Showing posts with label #agenshakleebukitindahampang #NextLevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023. Show all posts
Showing posts with label #agenshakleebukitindahampang #NextLevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023. Show all posts

Friday, 2 June 2023

Kata-kata Motivasi Buat Wanita Bergelar Isteri


Bismillah

Moga posting kali ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Memang sengaja pilih watak isteri untuk posting kali ini kerana dekat di hati, al maklum diri ini bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bergelar suami.

Gambar yang dipilih adalah Mama yang sentiasa di hati kerana Mama adalah guru pertama yang mengajar perihal seorang isteri melalui tauladan yang ditunjukkan dalam kehidupan beliau sebagai isteri kepada ayah.

Mama selalu memberi kata-kata motivasi secara tidak langsung kepada saya semasa beliau hidup. Kata-kata motivasi Mama diterjemahkan dalam perbuatan, tiada kata-kata secara langsung.

Antara yang saya ingat, Mama seorang yang sangat sabar. Sabar menjalankan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak. Mama sentiasa mengikut rentak anak-anaknya semasa kecil. Anak-anak nak makan, Mama ambil makanan dan beri makan. Anak-anak nak main, Mama ambil mainan dan main bersama. Anak-anak nak tidur, Mama dodoikan dengan alunan zikir. Sabar sungguh Mama melayan kerenah anak-anaknya. Sabar sungguh Mama melayan kerenah anak-anaknya. Maka, saya kaitkan sabar Mama ini dengan ayat Al Quran dari surah Al-Baqarah, ayat 153 berbunyi :



Maka benarlah kata-kata motivasi berbunyi 


Maka, buat isteri semua, percayalah, apabila sabar menjadi amalan dalam setiap perbuatan kita, kemanisan akan dikecapi, samada cepat atau lambat sahaj.

Selain itu, satu perkara lagi yang selalu Mama tunjukkan kepada kami, mudahkan urusan orang lain. Mama selalu dahulukan urusan anak-anaknya. Mama pastikan keperluan anak-anakanya dipenuhi. Apabila kami datang menziarahi Mama semasa Mama sihat, Mama akan suruh kami balik rumah segera apabila keadaan sudah lewat mala. Walaupun keadaan rumah Mama yang bersepah dengan mainan oleh cucu-cucunya, pinggan mangkuk yang ada belum dibasuh selepas santapan bersama kerana Mama tahu Mama boleh buat uruskannya dan anak-anak uruskan keluarga masing-masing di rumah pula. Sungguh sayang Mama kepada kami semua.

Maka dekat di hati apabila melihat hadis ini :



Mama sungguh memberi motivation kepada kami semua dalam menjalani kehidupan hariannya melalui perbuatan. Tiada kata-kata secara langsung. Namun perbuatannya semua menggambarkan kata-kata motivasi yang sentiasa menjadi canangan dalam media sosial, ceramah, seminar, teambuilding dan banyak lagi.


Bila kata-kata motivasi ini terngiang, buat wanita bergelar isteri, perkara-perkara rutin sebagai seorang isteri seperti bila nak mengemas rumah, Allah akan mudahkan; bila nak membeli barang keperluan rumah, Allah permudahkan; bila nak memasak, Allah jadiakan masakan itu sedap. Allahuakbar.

Dan sungguh ini yang paling ketara, Mama selalu berada di sisi kami apabila kami memerlukannya. Bila nak bercerita, Mama menjadi pendengar yang sungguh setia. Bila tekak nak rasa makanan istimewa, Mama akan carikan atau masakkan. Bila nak beli barang, Mama akan jadi peneman setia. Terima kasih Mama atas segalanya. Dan ini sungguh benar bila dikaitkan dengan ayat dari Al Quran, surah Al Qaf, ayat 16.


Jadi, untuk wanita bergelar isteri, ALWIZ BE THERE AND HERE.

Moga posting ini bermanfaat.

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.


#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Thursday, 25 May 2023

Renewal Shaklee menguntungkan

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Antara cabaran dalam bisnes MLM adalah pembaharuan keahlian. Mana taknya, duit diperlukan untuk pembaharuan.

Ada sesetengah MLM meletakkan nilai berbeza antara menjadi ahli baru atau perbaharui keahlian. Nilai perbaharui keahlian lebih murah berbanding mendaftar ahli baru. Jadi, perasaan serba salah akan muncul. Nak perbaharui, duit tengah sengkek, nanti ken daftar baru, tambah duit lagi, aduhaiiiii. Tak bestnya!!!!

Ahaa, berbeza dengan Shaklee.

