Monday 24 July 2023

Tips travel mengikut sunnah Rasulullah SAW


Travel atau bermusafir adalah aktiviti yang melibatkan permulaan di satu destinasi menuju ke satu lagi destinasi. Bila sebut travel, rasa macam having fun. Bila sebut bermusafir, terasa ia adalah satu perjalanan. Kedua-duanya adalah aktiviti yang sama. Travel atau bermusafir adalah aktiviti yang meyeronokkan dalam meraih redhaNya, insya Allah. Bila digabungkan "roh" travel dan bermusafir, ia memberi lebih makna kepada kita semua.

Alhamdulillah, sepanjang hidup 41 tahun, pengalaman bermusafir adalah satu pengalaman yang penuh dengan pelbagai cerita, pelbagai perasaan, pelbagai pengalaman, pelbagai cabaran, pelbagai keceriaan dan banyak lagi. Cerita dan pengalaman travel bersama Shaklee sahaja belum dirasai. Insya Allah, soooooonnnnn.😍

Jadi, empat tips travel yang ingin dikongsi kali ini, moga dapat menjadi amalan kita bersama dalam menraih redhaNya, dalam menambah saham akhirat kita, Insya Allah.

1) Melantik ketua apabila travel melebih tiga orang

Berdasarkan hadis berikut :

Tips travel - melantik ketua rombongan

Indah kan? Bila travel balik kampung bersama keluarga, ayah atau suami secara auto akan dilantik sebagai ketua permusafiran, kecuali dalam keadaan tertentu, ibu atau isteri akan ambil alih atau anak yang lelaki yang melebihi umur 18 tahun. Ayah akan merancang perjalanan balik kampung, nak singgah rumah saudara ke, nak berhenti di Rehat dan Rawat (R&R) yang mana untuk solat dan sebagainya.

Dalam travel bersama teman-teman sekerja atau sahabat-sahabat sama tempat belajar, ketua rombongan memainkan peranan dalam memastikan ahli dalam rombongan mencukupi. Dan ini adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Sungguh indah Islam itu kerana praktisnya cukup praktikal dan memberi manfaat kepada semua yang travel.

Peranan ketua rombongan ini bertujuan bagi melicinkan permusafiran dan perjalanan bersama supaya semua ahli rombongan berada dalam keadaan selamat dan gembira.

2) Mulakan travel dengan doa

Antara doa yang boleh dijadikan amalan adalah seperti di bawah ini:

Daripada Ibn Umar RA berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ، كَبَّرَ ثَلَاثًا، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” [Riwayat Muslim (1342)]


Sungguh bermakna satu perjalanan itu apabila dimulai dengan doa. Ini lebih bertujuan kita sama-sama mengingati tujuan perjalanan kita. Kita memohon Allah redha, Allah lindung, Allah rahmati semua dan semoga perjalanan itu mudah dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diinginkan.

Doa yang sering jadi amalan bersama dengan anak-anak adalah doa naik kenderaan.

Tips travel - baca doa naik kenderaan

Dan doa naik kenderaan ini juga ada yang dibaca dalam kapal terbang sebelum berlepas. Saya masih ingat doa ini ada dibaca ketika bersama-sama dengan Brunei Airlines. Apabila juruterbang yang mengetuai bacaan doa naik kenderaan ini, terasa dalam hati meminta denganNya agar perjalanan ini selamat.

3) Sentiasa berdoa sepanjang perjalanan

Inilah waktu mustajab doa dimakbulkanNya. Dan aktiviti ini kekadang dilupai kerana fokus kepada aktiviti-aktiviti lain sepanjang perjalanan seperti membeli belah dan sebagainya.

Sebab itu, doa pada awal perjalanan itu amat penting supaya berdoa sepanjang perjalanan itu telah dirangkumi dalam doa awal perjalanan, Insya Allah.

Sepanjang perjalanan, ketika anak-anak tidur, selepas makan hidangan penerbangan atau ketika masa lapang sepanjang perjalanan, kita boleh memanjatkan apa jua doa dan selalunya hajat-hajat kita dalam hidup kepada Allah SWT. Minta dengan Yang Mujib, Yang Maha Menjawab kerana Allah Ya Sami', Allah Maha Mendengar.

4) Merancang perjalanan mengikut waktu solat

Apabila hendak memulakan travel, rangka perjalanan itu hendaklah molek dirancang mengikut waktu solat. Sebagai contoh, memulakan perjalanan jam 1200 tengah hari dan tempoh perjalanan mengalbil masa tiga jam, maka solat Zuhr hendaklah dirancanga untuk solat jam berapa dan di mana dan sebaiknya, solat itu pada awal waktu.

