Saturday 25 February 2023

Pernah dengar community bisnes Shaklee? 9 Sebab kenapa community ini sangat best :)

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sungguh bersyukur bila aturan Allah menemukan diri dengan bisnes Shaklee. Mana taknya - insentif Shaklee yang selalu disuarakan 3C - Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip sungguh menggoda. 3C yang menjadi idaman majoriti manusia seluruh dunia. Semua orang ada peluang yang sama untuk mendapat ketiga-tiga insentif ini, tak kira latarbelakang, tak kira asal usul, tak kira dah kahwin ke belum, tak kira dah ada anak ke belum. Yang penting, USAHA. Insya Allah, hasilnya Allah akan tentukan.

Dan bertambah kesyukuran ini apabila terjebak dengan bisnes ini, sebenarnya berada dengan community bisnes Shaklee juga tanpa sedar. Ya, tanpa sedar, ukhuwwah terjalin; tanpa sedar, kemesraan wujud; tanpa sedar, kejayaan diraih; tanpa sedar, cinta berputik; tanpa sedar, sayang bertambah mekar. Betul, inilah community bisnes Shaklee.

1) Rujuk ALLAH selalu

Community bisnes Shaklee ini selalu mengingatkan diri sebagai hamba kepada Pencipta Yang Maha Esa. Ahli sepasukan sentiasa mengingatkan diri, pentingnya niat, pasang niat yang betul setiap hari, kenapa buat bisnes, kenapa masak hari ini, kenapa buat content, kenapa buat LIVE. Semuanya adalah untuk mencari redhaNya. Semuanya adalah untuk menambah saham di akhirat sana. Semuanya adalah untuk meraih jannah Firdaus.

Dalam community bisnes Shaklee ini, saya kenal secret life, private life, public life. Setiap satu ada makna tersendiri. Setiap satu ada cara untuk dilalui. Bangun tahajjud salah satu caranya. Manis sungguh apabila menunaikan solat tahajjud dengan ilmu.

2) Bekerja bersama tanpa kenal rank

Dalam bisnes Shaklee, memang terdapat rank, mengikut pencapaian dalam bisnes. Namun itu bukan penghalang untuk bekerja bersama. Belum ada rank pun boleh bekerja bersama dalam community bisnes Shaklee. 

Bila bersama comunity bisnes Shaklee, bekerja bersama itu tiada masalah, hatta sekalipun berbeza legasi atau kumpulan. Kerana matlamat kami nak ramai sihat dengan Shaklee.

3) Utamakan keluarga

Percaya tak, community bisnes Shaklee ini saling mengingatkan untuk mengutamakan keluarga. Utamakan keperluan keluarga. Susun jadual bisnes ikut jadual keluarga. Bukan jadual keluarga ikut jadual bisnes. Amazing kan? 

Bila ada perkongsian, mesti ingatkan, pastikan ahli keluarga dah makan

4) Master Coordinator ajar untuk jadi Master Coordinator

Part ni memang betul-betul buka mata saya. Dalam syarikat, mana ada CEO ajar jadi CEO kan, kecuali calon tersebut adalah pengganti CEO. Dalam community bisnes Shaklee, naik sama-sama, mendaki sama-sama, jumpa di puncak sama-sama. Semuanya buat sama-sama, saling berpegangan tangan. Allahuakbar, Wow sangat.

Bersama Master Tiera

Bersama Master Affni

Bersama Master Maria

Bersama Master Ainul



5) Ada buddy 

Dalam community bisnes Shaklee, kita bekerja secara buddy walaupun upline kita berbeza Master Coordinator. Sistem buddy dalam community ni best sebab sama-sama membakar semangat, sama-sama mendoakan, sama-sama nak berjaya. Tiada isu, nanti customer pergi kat dia, customer beli dengan dia. Sebab masing-masing tahu, masing-masing memahami. Semua adalah aturan Allah SWT. Semua telah ditetapkanNya. Teruskan usaha, teruskan perjalanan. Dan PERCAYA.