Jom kita tengok poster ni dulu,


10 kelebihan menjadi ahli Shaklee bersama MFMS Empire.

Separuh daripada kelebihan adalah berkaitan dengan wang ringgit. Amacam?

Yang pertama - yuran keahlian hanya RM35 sahaja atau PERCUMA, betul, PERCUMA. Jimatnya. Memang menguntungkan. Untuk dapat percuma, pemebilaian pertama mestilah mengumpul 100uv. Yang bestnya sekarang, Shaklee tengah buat promosi keahlian percuma dengan pembelian set rahmah yang berharga RM99 sahaja. WAJIB grab masa ni untuk jadi ahli Shaklee.




Yang kedua - setiap ahli dapat diskaun 20% kerana dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli. Berbaloi sangat jadi ahli. Memang menguntungkan. Jimat duit dapat, sihat pun dapat, insya Allah.

Yang ketiga - promosi bulanan dengan penjimatan yang hebat. Jimat lagi. duit yang ada boleh digunapakai untuk kegunaan lain. Bila membeli produk Shaklee yang ada promosi, memang save budget lah 😀

Yang keempat - Cash Bonus atau Cash Rebate bulanan akan dibayar oleh Shaklee apabila layak cukup point, walaupun makan sendiri sahaja. Fuyoo, dapat tunai atas pembelian. Wang tunai boleh guna untuk beli produk Shaklee. Jimat lagi. untung, untung, untung.

Yang kelima - peluang jana income 2,3,4 dan 5 angka sebulan. Cerita pasal duit lagi. dan ini yang paling best, sebab jana pendapatan  bila jadi ahli Shaklee setelah mengikuti kriteria yang ditetapkan.

Memang menguntungkan lah jadi ahli Shaklee.

Tapi, RENEWAL SHAKLEE macamana yer?

Ahaaa. Untuk yang ini, jawapannya pada kelebihan No 1 apabila menjadi ahli Shaklee. Cuma, apabila dah jadi ahli, beli satu produk Shaklee sahaja, proses pembaharuan keahlian telah berlaku, tidak perlu sampai 100uv. Dan paling aweseome, tarikh tamat keahlian Shaklee adalah mengikut tarikh lahir kita. Jadi, senang nak ingat dan senang nak buat pembaharuan keahlian. Untuk pembaharuan berlaku lebih awal, pembelian produk Shaklee tiga bulan sebelum tarikh lahir boleh diterima sebagai pembaharuan keahlian.

Mudah sangat renewal Shaklee - bayar RM35 atau beli apa-apa produk tiga bulan sebelum tarikh lahir kita. Nak menguntungkan, pilihlah beli produk. Bila beli produk, kita amalkan, kita dapat kesan yang baik, insya Allah kesihatan dikurniakanNya.

Jadi, RENEWAL SHAKLEE memang menguntungkan dan akan kekal menikmati kelebihan menjadi ahlli Shaklee.

Jadi, jom jadi ahli Shaklee beramai-ramai.

Jom sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Tuesday, 23 May 2023

Shopping Shaklee dapat Cash Rebate

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Shopping adalah kegemaran majoriti wanita dan kanak-kanak. Kaum Adam pun suka shopping, cuma tak sehebat kaum Hawa dan kanak-kanak. Ada yang tak setuju ke? 😎

Hari nak cerita shopping dengan Shaklee dapat cash rebate. Lagi banyak shopping, lagi banyak cash rebate dapat. Haaa, macam tak percaya kan? Ini kenyataannya. Kelebihan shopping vitamin Shaklee.

Shoping vitamin dapat cash rebate

Cash rebate Shaklee ni sangat berbaloi tau. Shopping makan sendiri pun boleh dapat cash rebate. Ini jadual cash rebate Shaklee yang awesomes.

Jadual cash rebate Shaklee

Dalam dunia ini, duit ini menjadi keperluan untuk memenuhi keperluan. Betul, duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit. Jadi, bila ada insentif Shaklee yang beri cash rebate apabila shopping vitamin Shaklee, ini adalah peluang, peluang untuk tambah pendapatan, untuk menampung keperluan keluarga. Peluang untuk memastikan bekalan vitamin Shaklee sentiasa ada untuk diri, pasangan, keluarga, ibu dan bapa. 

Keunikan cash rebate Shaklee ni adalah bergantung kepada usaha kita. Usaha berterusan pasti akan menjanjikan hasil. Begitu juga cash rebate Shaklee ni. Dan konsep yang diaplikasikan adalah - lebih ramai kita bantu, lebih besar dan berbaloi nilai cash rebate kita. Lebih ramai kita ajak untuk jana pendapatan, lebih lebat cash rebate kita. 