Dalam zaman teknologi canggih, boleh Google masjid atau sura sepanjang perjalanan kita. Jika balik kampung, mesti sudah biasa surau atau masjid yang menjadi laluan.

Berhenti untuk solat sungguh baik untuk pemandu dan penumpang. Terutamanya dari segi stretching badan. Hikmah merancang perjalanan mengikut wakti solat. Kita menjaga amanah Allah SWT, iaitu badan kita supaya dapat berehat, dapat regangan, dapat urutan bagi meneruskan perjalanan seterusnya.

Di samping itu, badan akan berasa segar selepas terkena air wudhu yang kita ambil sebelum menunaikan solat. Indahnya Islam bila menjadi amalan.

Secara umumnya, masih ada banyak lagi sunnah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan amalan. Ini adalah sebahagian amalan yang boleh dijadikan turutan bersama keluarga terutamanya apabila balik kampung.

Moga tips travel ini membantu para pembaca dalam mendapatkan pengalaman permusafiran atau travel yang penuh rahmat, penuh keberkatan dan penuh kegembiraan, Insya Allah.


#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023,

Thursday 13 July 2023

Beza ke Vivix dan ResV?

Bismillah

Moga posting kali ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sudah pasti ada bezanya. Rupanya sudah ada perbezaan - Vivix Shaklee dalam bentuk cecair, ResV Shaklee dalam bentuk pil.

Vivix Shaklee mula sampai di Malaysia pada tahun 2008 manakala ResV Shaklee pula pada tahun 2020, pada masa PKP.

Jika diteliti dengan lebih lagi, botol Vivix Shaklee lebih tinggi daripada botol ResV Shaklee. Dan ini membuatkan ResV Shaklee lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding dengan Vivix Shaklee.

Dari segi ramuan jua, ada perbezaan ramuan dalam Vivix Shaklee dan ResV Shaklee.

Untuk ramuan Vivix Shaklee, boleh klik di sini.

Untuk ramuan ResV Shaklee, terdapat tujuh bahan, iaitu - anggur Muscadine, Japanese Knotweed, lobak ungu, blackcurrant, Chebulic Myrobalan, delima, hampas anggur dan anggur merah. Tiga bahan pertama telah saya ceritakan dalam cerita keunikan Vivix Shaklee. Kita akan kenali ramuan lain dalam ResV Shaklee di sini.

Blackcurrant

Bila sebut Blackcurrant ni, minda selalu teringat minuman Ribena. Masa kecil-kecil dulu, Ribena merupakan antara minuman kegemaran. Sekarang tidak lagi selepas kenal ResV Shaklee. Patutlah blackcurrant ini terkenal dari dulu lagi, ia adalah kerana khasiatnya yang menyokong sistem imunisasi. Anak-anak kan adalah antara kategori yang memerlukan penjagaan imun yang baik.

Chebulic Myrobalan

Nak menyebutnya pun berbelit lidah heheheh. Namun, ia dikenali sebagai Raja Ayurveda tau. Rupanya macam petai, pada mata orang Melayu 😍. Antara khasiatnya adalah untuk kesihatan produktif, kesihatan pundi kencing, kesihatan penghadaman, kesihatan dan fungsi peparu dan kesihatan tahap gula dalam darah. Banyakkan khasiatnya.

Delima

Antara buah yang disebut dalam Al Quran. dan saya paling jatuh cinta dengan warna buah delima ni. Merah buahnya sungguh menawan. Antara khasiat delima juga untuk mengekalakna sistem imun yang kuat.

Hampas anggur dan anggur merah

Bila hampas anggur dan angur merah diadun bersama dengan ramuan lain untuk menghasilkan ResV Shaklee, sudah pasti ada khasiatnya. Paling win adalah khasiatnya dalam menggalakkan kulit yang muda dan sihat. Bestnya.

Jadi, bahan-bahan dalam ResV Shaklee melebihi bahan-bahan utama dalam Vivix Shaklee. Cuma perbezaannya dari segi ramuan adalah, Vivix Shaklee mempunyai Elderberi Eropah manakalan ResV Shaklee tidak.

Apabila ada perbezaan ramuan, maka harganya turut berbeza. Harga sebotol Vivix Shaklee untuk bukan ahli adalah RM498.75 manakala harga sebotol ResV Shaklee adalah RM535.00. Untuk kesan yang optimum, amalkan dua-dua adalah terbaik untuk jangka masa panjang.

