Thursday 4 May 2023

Aidilfitri 2023 - pertama kali tanpa Mama di sisi

Bismillah 

Moga posting menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Aidilfitri 2020 adalah aidilfitri bermakna buat saya kerana full chorum di rumah Mama. Meriah, ceria, bersyukur. Walaupun dalam keadaan pandemik, Allah izinkan kami berkumpul dan beraya bersama. Alhamdulillah. Aidilfitri terakhir yang dirakam bersama Mama.

Aidilfitri 2020

Aidilfitri 2021 merupakan Aidilfitri terakhir bersama Mama tapi tiada gambar dirakam bersama Mama kerana keadaan Mama yang sungguh tidak sihat ketika itu. SOP yang agak ketat ketika itu kerana pandemik yang melanda membuatkan suasana Aidilfitri itu tidak begitu meriah.

Boleh baca posting saya di sini tentang pemergian Mama pada 31 Ogos 2021

Aidilfitri 2022 pula beraya bersama keluarga mertua. Terasa Mama tiada tapi tidak sehebat Aidilfitri 2023 kerana kami sekeluarga beraya di rumah Mama pada tahun ini. Allahuakbar, terasa sungguh perasaan rindu ini kepada Mama.

Aidilfitri 2023 - Mama tiada dalam gambar

Sayu sungguh. Namun kehidupan perlu diteruskan. Dalam gambar ini, masing-masing menyimpan perasaan tersendiri. Ceria terserlah apabila masing-masing bergurau, tengok ragam Al Fatih.
Antara tradisi yang kami teruskan - kami sediakan menu lain daripada yang lain. Jika pagi raya ada rendang, ada nasi dagang, ada kuah lodeh, kami memilih menyediakan sandwic sardin untuk makan pada pagi Aidilfitri. Mudah, mengenyangkan dan cepat. Jenjarang sekali masa Mama ada, nasi dagang jadi hidangan kecuali ayah atau anak-anak yang minta atau Mama sendiri yang nak juga.

Rumah pertama kami ziarah pada 1 Syawal 2023H adalah rumah makcik di Seremban. Dan di rumah ni, kami ambil kesempatan bergambar outdoor. Suka sangat dengan rumah ni. Kawasan sangat luas, dikelilingi pokok-pokok yang hijau. Sungguh menenangkan dan menyamankan. Cuma tengah hari, boleh tahan panasnya. Jadilah photoshoot seperti di bawah.

Aidilfitri 2023 - photoshoot outdoor. Ini adalah REAL, bukan lakonan.


Terasa beraya di Kelantan apabila hidangan pertama yang kami rasai selepas di rumah Ampang, iaitu menu nasi dagang. Air tangan makcik memang selalu WIN. Alhamdulillah.




Selesai beraya di rumah makcik, kami menuju ke rumah saudara kami di Bangi. Hujan selebat-lebatnya apabila pulang ke rumah. Selesai hari raya pertama. Dua rumah sahaja sempat berkunjung tetapi penatnya, Allah sahaja yang tahu. Mujur Hari Raya dengan Shaklee. Jadi bekalan supplement tu berterusan bagi menampung nutrisi sepanjang hari, mengekalkan tenaga sepanjang perjalanan. 

Antara yang kami ambil #SustainedReleaseVitaminC dan #HeroKiddo, dan dua-dua ni ada promo pada bulan Mei 2023. Jom singgah di sini, tengok promo lain yang best dan mengunutngkan semua. Insya Allah.

Selesai cerita 1 Syawal 1444H. Cukup menggembirakan. Cukup meriah. Cukup makan. Dan juga rindu pada Mama yang telah pergi. Al Fatihah buat Mama.💖

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023




No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...