Cash rebate atau pulangan tunai dari Shaklee ini boleh mencapai 2, 3, 4, 5 dan boleh jua capai 6 angka. Besar kan? Saya sendiri pernah mencapai cash rebate sehingga 4 angka dan menjadikan jumlah setahun mencapai 5 angka. Kagum dengan diri sendiri. Dan paling best, pada masa yang sama, sihat dapat, kaya pun dapat. Bersyukur sangat apabila mencapai cash rebate sebanyak itu. Satu perjalanan yang cukup membahagiakan.




Syukur dengan pencapaian ini

Dan cash rebate ini selalunya akan dibank in ke dalam akaun bank pada pertengahan bulan. Amacam? Hujung bulan dapat gaji kerja hakiki, tengah bulan dapat cash rebate Shaklee. Teruja tak?

Bila nutrisi kini perlu dijaga, perlu diteliti, perlu dibelek, perlu dipilih yang terbaik, maka vitamin Shaklee yang selamat, berkesan dan terbukti seharusnya menjadi pilihan dan menjadi menu diet harian. 

Nak mula makan Shaklee, tak tahu nak mula dengan yang mana?

Meh saya kongsi. Pilihan pertama yang ada adalah set rahmah Shaklee yang kini sedang ada di pasaran. Dua produk dengan harga RM99sahaja. Dan tempoh pengunaan untuk sebulan bagi #ESPShaklee dan enam bulan untuk #VitaminCShaklee. Berbaloi kan?

Set rahmah yang sangat berbaloi bulan ini

Set kedua yang boleh jadi pilihan sekarang adalah Set Hello New You. Lima produk dengan harga RM353 sahaja. Amacam? Set ini bagus untuk kesihatan keseluruhan, untuk slim dengan sihat, slim dengan cantik.

Set Hello New You


Jadi, mana satu pilihan kalbu? 

Jom kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Friday, 12 May 2023

Set Hello New You - Set Kurus untuk remaja

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Remaja mengikut definisi adalah manusia yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 19 tahun.

Zaman remaja adalah zaman yang transisi yang penuh dengan warna warni

Zaman remaja adalah adalah tempoh peralihan dari alam kanak-kanak hingga remaja.

Dan kaitan topik pilihan kali ini, berbincang berkenaan remaja kerana mereka adalah generasi akan datang yang akan membina negara, memimpin rakyat, membentuk perpaduan masyarakat, membangunkan ekonomi negara dan banyak lagi peranan remaja masa akan datang. Dan semua peranan ini memerlukan remaja sekarang hidup sihat, tiada penyakit, tidak obes....opsss, tidak obes.


Statistik persepsi remaja berkenaan berat badan

Satu perkara yang menjadi kebimbangan semasa di mana ada kajian menunjukkan bahawa 15 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Angka ini sungguh membimbangkan. Berat badan berlebihan perlu ditangani sejak usia remaja bagi mengelakkan kesukaran untuk menurunkan mengikut berat ideal ketika dewasa.

Antara punca yang dikenalpasti perkara ini berlaku adalah :

(i) Tabiat makan yang tidak sihat - makan berlebihan, makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi, makan malam beramai-ramai, makan semahunya

Makanan manis

(ii) Aktiviti fizikal yang rendah

(iii) Tidak bersenam

(iv) Leka dengan peranti

Leka dengan peranti


Jadi, setiap punca di atas perlu ditangani sewajarnya.


Tabiat makan yang tidak sihat

Selalunya tabiat tidak sihat ini dikaitkan dengan makanan manis, makanan masin, makanan segera. Semua makanan ini akan menyebabkan manusia, dalam konteks ini remaja khasnya akan hendak makan lagi, makan lagi, makan lagi dan ini menyebabkan ketagihan. Bila ketagihan ini berlaku, berat badan akan mula bertambah. Fizikal remaja mula berubah. Kegemukan dan obesiti terjadi. Proses ini mengambil masa. Maka proses pemulihannya juga mengambil masa.

Oleh itu, cara pemakanan sihat amat digalakkan. Dan jika keadaan remaja telah mencapai obesiti, pemakanan sihat itu menjadi WAJIB.

Antara cara pemakanan sihat yang boleh diamalkan :

(i) Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak

Buat pilihan yang tepat

(ii) Makan secara sederhana - berhenti sebelum kenyang

(iii) Amalkan Set Hello New You dari Shaklee.💘


Dan cara ketiga ini disarankan untuk remaja bagi memudahkan melalui proses kurus dengan cepat dan selamat.