6) Tempat rujukan

Ahaa, community bisnes Shaklee menjadi tempat rujukan pelbagai masalah dunia sejagat. Bukan masalah produk sahaja boleh dibincangkan. Masalah anak, tips nak hadapi cranky baby, tips nak dapat anak, tips time mangement, menu minum petang - katakan apa sahaja. Isu dunia pun ada terselit supaya tidaklah menjadi katak bawah tempurung.

7) Ilmu dan pengalaman dikongsi dengan ikhlas

Ini antara yang paling mahal dalam community bisnes Shaklee. Setiap yang ada ilmu, berkongsi sungguh-sungguh pengalaman yang dilalui. Dan ada perkongsian tu diperincikan sungguh-sungguh supaya sampai dan dapat ilmunya. Mana tak makin bertambah sayang dengan community bisnes Shaklee ni.

8) Tempat mengadu

Apabila bergelar wanita, mengadu tu memang menjadi fitrah. Mengadu dengan suami perkara lain, mengadu dalam community bisnes Shaklee perkara lain. Macam bahu untuk bersandar. Bila dilluahkan, beban yang ditanggung berkurangan dan perasaan lega mengusai diri. Sungguh best berada dalam community ini

9) Bulatan yang sentiasa create excitement

Betul, bisnes perlukan excitement. Dan hakikatnya, semua perkara perlukan excitement. Jadi, community bisnes Shaklee ni memang sentiasa, selalu mewujudkan excitement tersebut. Promo produk memang create excitement, namun kalau sekadar di poster, excitement nya hanya di gambar. Excitement yang ada dalam community ini membuatkan ahlinya bertambah kasih sayang, bertambah kemesraan, erat ukhuwwahnya. Masya Allah.

Bersama team Jutawan

Ikutkan ada banyak lagi best nya community bisnes Shaklee ni. Dah join, baru alaminya.

Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia, Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang


Review & feedback blogmegashaklee 1.0 dan kenapa nak lagi#blogmegashaklee 2.0

 Bismillah.

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan dalam kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah, syukur sangat dipilihNya untuk terus menyertai gelombang #blogmegashaklee.

#Blogmegashaklee 1.0 memang awesome. Susunan masa, susuanan topik, susunan cerita, susunan hadiah - semuanya best. 

Ikutkan masa yang diberi macam tak logik, tapi bila matlamat jelas, strategi boleh disusun. Dan percaya, Allah akan beri ruang dan waktu terbaik untuk pelaksanaannya.

Topik yang diberi pulak memang topik hangat masa kini. Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee. Saling berkait. Sekarang ramai nak slim dengan sihat, termasuklah yang menulis. Sebabnya bila slim dengan sihat, banyak usaha, banyak inisiatif boleh dijayakan. Jika badan tak fit, longlai jer, kut mana pulak nak berkativiti. Jadi, slim dengan sihat sekarang menjadi trend ramai orang yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya badan kurus dengan sihat.

Topik yang menjadi trend ini membuatkan saya mencari, membaca dan menambahkan ilmu. Allahuakbar, best sangat bila tahu. Beruntung sangat dapat menyertai program #blogmegashaklee ini. Baru tahu IF ni ada macam-macam rupanya.

Bertambah awesome projek #blogmegashaklee ni adalah dapat ilmu mahal dari otai-otai Master Shaklee Coordinator yang penuh pengalaman. Ilmu dicurahkan, dikongsi dengan penuh ikhlas. Pengalaman yang dilalui, diceritakan dan dikongsi. Diri ini memang terasa sungguh dengan pengalaman-pengalaman Master-master ni, rasa macam "I MUST DO MORE" "I MUST BE DISCIPLINE" "I MUST CARRY ON" "I MUST MOVE ON" Tiada istilah putus asa, tiada istilah usaha itu sia-sia, tiada istilah angan-angan kosong. JOM BUAT jer.

Bestnya join projek #blogmeshaklee ni, bila dapat task, tak rasa sikit pun beban, walaupun ada dateline. Cam tak percaya kan perasaan tu? Itulah hakikatnya. Bila dapat task, neuron terus bersambung, ok, ini yang aku nak tulis, ini yang aku nak cerita, gambar ni aku nak letak. Allahuakbar. Syukur, syukur sangat.