Cara menyimpan jua berbeza. Vivix Shaklee hendaklah disimpan dalam peti sejuk, samada sejuk beku atau sejuk biasa. Walaupun disimpan dalam sejuk beku, Vivix Shaklee tidak akan mengeras. So, do not worry. ResV Shaklee pula hendaklah disimpan pada suhu bilik.

Maka, inilah serba sedikit perbezaan Vivix Shaklee dan ResV Shaklee. Apa pun, kedua-dua produk ini sangat kaya dengan polifenol.

Umur 20, elok mula ambil.

Umur 30, elok mula amalkan.

Umur 40, elok konsisten amalkan.

Jadi, nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee, boleh baca di sini

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ResVShaklee
#VivixShaklee

Keunikan Vivix Shaklee

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sungguh dekat topik ini di hati, mana taknya, maksud nama Faridah itu sendiri unik. Cuma hari ini kita ambil tahu keunikan Vivix Shaklee, bukan keunikan Faridah yer 😍

Bagi saya, dua perkara utama yang membuat Vivix Shaklee ini unik. 

Pertama - unik pada rasanya. Betul, yang merasai kesedapan Vivix Shaklee sahaja yang faham, rasa Vivix Shaklee sungguh unik. Unik rasanya sungguh sedap di lidah, hingga membawa khasiat kepada yang menelannya.

Unik pada rasanya membuatkan saya tak jemu untuk menelan Vivix Shaklee. Unik pada rasanya membuatkan saya looking forward untuk menelan Vivix Shaklee. Unik pada rasanya membuatkan saya palaing suka telan Vivix Shaklee semasa saya tidak sihat. Kalau orang cakap ubat tu pahait, Vivix Shaklee ni sedap di tekak walaupun semasa tidak sihat.

Jom tonton video saya telan Vivix Shaklee.

Macamana? Rasa nak telan jugak kan? 😊

Kedua - keunikan Vivix Shaklee terletak pada ramuannya. Empat ramuan utama - anggur Muscadine, Japanese Knotweed, lobak ungu dan elderberi Eropah. Ahaa, baca ramuan sahaja dah teruja tau.

Kenapa saya kata unik? Mana taknya, kalau disuruh petik, disuruh adun, idoklah daya tuan badan ni. Tapi khasiatnya NAK!!!.

Semua ramuan ini kaya dengan antioksidan. Kaya dengan polifenol yang luas spektrum.

Jom kita kenali satu persatu.

Anggur Muscadine.

Ramuan utama dalam Vivix Shaklee. Anggur lain ada 19 kromosom, anggur Muscadine ada 20 kromosom. Dah ada satu keunikan di sini. Keunikan inilah yang membuatkan anggur Muscadine ni jadi SUPER GRAPE tau. Dan paling awesome, Vivix Shaklee dihasilakn daripada biji dan kulit anggur Muscadine yang sangat kaya dengan khasiat polifenol.

Japanese Knotweed

Nak tahu tak, orang Jepun tak suka pokok ni sebab sangat SUKAR dimusnahkan. Akarnya sungguh kuat tau. Jadi, ramuan ini dikenali sebagai super star antipenuaan. BEst kan bunyinya? dalam erti kata lain, awet muda tau.

Lobak ungu

Ahaaa, lobak ini ada di pasaran di Malaysia dan saya pernah nampak dan pernah mencubanya. Tapi kan, baik amalakn lobak ungu dalam Vivix Shaklee ni. Khasiatnya kita telan 100%. Bila kita membeli, kita kena masak. Bila masak, maknanya ada khasiatnya berkurangan, jadi rugilah kan. Nak rasa keaslian lobak ungu sekali-sekala tu oklah, bukan jadi makanan harian. But NOT Vivix Shaklee, memang jadi minuman botani harian untuk kita.

Elderberi Eropah

Sebut jer elderberi, tekak ni boleh rasa kemasamannya. Betul tak? Jadi, nak makan mentah-mentah tu, mahu bercinta, tengok, tenung dalam buah elderberi tu. Jadi, memang elok amalkan Vivix Shaklee ni. Letak dalam sudu, telan, nikmatinnya. Dapat khasiat dalam menguatkan pertahanan imun badan. Insya Allah.

Jadi, selepas kenal dengan ramuan-ramuan yang superb ni, baik kita telan jer sesudu Vivix Shaklee ni. Shaklee dah petik, Shaklee dah adun, Shaklee dah uji. Tinggal kita letak dalam sudu, telan dan nikmatinya.

Inilah keunikan Vivix Shaklee yang awesome dan elok sangat diamalkan.

Umur 20, elok mula ambil

Umur 30, elok amalkan

Umur 40, sangat elok konsisten amalkan.

Nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee, boleh baca di sini

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#VivixShaklee

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...