Cara ketiga ini memang jarang-jarang diketengahkan memandangkan cara ini melibatkan sedikit wang ringgit. Wang ringgit boleh diusahakan, kesihatan kini menjadi kekayaan sebenar apabila obesiti atau kegemukan menjengah. Daripada menggunakan wang untuk membeli makanan kurang bernutrisi, salurkan wang ringgit tersebut kepada set Hello New You yang selamat, berkesan dan terbukti ini.

Jom kita lihat fungsi setiap produk secara ringkas 

1) Cinch Shake

Khasiat dalam produk ini merapatkan jurang nutrisi dalam badan, mengekalkan dan membaik pulih sel-sel tubuh badan untuk kesihatan jangka panjang

2) Herb Lax

            Ramuannya membantu menyingkirkan toksin daripada badan

3) Lecithin 

             Khasiatnya mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati

4) Omega Guard

               Khasiatnya menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak

Nampak lebih jelas kan bila kita tahu setiap fungsi produk dalam set Hello New You ni. Dan kita lebih faham kenapa kita ambil produk ini, dan akan membuatkan kita fall in love dengan Shaklee ini. Ada beran remaja-remaja sekalian? 😀😁

Jom cuba. Mana tahu boleh buat duit dengan Shaklee.

Ini kejayaan mereka yang menggunaka set Hello New You. Memang memberangsangkan






Aktiviti Fizikal Rendah dan Tidak bersenam

Bagi punca-punca ini, hanya satu sahaja caranya, iaitu aktifkan diri. Disiplinkan diri untuk mengadakan riadah. Luangkan masa, WAJIBkan diri bersenam tiga kali seminggu.

Remaja beriadah

Aktiviti-aktiviti fizikal ini lebih seronok dan meriah apabila dilaksanakan bersama-sama dengan teman-teman yang sama-sama ingin menurunkan berat badan. Dan hasilnya dikongsi bersama. Bertambah semangat semuanya untuk sama-sama sihat, insya Allah.


Leka dengan peranti

Cabaran yang sugguh hebat alaf ini apabila semua perkara melalui atas talian. Kerja sekolah melalui atas talian, makluman sekolah melalui atas talian, borang-borang melalui atas talian - hampir semuanya atas talian. Jadi, memang tidak dapat dielakkan pengguna peranti ini.

Jadi, menjadi pengguna bijaksana, remaja perlu mempunyai disiplin dalam penggunaan peranti ini. Jangan mudah leka dengan pengisian lain yang sememangnya terlalu banyak atas talian. Untuk perkara ini, memang perlu memupuk iman yang kuat, iman yang utuh, iman yang sejahtera supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara sia-sia.

Mencari maklumat untuk jauhi obesiti, menangani obesiti tu bolehlah. Tapi jangan cari sahaja, perlu seiringan dengan tindakan, Maka akan ada hasilnya. Insya Allah.

Moga penulisan ini memberi manfaat buat semua terutamanya kepada remaja dan juga ibu bapa yang perlu sama-sama memberi sokongan dalam menangani isu obesiti di kalangan remaja.

Jom kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#SetKurusRemaja
#SetHelloNewYou

Wednesday, 10 May 2023

Tips kekal slim bila hadir Hari Raya Open House

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila masuk Syawal, jemputan Hari Raya Open House pasti diterima. Bagi yang bekerja, ada Hari Raya Open House di pejabat. Ada ikut Unit, ikut Jabatan, ikut Bahagian. Hujung minggu, jemputan daripada kenalan kolej, kenalan universiti, jiran tetangga dan ramai lagi. Belum masuk lagi jemputan terbuka dari organisasi kerajaan dan banyak lagi. Nampak kan senarai jemputannya, mesti penuh slot sepanjang hujung minggu tu.

Jom hadir Hari Raya Open House

Jadi, bila dah penuhi jemputan, mesti menjamah makanan dan hidangan. Ikutkan hati, semua nak dirasai. Ikutkan perut, selagi boleh diisi, kita isi. Tapi, ikutkan minda, berat badan baru turun masa Ramadhan, takkan nak tambahkan berat badan sekelip mata. Allah, maka diri dalam dilema.

Sebab itu, saya selalu aplikasikan tiga tips ini apabila memenuhi jemputan Hari Raya Open House.

