Bismillah
Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.
Bila masuk Syawal, jemputan Hari Raya Open House pasti diterima. Bagi yang bekerja, ada Hari Raya Open House di pejabat. Ada ikut Unit, ikut Jabatan, ikut Bahagian. Hujung minggu, jemputan daripada kenalan kolej, kenalan universiti, jiran tetangga dan ramai lagi. Belum masuk lagi jemputan terbuka dari organisasi kerajaan dan banyak lagi. Nampak kan senarai jemputannya, mesti penuh slot sepanjang hujung minggu tu.
Jom hadir Hari Raya Open House |
Jadi, bila dah penuhi jemputan, mesti menjamah makanan dan hidangan. Ikutkan hati, semua nak dirasai. Ikutkan perut, selagi boleh diisi, kita isi. Tapi, ikutkan minda, berat badan baru turun masa Ramadhan, takkan nak tambahkan berat badan sekelip mata. Allah, maka diri dalam dilema.
Sebab itu, saya selalu aplikasikan tiga tips ini apabila memenuhi jemputan Hari Raya Open House.
Tips pertama - saya WAJIBkan diri menjamah makanan. Itu adab sebagai tetamu. Cuma saya hadkan pada diri, pilih dua menu sahaja. Dan cara pilihan saya adalah memilih menu yang rare. Yup, pilih menu yang rare, menu yang unik. Susah nak jumpa, REAL HOME MADE. Yang catering masak, kita ketepikan dulu kecuali memang semua catering yang sediakan. Contoh yang unik - kambing bakar, roti jala kuah durian. Saya akan pastikan amaun yang diambil adalah untuk merasa, bukan melantak😁. Lepas ni banyak lagi Open House nak pergi.
Menu rare Hari Raya Open House - roti jala kuah durian |
Menu unik Hari Raya Open House - kambing bakar |
Sedap sungguh Mix Box dari Uli Uli Delights |
Tips ketiga adalah Hari Raya dengan Shaklee. Macamana tu? Supplemen Shaklee WAJIB saya ambil setiap hari. Tiga supplemen berikut memang bantu proses penghadaman, pembakaran lemak dan kekal slim, insya Allah.
(i) Omega Guard Shaklee
Supplemen ini berfungsi dalam proses pembakaran lemak. Cuma amalkan tiga biji sehari. Selain itu, khasiatnya juga membantu otak, jantung, sendi berfungsi dengan baik.
(ii) Lecithin Shaklee
Supplemen ini membantu dalam perut kekal kempis. Gabungan supplemen ini dengan supplemen no (i) akan membuatkan proses pembakaran lemak lebih efisien.
(iii) Vivix Shaklee
Supplemen premium ini memang WAJIB diamalkan. Khasiat polifenol membantu proses penghadaman, membantu mengawal craving. Hanya sesudu sehari untuk mendapat khasiatnya yang sungguh superb.
Jadi, inilah tiga tips saya amalkan sepanjang memenuhi undangan Hari Raya Open House. Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.
#NextLevelBlogging
#HariRayaOpenHouse
Sedap tu menu rare tu...
ReplyDelete