Hadiah yang ditawarkan pun awesome dan mengujakan. Namun, itu bukan matlamatnya. Sebab masa buat tu, memang jalan terus jer. Blogwalking pun tak banyak, redah dan deliver. Ikutkan piawai sendiri, masih jauh dari jangkaan, tapi tetap aim hadiah #VivixShaklee. Alhamdulillah dapat hadiah #CollagenShaklee. Allah Maha Mengetahui.

Jadi, perjuangan perlu diteruskan.

Wow! Berlian, teruja

Syukur sangat bila Master Norita umumkan ada #blogmegashaklee 2.0. Ada pre requirement. Gundah? Mestilah ada. Tapi tetap bersemangat untuk teruskan sebab ada matlamat jangka panjang nak dicapai. Insya Allah, ingin mantapkan, kukuhkan, besarkan legasi Shaklee ini, untuk sama-sama sihat, sama-sama berjaya, sama-sama kaya dan sama-sama bahagia. Insya Allah.

#Blogmegashaklee 2.0 ni jadi pembakar semangat. Saya terus pasang niat untuk memberi. Memberi manfaat melalui menulis. Niat moga ini menjadi amal jariah buat hamba yang kerdil ini. Niat untuk bersama untuk menuntut ilmu. Jadi, perlu ada minda pelajar, hormati guru yang akan berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman. 

Alhamdulillah, moga perjalanan ini dilalui dengan penuh ikhlas, penuh keyakinan, penuh kasih sayang dalam mencari redhaNya.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang



Tuesday 21 February 2023

Jom minum ni untuk Ramadhan


 Bismillah

Selamat menonton

Moga boleh beri idea untuk sediakan minumam sihat bernutrisi dan penuh tenaga untuk Ramadhan kali ini.

Alhamdulillah

#blogmegashaklee 

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#agenshakleebukitindahampang

Wednesday 15 February 2023

Cari set kurus? Meh cuba Set Kurus Shaklee

 Bismillah

Moga posting kali ini menemui semua dengan kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Makanan zaman sekarang terlalu banyak lemak, terlalu banyak minyak, tinggi kandungan gula dan semua ini adalah penyumbang kepada kegemukan. Bila dah mula gemuk, baju tukar saiz lain, kain tukar saiz lain, badan mula termengah-mengah, Bila dah mula gemuk, ada suara menegur, aikkk, berbadan dua ke? Tidak pun, bila due?

Alamak, macam kena smash, kesedaran datang, nak kena kuruskan badan ni. Dan selalunya cara yang cepat adalah kurangkan makan. Tapi, bila kurang makan, maknanya kurang nutrisi. 

Jadi macamana? Apa lagi, Google. Set kurus. Woweee. Set kurus Shaklee.




Set kurus Shaklee ni sungguh menarik. Ada empat produk yang awesome dan superb.

1) Cinch Chocolate






Dalam set kurus Shaklee, ada #CinchChocolate yang lazat dan penuh dengan mineral dan vitamin. Cinch Chocolate ni dikira sebagai pengganti makanan. Maknanya, ambil waktu pagi, tak perlu ambil breakfast lagi. Untuk tengah hari, sebaiknya tambah dengan makanan lain jika ada ambil #CinchChocolate. Bagi malam pula, #CInxhCholate ni menjadi pengganti makanan sekali lagi memandangkan waktu malam kurang aktiviti dilakukan.

2) Omegaguard




#Omegaguard dalam set kurus Shaklee ni akan bertindak sebagai pembakar lemak. Sebabnya, pemakanan harian kita ada yang dikawal, ada yang luar kawal. Bila makan masa luar kawal ni, lemak, minyak, gula tak tahulah berapa banyak ditelannya. Jadi #OmegaguardShaklee ni akan bertindak membakar lemak tu terus. Jangan disimpan dalam badan.

3) Lecithin



Wah, ini memang favourite produk dalam set kurus Shaklee. Mana taknya, kesannya boleh buat perut ni slim dan kempis jer. Gabungan #Lecithin dan #Omegaguard akan membuatkan lemak tu dibakar dengan lebih baik dan dinyahkan daripada badan.