Tips pertama - saya WAJIBkan diri menjamah makanan. Itu adab sebagai tetamu. Cuma saya hadkan pada diri, pilih dua menu sahaja. Dan cara pilihan saya adalah memilih menu yang rare. Yup, pilih menu yang rare, menu yang unik. Susah nak jumpa, REAL HOME MADE. Yang catering masak, kita ketepikan dulu kecuali memang semua catering yang sediakan. Contoh yang unik - kambing bakar, roti jala kuah durian. Saya akan pastikan amaun yang diambil adalah untuk merasa, bukan melantak😁. Lepas ni banyak lagi Open House nak pergi.

Menu rare Hari Raya Open House - roti jala kuah durian

Menu unik Hari Raya Open House - kambing bakar


Tips kedua untuk saya sebagai penggemar dessert, saya hadkan diri ambil tiga atau empat jenis desert sahaja dengan syarat setiap desser hanya satu sahaja. Contohnya hidangan yang disediakan adalah creampuff vanila, creampuff coklat, creampuff custard, eclair, fruit tar, egg tart. Nampak tak kesedapannya di tekak. Semua nak ambil kan? Ingat tips tadi, empat jenis sahaja. Jadi satu creampuff custard, satu eclair, satu fruit tart, satu egg tart. Begitulah cara saya.


Sedap sungguh Mix Box dari Uli Uli Delights

Tips ketiga adalah Hari Raya dengan Shaklee. Macamana tu? Supplemen Shaklee WAJIB saya ambil setiap hari. Tiga supplemen berikut memang bantu proses penghadaman, pembakaran lemak dan kekal slim, insya Allah. 

(i) Omega Guard Shaklee

Supplemen ini berfungsi dalam proses pembakaran lemak. Cuma amalkan tiga biji sehari. Selain itu, khasiatnya juga membantu otak, jantung, sendi berfungsi dengan baik.

(ii) Lecithin Shaklee

Supplemen ini membantu dalam perut kekal kempis. Gabungan supplemen ini dengan supplemen no (i) akan membuatkan proses pembakaran lemak lebih efisien.

(iii) Vivix Shaklee

Supplemen premium ini memang WAJIB diamalkan. Khasiat polifenol membantu proses penghadaman, membantu mengawal craving. Hanya sesudu sehari untuk mendapat khasiatnya yang sungguh superb.

Jadi, inilah tiga tips saya amalkan sepanjang memenuhi undangan Hari Raya Open House. Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#HariRayaOpenHouse
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Thursday, 4 May 2023

Aidilfitri 2023 - pertama kali tanpa Mama di sisi

Bismillah 

Moga posting menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Aidilfitri 2020 adalah aidilfitri bermakna buat saya kerana full chorum di rumah Mama. Meriah, ceria, bersyukur. Walaupun dalam keadaan pandemik, Allah izinkan kami berkumpul dan beraya bersama. Alhamdulillah. Aidilfitri terakhir yang dirakam bersama Mama.

Aidilfitri 2020

Aidilfitri 2021 merupakan Aidilfitri terakhir bersama Mama tapi tiada gambar dirakam bersama Mama kerana keadaan Mama yang sungguh tidak sihat ketika itu. SOP yang agak ketat ketika itu kerana pandemik yang melanda membuatkan suasana Aidilfitri itu tidak begitu meriah.

Boleh baca posting saya di sini tentang pemergian Mama pada 31 Ogos 2021

Aidilfitri 2022 pula beraya bersama keluarga mertua. Terasa Mama tiada tapi tidak sehebat Aidilfitri 2023 kerana kami sekeluarga beraya di rumah Mama pada tahun ini. Allahuakbar, terasa sungguh perasaan rindu ini kepada Mama.

Aidilfitri 2023 - Mama tiada dalam gambar

Sayu sungguh. Namun kehidupan perlu diteruskan. Dalam gambar ini, masing-masing menyimpan perasaan tersendiri. Ceria terserlah apabila masing-masing bergurau, tengok ragam Al Fatih.
Antara tradisi yang kami teruskan - kami sediakan menu lain daripada yang lain. Jika pagi raya ada rendang, ada nasi dagang, ada kuah lodeh, kami memilih menyediakan sandwic sardin untuk makan pada pagi Aidilfitri. Mudah, mengenyangkan dan cepat. Jenjarang sekali masa Mama ada, nasi dagang jadi hidangan kecuali ayah atau anak-anak yang minta atau Mama sendiri yang nak juga.

Rumah pertama kami ziarah pada 1 Syawal 2023H adalah rumah makcik di Seremban. Dan di rumah ni, kami ambil kesempatan bergambar outdoor. Suka sangat dengan rumah ni. Kawasan sangat luas, dikelilingi pokok-pokok yang hijau. Sungguh menenangkan dan menyamankan. Cuma tengah hari, boleh tahan panasnya. Jadilah photoshoot seperti di bawah.

