hidup mereka.

Wah, bila baca kedua-dua definisi ni, terasa diri ini perlu melalui proses penuaan sihat dan aktif. Macam jadi misi apabila umur masuk 40 tahun ni.

Jadi, bolehkah kita kekal awet muda dan lambatkan proses penuaan supaya kita hidup muda lebih lama? Sebab muda dikaitkan dengan bertenaga, lawa, bergaya, aktif, fokus, banyak idea dan banyak lagi.

Tips paling utama adalah PENJAGAAN SEL. Kerana sel adalah binaan asas badan manusia.

Ahaa, nampak tak?

Jom kita buat susunan begini.

Sel yang tua/ sihat > akan beri kesan pada fungsi organ > akan beri kesan pada sistem badan

Jadi, kita kena pastikan sel kita menua dengan sihat. Jadi, proses penuaan sihat boleh berlaku dan moga ia seiring dengan definisi daripada WHO.

Bagaimana PENUAAN SEL terjadi?

Ada 4 Mekanisme Penuaan Sel Badan, iaitu :

1) DNA cepat rosak
2) AGE Protein
3) Mitokondria berkurang
4) Telomere memendek

Macam jadi saintis. Jom kita dalami mekanisme yang pertama.

DNA Rosak

Apa faktor DNA rosak? Antara salah satu penyebab DNA Rosak adalah disebabkan radikal bebas

DNA manusia, DNA normal dan DNA rosak


Radikal bebas ini boleh datang dari pemakanan, mahupun gaya hidup. Terutama stress atau tekanan.

Pemakanan boleh kita kawa, gaya hidup boleh kita pilih tetapi stress?

Stress - antara punca penuaan


Tidakkkk..macamana nak elak stress. Tanpa sedar pun boleh berlaku. Betul tak?

Jadi, kita perlu melindungi dan memperbaiki DNA ni. Memang complicated sungguh. Proses ni bukan macam pakai payung semasa hujan ataupun pakai perisai semasa berperang. Sebabnya DNA ni ada dalam badan dan merupakan binaan asas dalam badan yang hanya nampak melalui mikroskop.

Salah satu cara adalah dengan mengamalkan antioksidan yang betul untuk melindungi dan memperbaiki DNA ini. Dan antara antioksidan yang wujud adalah polifenol. Dan polifenol ini terlalu luas spektrumnya dan terdapat sehingga 8000 jenis. Jadi, perlu pilih polifenol yang betul-betul memberi kesan sebagai antioksidan yang memperbaiki dan melindungi DNA.

Polifenol yang luas spektrum ini yang ada di pasaran terdapat dalam campuran botanikal yang diadun secara berpaten dalam Vivix Shaklee.

Dalam kajian makmal yang dilakukan, polifenol dari campuran botanikal ini sangat-sangat terbukti untuk :

▪︎ melindungi DNA dari rosak
▪︎ menyokong pembaikan & pembaharuan sel
▪︎ membantu sel berfungsi dgn sihat semula

Semua fakta di atas disokong dengan ujian klinikal.

Wah, seronoknya bila tahu perkara ini.

Jadi, jom pilih antioksidan terbaik untuk kita amalkan.

Mekanisme lain akan saya kongsi pada posting seterusnya, Insya Allah

Dan suka saya katakan di sini.

Umur 20 boleh mula ambil.
Umur 30, elok amalkan
Umur 40, kena ambil dan amalkan.

Syukur kehadrat Ilahi kerana saya mula amalkan Vivix Shaklee ketika berumu 35++. Agak lewat sedikit, better late than never kata orang putih.

Sungguh, kesan penuaan ada berlaku pada saya ketika berumur 40 ni. Namun, jika saya tak ambil antioksidan ini, proses itu rasanya lebih cepat berlaku. Sebab sekarang ni, bergelar pengurus rumahtangga sepenuh masa, memerlukan tenaga, memerlukan fokus memerlukan kebijaksanaan lebih hebat dariada semasa bekerja. Dengan cabaran anak-anak membesar lagi. Sungguh sesudu Vivix Shaklee sehari amat membantu saya dalam menjalaini kehiduapn seharian, Alhamdulillah.

Anti-penuaan


Jom #LiveYoungerLonger. Insya Allah.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#VivixShaklee

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...