4) Herb Lax



Peranan Herb Lax dalam set kurus Shaklee ni memang superb. Herb Lax akan mencuci perut dan usus kita supaya nutrisi mudah diserap. Bak kata orang kikis karat di perut dan usus. Herb Lax ni ada bahan daun senna yang membantu proses pembuangan buang air besar dengan baik.




Dan paling awesome set kurus Shaklee ni apabila diamalkan dengan produk premium Shaklee, iaitu #VivixShaklee. Rasa #Vivix yang cukup sedap di tekak akan buat kita jatuh cinta dengan produk Shaklee yang sememangnya Selamat, Berkesan dan Terbukti. Cukup hebat kesannya kepada individu yang mengamalkan #VivixShaklee kerana memberi tenaga, menjadi awet muda, memberi kesan kurus dengan lebih hebat kerana insya Allah kesannya kepada saya yang mengamalkan set kurus Shaklee, berat badan sentiasa di bawah 60kg, dalam erti kata lain, berat badan ini sangat terkawal.

Gabungan lima produk ini sangat membantu proses Intermittent Fasting dan memberi kesan yang superb, iaitu kurus dengan sihat, Insya Allah.

Nak tahu dari perspektif berbeza? Meh klik Set Kurus Shaklee hasil penulisan teman seperjuangan

Jom cuba set ini.

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang


Friday 10 February 2023

Intermittent Fasting buat wanita

 Bismillah.

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Satu aktiviti yang kini popular apabila dikaitkan dengan kurus, turunkan berat badan, slim - interminttent fasting

Dan paling menarik, saya pun terjebak dengan aktiviti popular ini dan keputusannya memang memberangsangkan. Pengalaman saya menjalani Intermittent Fasting akan dibongkarkan selepas penulisan ini. Kali ni, pendekatan lebih kepada Intermittent Fasting secara umum buat wanita.

Wanita akan mula mengalami proses penambahan berat badan apabila umur bertambah. Memang rezeki buat wanita yang kekal berat badannya ie berat badan sebelum kahwin kekal sama selepas berkahwin dan memiliki anak. Jadi, wanita yang mempunyai masalah berat badan bertambah akan mencari jalan untuk mendapatkan kembali berat badan sebelum kahwin, jika tidak pun
, berat badan ideal mengikut ketinggian. Dan Intermittent Fasting adalah salah satu caranya. 

Apa itu Intermittent Fasting?

Secara mudahnya, aktiviti ini tidak menentukan apa yang perlu dimakan, yang tidak boleh dimakan. Intermittent Fasting adalah aktiviti yang menentukan bila boleh makan. Menarik kan? maka terjadilah HAKUNA MATATA - do not worry, be happy.πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Cuma perlu tahu bila waktu makan, bila waktu berpuasa

Terdapat banyak cara untuk melakukan Intermittent Fasting ini. Dan pilihan boleh dibuat, mengikut kesesuaian masa, diri, cara bekerja, aktiviti harian. Dua cara yang popular adalah berpuasa 16 jam sehari atau berpuasa 12 jam sehari. Cara-cara lain yang ada adalah berpuasa dua hari seminggu, berpuasa setiap dua hari sekali, berpuasa 24 jam dan the Warrior Diet

Kenapa Intermittent Fasting sesuai untuk wanita?

1) Kerana aktiviti ini mudah dan tidak susah. Dan ini memang digemari oleh wanita. Intermittent Fasting ini mudah kerana tidak perlu memikirkan boleh ke makan ni, berapa banyak kalori hari ni dah ambil, tambah ke berat badan kalau makan ni.

2) Kerana aktiviti ini percuma. Wowee. Lagi best. Intermittent Fasting tidak melibatkan penambahan penggunaan wang. Setiap hari kita makan, jadi macam sama sahaja kosnya. Kecuali ada buat pertukaran menu ke, pertambahan menu ke. Boleh kontra dengan kos perbelanjaan makan seharian.