Aidilfitri 2023 - photoshoot outdoor. Ini adalah REAL, bukan lakonan.


Terasa beraya di Kelantan apabila hidangan pertama yang kami rasai selepas di rumah Ampang, iaitu menu nasi dagang. Air tangan makcik memang selalu WIN. Alhamdulillah.




Selesai beraya di rumah makcik, kami menuju ke rumah saudara kami di Bangi. Hujan selebat-lebatnya apabila pulang ke rumah. Selesai hari raya pertama. Dua rumah sahaja sempat berkunjung tetapi penatnya, Allah sahaja yang tahu. Mujur Hari Raya dengan Shaklee. Jadi bekalan supplement tu berterusan bagi menampung nutrisi sepanjang hari, mengekalkan tenaga sepanjang perjalanan. 

Antara yang kami ambil #SustainedReleaseVitaminC dan #HeroKiddo, dan dua-dua ni ada promo pada bulan Mei 2023. Jom singgah di sini, tengok promo lain yang best dan mengunutngkan semua. Insya Allah.

Selesai cerita 1 Syawal 1444H. Cukup menggembirakan. Cukup meriah. Cukup makan. Dan juga rindu pada Mama yang telah pergi. Al Fatihah buat Mama.💖

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023




Penuaan, proses yang berlaku setiap hari

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila umur dah masuk 4 series ni, terasa weih nak umur 20, 30 balik. Mana taknya, umur 40 ni macam tanda permulaan merasa penuaan sedang berlaku. Buat kerja sikit, dah letih. Membaca sikit, mula penat. Buat senaman regangan sikit, seminggu rehatkan badan, sebab keregangan otot yang sakit dan tidak selesa. Huhuhu. Yang umur 40 pun rasa macam ni ke? Ke umur lagi awal dah rasa?

Jadi jom kita mendalami apa itu penuaan? Adakah penuaan sihat itu wujud? Adakah penuaan aktif itu berlaku?

Penuaan adalah proses proses alami, proses semulajadi pada tubuh yang semua orang akan lalui seiring bertambahnya usia. Usia bertambah, penuaan pasti berlaku. Jadi, memamng tak boleh elak, melambatkan insya Allah boleh. 

Penuaan ini ada menujukkan tanda dan kesan

Tanda-tanda penuaan berlaku

Antara tanda-tanda penuaan adalah metaboliseme tubuh menurun, pendengaran dan penglihatan menurun, menopause bagi wanita dan kesihatan tulang yang menurun, rambut mula beruban dan banyak lagi. 

Nampak tak, apabila menua, prestasi badan mula menurun. 

Ada lagi sebenarnya. Jantung mula mengalami masalah yang boleh mengundang penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan masalah jantung lain, sistem penghadaman mula terganggu seperti sembelit, sukar menahan membuang air kecil, mudah lupa, kulit mudah lebam atau luka, kulit mula berkedut seribu dan banyak lagi.

Cukup kita ambil tahu kesan-kesan penuaan ini. Sebab, bila tahu, rasa sungguh tak nak laluinya, namun ia adalah proses kehidupan untuk semua insan bergelar manusia.

Jom kita tengok definisi penuaan sihat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut definisi yang telah diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), proses penuaan secara sihat adalah apabila seseorang itu boleh bersosial dengan rakan-rakan, mengekalkan hubungan dan menyumbang kepada masyarakat walaupun usia mereka semakin meningkat.

Tips untuk penuaan sihat


Jom kita lihat apa pulak penuaan aktif di peringkat Malaysia

Mengikut Dasar Warga Emas Negara, penuaan aktif didefinisikan sebagai proses mengoptimumkan peluang dan penglibatan warga emas dalam keluarga dan masyarakat ke arah mendayaupayakan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup (Kementerian Pembangunan Wanita, 2011). Dengan kata lain, penuaan aktif membolehkan warga emas melakukan sebarang aktiviti samada secara sendirian, bersama ahli keluarga atau masyarakat untuk kesejahteraan hidup mereka.

Wah, bila baca kedua-dua definisi ni, terasa diri ini perlu melalui proses penuaan sihat dan aktif. Macam jadi misi apabila umur masuk 40 tahun ni.

Jadi, bolehkah kita kekal awet muda dan lambatkan proses penuaan supaya kita hidup muda lebih lama? Sebab muda dikaitkan dengan bertenaga, lawa, bergaya, aktif, fokus, banyak idea dan banyak lagi.

