Monday, 22 May 2023

Pengalaman Mobile Spa dengan Youth Skincare - Instant Effect

Bismillah

Moga posting menemui kalian dengan kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila sebut spa ni, yang terbayang adalah tenang, lega, lembut, glowing, bersemangat, bertenaga, awesome.

Begitulah wanita, perasaan ni memnag boleh dicapai melalui perkhidmatan mobile spa, dan insya Allah dengan mobile spa BOTG pun boleh dan selalunya akan dapat lebih daripada tu. Nak tahu, kenalah book spa dengan kami, team BOTG

Team Mobile Spa BOTG yang awesome

Saya sendiri ada pengalaman mobile spa oleh team BOTG ni. Memang terbaik perkhidmatannya. Saya ni jenis yang takut buat facial tau, sebabnya takut muka bertambah teruk. Dari tak berjerawat ada jerawat. Alhamdulillah, muka saya ni jenis tidak mudah naik jerawat. Dari muka cerah, menajdi kusam. Jadi, saya memang tidak pernah membuat facial dengan perkhidmatan spa komersil di luar sana. Dan tambahan pula, harganya bukan kaleng-kaleng. Muka ni belum tentu terjamin. Arwah Mama pun tak pernah ajar untuk buat facial spa, cukup sekadar cuci muka dan sentiasa ambil wudhu secara sempurna. Itulah ajaran Mama kepada saya.

Bestnya pengalaman mobile spa

Jadi, bila terjebak dengan mobile spa ni, takkan tak nak cuba kan?

Cuma nak beritahu, satu keyakinan yang membuatkan diri ini GO FOR IT adalah penggunaan produk Youth Skincare. Produk keluaran Shaklee yang melalui tempoh kajian hampir 8 tahun. Satu-satunya produk penjagaan kulit yang menjaga kesihatan mata melalui ujian oleh oftamologis. Kagum kan? 

Youth Skincare - anggun, putih, suci, bersih, tulen


Dan berikut adalah standard keselamatan Shaklee untuk produk penjagaan kulit Youth ini :

Piawai untuk produk penjagaan kulit Youth

Dan ini sebab utama, kerana produk yang awesome. GO FOR IT juga adalah kerana nak merasai sendiri pengalaman dibelai oleh team BOTG yang cukup latihan dan pengalaman. Kalau tak rasa, macamana nak cerita kat pelanggan? Betul tak?

Sungguh awesome, sungguh puas hati, sungguh mampu bayar.

Jadi, saya panjangkan langkah dengan mendalami apa yang ada dalam produk Youth Skincare ni. Bila tahu lima bahan utama ini ada dalam produk Youth Skincare, memang benarlah menjadikan selamat, berkesan dan terbukti.

Kuasa botanika dalam produk Youth Skincare

Berikut adalah fungsi-fungsi ramuan-ramuan utama dalam produk Youth Skincare :

(i) Muscadine Grape - Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin

(ii) Lotus Japonicus - mengaktifkan protin Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolage, elastin dan fibrilin

(iii) Apple Stem Cell Extract - mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri an lembut

(iv) Schisandra Chinensis Fruit Extract - untuk menyokong struktur kulit muda

(v) Vital Repair Complex - memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat

Amacam? Mana tak bertambah cinta kepada produk ShakleeπŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’•

Ini baru sebahagian cerita berkenaan produk Youth Skincare. Jika dibedah betul-betul, mahu berhari dan bermalam jugaklah.😁😁😁

Dan ini pengalaman pelanggan saya setelah mendapat perkhidmatan mobile spa daripada saya. Selesai sahaja rawatan, urut-mengurut, kami berborak. Dan ini soalan pelanggan saya :

Pelanggan : Moisturizer tu berapa satu?

Saya : RMXXX 

Pelanggan : saya ni jenis kulit kering, memang kena pakai moisturizer selalu. Masa akak sapukan moisturizer, boleh rasa kesannya. Best sangat. Nak kena order ni.

Alhamdulillah, pelanggan dapat kesan Shaklee secara INSTANT. Memang terbaiklah produk Youth Skincare ni. Add on with perkhidmatan mobile spa BOTG, memang bertambah-tambah nilainya. Rugi bagi mereka yang belum pernah rasa.

Alhamdulillah, saya telah mendapat latihan sebagai trainer BOTG. Nak khidmat facial spa pun boleh, nak belajar buat duit dengan mobile spa pun boleh.

Nak perkhidmatan mobile spa, mehlah roger





Moga kita semua sama-sama sikat, berjaya, kaya dan bahagia.

Alhamdulillah.

#kursusspamurah
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline

No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...