Thursday, 20 April 2023

Seronok Berhari Raya dengan Shaklee

Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan dalam keadaan sihat sejahtera.

Syukur, Allah beri izin menempuh 29 Ramadhan 1444H/ 20 April 2023M

Apabila di penghujung Ramadhan, kemeriahan dan bahang Aidilfitri mula terasa. Lagu hari raya mula berkumandang sana sini. Ada yang dah sampai di kampung halaman. Ada yang telah buat ketupat. Ada yang pasang pelita atau lampu kelip-kelip. Ada yang buat video klip raya. Dan macam-macam lagi persiapan di ambang Aidilfitri.

Aidilfitri 1441H @ Ampang

Aidilfitri 1443H @ Palong

Sebelum mengenali Shaklee, satu perkara yang selalu bermain di kepala adalah KENYANG, LETIH, DEMAM, SAKIT PERUT. Mana taknya, sebulan berpuasa - perut rehat, minda rehat, badan rehat, rohani bertafakkur. Masuk Aidilfitri, semua berubah. Makan segala macam hidangan, kunjung mengunjung saudara mara, bersiap-siap melawa pada pagi Aidilfitri dan macam-macam aktiviti yang perlukan kecergasan badan, kecerdasan minda, ketangkasan fizikal, kekuatan rohani.

Perubahan ini memberi kejutan kepada badan, minda, jiwa dan dan emosi. Maka, sistem badan pun mula bertindak. Tak kena cara, cepat letih, lesu, demam, sakit perut mula menjengah. Semua hidangan atas meja nak dirasai. Semua biskut dan kerepek nak dijamah. Beratur dalam barisan nak dapat duit raya, untuk anak-anaklah 😎.

Dan lagi satu, berat badan naik mendadak selepas Aidilfitri. Masa Ramadhan, bukan main happy sebab berat turun, inch loss berlaku. Lepas Aidilfitri, oppsss, berat dan inch bertambah. Yang tak bestnya, bertambah banyak, lebih dari yang hilang sebelum Aidilfitri. Huhuhuhu.

Itulah suasana saya sebelum kenal Shaklee. Masa umur muda dan single, tidak terasa sangat. Bila berkeluarga, ada anak, balik dua kampung, mmmm, perlu buat sesuatu ni.

Alhamdulillah, mula kenal Shaklee masa anak no empat. Masa tu, mula kenal nutrisi. Mula cakna sebab badan letih. Baru tahu kenapa demam dan sakit perut menjengah semasa perayaan. Masa kecil-kecil dulu, perkara biasa berlaku. Reaksi badan bila time raya. Bila kenal Shaklee, baru tahu puncanya. Sejak itu, hari raya dengan Shaklee sokmo.

Jadi, apa persiapan saya bersama keluarga untuk Aidilfitri selain baju raya?

Ini dua produk utama yang kami amalkan sepanjang tahun. Semasa Aidilfitri, kami terus amalkan. 


Semasa hari kunjung mengunjung tu EXTRA, kami EXTRA kan jua pengambilannya. Ikhtiar, jika demam atau sakit, itu adalah ketetapanNya. Moga kesembuhan itu cepat dan tidak melarat sakitnya. Tak best ganggu perayaan bersama keluarga di kampung.

 Dan kelainan Aidilfitri tahun ini adalah pengumuman Shaklee berkenaan Insentif Shaklee. Berita baik dikongsi pada bulan Ramadhan penuh barokah ini buat kami bertambah gembira, mana taknya selepas dapat duit raya awal dari Shaklee. Jadi, ekgembiraan dan keseronokan berhari raya dengan Shaklee ni berganda-ganda tambahnya. Alhamdulillah, sihat dapat, poket penuh pun dapat, Insya Allah.

Ni nak cerita pasal berat badan naik selepas Aidilfitri. Ada caranya untuk kurus dengan cepat selepas Aidilfitri. Produk-produk premium set kurus Shaklee ni perlu diamalkan sepanjang tahun bagi mengekalkan berat badan yang mengancam.


Untuk saya, Lecithin Shaklee ni memang SUPERB lah. Insya Allah, boleh maintain perut slim. Add on pula dengan Vivix Shaklee, bertambah hebat kesannya. Mana taknya, badan dapat antioksidan terbaik. Sistem pencernaan pun akan gembeira menjalankan tugasnya supaya perut kekal sihat dan gembira, insya Allah.



Bila saya tahu inilah rahsianya untuk Aidilfitri yang seronok, gembira, happening dan penuh warna-warni, saya sentiasa pastikan bekalan nutrisi dari Shaklee ini untuk seisi keluarga saya mencukupi sepanjang tahun. Bekalan mesti dibawa balik semasa balik kampung, al maklumlah kampung halaman tiada cawangan Shaklee.

Alhamdulillah, sejak mengenali Shaklee, dan amalkan nutrisi yang betul sepanjang perayaan, tidak melantak semua juadah, sentaisa beradab dan beringat semasa makan, kesihatan terjaga, emosi terkawal dan kami sekeluarga beraya penuh gembira dan seronok. Alhamdulillah.

Anda pula bagaimana? Jom kita ubah sama-sama. Nak tahu lebih, klik di sini.

Salam Aidilfitri 1444H.



#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...