Tips paling utama adalah PENJAGAAN SEL. Kerana sel adalah binaan asas badan manusia.

Ahaa, nampak tak?

Jom kita buat susunan begini.

Sel yang tua/ sihat > akan beri kesan pada fungsi organ > akan beri kesan pada sistem badan

Jadi, kita kena pastikan sel kita menua dengan sihat. Jadi, proses penuaan sihat boleh berlaku dan moga ia seiring dengan definisi daripada WHO.

Bagaimana PENUAAN SEL terjadi?

Ada 4 Mekanisme Penuaan Sel Badan, iaitu :

1) DNA cepat rosak
2) AGE Protein
3) Mitokondria berkurang
4) Telomere memendek

Macam jadi saintis. Jom kita dalami mekanisme yang pertama.

DNA Rosak

Apa faktor DNA rosak? Antara salah satu penyebab DNA Rosak adalah disebabkan radikal bebas

DNA manusia, DNA normal dan DNA rosak


Radikal bebas ini boleh datang dari pemakanan, mahupun gaya hidup. Terutama stress atau tekanan.

Pemakanan boleh kita kawa, gaya hidup boleh kita pilih tetapi stress?

Stress - antara punca penuaan


Tidakkkk..macamana nak elak stress. Tanpa sedar pun boleh berlaku. Betul tak?

Jadi, kita perlu melindungi dan memperbaiki DNA ni. Memang complicated sungguh. Proses ni bukan macam pakai payung semasa hujan ataupun pakai perisai semasa berperang. Sebabnya DNA ni ada dalam badan dan merupakan binaan asas dalam badan yang hanya nampak melalui mikroskop.

Salah satu cara adalah dengan mengamalkan antioksidan yang betul untuk melindungi dan memperbaiki DNA ini. Dan antara antioksidan yang wujud adalah polifenol. Dan polifenol ini terlalu luas spektrumnya dan terdapat sehingga 8000 jenis. Jadi, perlu pilih polifenol yang betul-betul memberi kesan sebagai antioksidan yang memperbaiki dan melindungi DNA.

Polifenol yang luas spektrum ini yang ada di pasaran terdapat dalam campuran botanikal yang diadun secara berpaten dalam Vivix Shaklee.

Dalam kajian makmal yang dilakukan, polifenol dari campuran botanikal ini sangat-sangat terbukti untuk :

▪︎ melindungi DNA dari rosak
▪︎ menyokong pembaikan & pembaharuan sel
▪︎ membantu sel berfungsi dgn sihat semula

Semua fakta di atas disokong dengan ujian klinikal.

Wah, seronoknya bila tahu perkara ini.

Jadi, jom pilih antioksidan terbaik untuk kita amalkan.

Mekanisme lain akan saya kongsi pada posting seterusnya, Insya Allah

Dan suka saya katakan di sini.

Umur 20 boleh mula ambil.
Umur 30, elok amalkan
Umur 40, kena ambil dan amalkan.

Syukur kehadrat Ilahi kerana saya mula amalkan Vivix Shaklee ketika berumu 35++. Agak lewat sedikit, better late than never kata orang putih.

Sungguh, kesan penuaan ada berlaku pada saya ketika berumur 40 ni. Namun, jika saya tak ambil antioksidan ini, proses itu rasanya lebih cepat berlaku. Sebab sekarang ni, bergelar pengurus rumahtangga sepenuh masa, memerlukan tenaga, memerlukan fokus memerlukan kebijaksanaan lebih hebat dariada semasa bekerja. Dengan cabaran anak-anak membesar lagi. Sungguh sesudu Vivix Shaklee sehari amat membantu saya dalam menjalaini kehiduapn seharian, Alhamdulillah.

Anti-penuaan


Jom #LiveYoungerLonger. Insya Allah.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#VivixShaklee

Thursday, 20 April 2023

Seronok Berhari Raya dengan Shaklee

Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan dalam keadaan sihat sejahtera.

Syukur, Allah beri izin menempuh 29 Ramadhan 1444H/ 20 April 2023M

Apabila di penghujung Ramadhan, kemeriahan dan bahang Aidilfitri mula terasa. Lagu hari raya mula berkumandang sana sini. Ada yang dah sampai di kampung halaman. Ada yang telah buat ketupat. Ada yang pasang pelita atau lampu kelip-kelip. Ada yang buat video klip raya. Dan macam-macam lagi persiapan di ambang Aidilfitri.

Aidilfitri 1441H @ Ampang

Aidilfitri 1443H @ Palong

Sebelum mengenali Shaklee, satu perkara yang selalu bermain di kepala adalah KENYANG, LETIH, DEMAM, SAKIT PERUT. Mana taknya, sebulan berpuasa - perut rehat, minda rehat, badan rehat, rohani bertafakkur. Masuk Aidilfitri, semua berubah. Makan segala macam hidangan, kunjung mengunjung saudara mara, bersiap-siap melawa pada pagi Aidilfitri dan macam-macam aktiviti yang perlukan kecergasan badan, kecerdasan minda, ketangkasan fizikal, kekuatan rohani.

Perubahan ini memberi kejutan kepada badan, minda, jiwa dan dan emosi. Maka, sistem badan pun mula bertindak. Tak kena cara, cepat letih, lesu, demam, sakit perut mula menjengah. Semua hidangan atas meja nak dirasai. Semua biskut dan kerepek nak dijamah. Beratur dalam barisan nak dapat duit raya, untuk anak-anaklah 😎.

Dan lagi satu, berat badan naik mendadak selepas Aidilfitri. Masa Ramadhan, bukan main happy sebab berat turun, inch loss berlaku. Lepas Aidilfitri, oppsss, berat dan inch bertambah. Yang tak bestnya, bertambah banyak, lebih dari yang hilang sebelum Aidilfitri. Huhuhuhu.

Itulah suasana saya sebelum kenal Shaklee. Masa umur muda dan single, tidak terasa sangat. Bila berkeluarga, ada anak, balik dua kampung, mmmm, perlu buat sesuatu ni.

Alhamdulillah, mula kenal Shaklee masa anak no empat. Masa tu, mula kenal nutrisi. Mula cakna sebab badan letih. Baru tahu kenapa demam dan sakit perut menjengah semasa perayaan. Masa kecil-kecil dulu, perkara biasa berlaku. Reaksi badan bila time raya. Bila kenal Shaklee, baru tahu puncanya. Sejak itu, hari raya dengan Shaklee sokmo.

Jadi, apa persiapan saya bersama keluarga untuk Aidilfitri selain baju raya?

Ini dua produk utama yang kami amalkan sepanjang tahun. Semasa Aidilfitri, kami terus amalkan. 


Semasa hari kunjung mengunjung tu EXTRA, kami EXTRA kan jua pengambilannya. Ikhtiar, jika demam atau sakit, itu adalah ketetapanNya. Moga kesembuhan itu cepat dan tidak melarat sakitnya. Tak best ganggu perayaan bersama keluarga di kampung.

 Dan kelainan Aidilfitri tahun ini adalah pengumuman Shaklee berkenaan Insentif Shaklee. Berita baik dikongsi pada bulan Ramadhan penuh barokah ini buat kami bertambah gembira, mana taknya selepas dapat duit raya awal dari Shaklee. Jadi, ekgembiraan dan keseronokan berhari raya dengan Shaklee ni berganda-ganda tambahnya. Alhamdulillah, sihat dapat, poket penuh pun dapat, Insya Allah.

Ni nak cerita pasal berat badan naik selepas Aidilfitri. Ada caranya untuk kurus dengan cepat selepas Aidilfitri. Produk-produk premium set kurus Shaklee ni perlu diamalkan sepanjang tahun bagi mengekalkan berat badan yang mengancam.


Untuk saya, Lecithin Shaklee ni memang SUPERB lah. Insya Allah, boleh maintain perut slim. Add on pula dengan Vivix Shaklee, bertambah hebat kesannya. Mana taknya, badan dapat antioksidan terbaik. Sistem pencernaan pun akan gembeira menjalankan tugasnya supaya perut kekal sihat dan gembira, insya Allah.



Bila saya tahu inilah rahsianya untuk Aidilfitri yang seronok, gembira, happening dan penuh warna-warni, saya sentiasa pastikan bekalan nutrisi dari Shaklee ini untuk seisi keluarga saya mencukupi sepanjang tahun. Bekalan mesti dibawa balik semasa balik kampung, al maklumlah kampung halaman tiada cawangan Shaklee.

Alhamdulillah, sejak mengenali Shaklee, dan amalkan nutrisi yang betul sepanjang perayaan, tidak melantak semua juadah, sentaisa beradab dan beringat semasa makan, kesihatan terjaga, emosi terkawal dan kami sekeluarga beraya penuh gembira dan seronok. Alhamdulillah.

Anda pula bagaimana? Jom kita ubah sama-sama. Nak tahu lebih, klik di sini.

Salam Aidilfitri 1444H.



#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...