3) Kerana aktiviti ini menjimatkan masa. Intermittent Fasting akan beri wanita lebih masa untuk melaksanakan kerja seharian kerana tidak perlu fokus kepada makan dalam tempoh berpuasa. Best nya. Ada masa tambahan untuk kemas rumah, layan anak-anak, membaca Al-Quran, membaca dan banyak lagi.

4) Kerana aktiviti ini sungguh fleksibel. Intermittent Fasting boleh dirancang mengikut kerja harian kita, jenis kerja kita. Surirumah boleh, wanita berkerjaya boleh, wanita berniaga boleh. Pendek kata, semua wanita boleh melaksanakan Intermitent Fasting ini.

5) Kerana aktiviti ini membuatkan wanita rasa hebat. Intermittent Fasting akan membantu wanita untuk mendapat lebih tenaga, merasa lebih sihat dan paling hebat, mendapat kejelasan mental (mental clarity). Maksudnya mempunya daya pemikiran yang membantu dalam mebuat keputusan dan mengambil tindakan. Untungnya bila buat Intermittent Fasting ni.

Bila ada mental clarity, idea pun banyak, insya Allah

6) Kerana aktiviti ini berkesan. Intermittent Fasting yang betul akan memberikan keputusan yang memberangsangkan. Dan boleh mendapat hasil melebihi jangkauan apabila dibaut dengan konsisten dan penuh ketekunan, Insya Allah.

Jadi, memang patut wanita berkenan dan sesuai sangat nak buat Intermittent Fasting. Kebaikannya dan kelebihannya amat memenuhi kehendak dan keperluan wanita.

Nak tahu macamana nak mula, jom kita jenguk cara nak bermula Intermittent Fasting.

Cuma nasihat daripada saya, dalam apa jua keadaan, nasihat doktor atau mereka yang lebih arif dan mengenali diri anda adalah penting samada Intermittent Fasting ini sesuai buat anda atau tidak. Jangan lupa ya.

Moga bermanfaat.

Moga kita semua sihat, berjaya, kaya dan bahagia, Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang




Wednesday 8 February 2023

Jatuh cinta berkali-kali dengan Vivix Shaklee


 Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

I love #VivixShaklee so muchπŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Mana taknya, lawa dapat, slim dapat, tenaga dapat, sihat dapat, duit pun dapat.

Ini sikit jer yang saya senaraikan, It is a long list.

"Mestilah dapat macam-macam, setanding harganya lah."

Betul, hakikatnya nilai dan manfaatnya lebih daripada harganya.

Masa tahu produk premium Shaklee adalah #VivixShaklee, biar betul, hampir R M 400 tu.

Betul, saya pun ada perasaan dan lintasan, mak oii mahalnya.

Tapi, saya beranikan diri juga buat pelaburan, kata sayang diri,

Nikmatnya merasai #VivixShaklee, Allahuakbar.

Rasanya memang hebat, manfaatnya pun hebat. Rugi tak amalkan dari awal.

Jadi, nak ajak semua ni.

Umur 20 tahun, boleh mula berjinak

Umur 30 tahun, eloklah amalkan

Umur 40 tahun, memang kena ambil.

Anggaplah ia adalah pelaburan kesihatan yang AWESOME. Pulangan yang cukup lumayan.

Nak cuba #VivixShaklee, ini waktu terbaik, Sebab tengah ada promo.

Cepat, cepat, sebelum menangis di bucu katil. Bestnya promo ni, beli Vivix, dapat Vivix, dapat duit lagi bulan depan. Fuyooooo.







Tuesday 7 February 2023

Alhamdulillah

 Allahuakbar.

Bersyukur sangat kehadratNya. Dengan izinNya, dapat wujudkan blog ini.

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Salam perkenalan buat semua.

Diberi nama Faridah Fadzlullah, berasal dari Kelantan.

Kini menetap di Ampang.

Alhamdulillah, bergelar isteri kepada Azmi bin Husin pada 16 tahun yang lalu.

Kini bahagia dengan enam cahayamata soleh dan solehah.

Apa lagi yang nak cerita yer?

😊😊😊😊😊😊😊😊

Moga permulaan ini akan membawa kepada satu perjalanan yang indah dan hebat dalam mencari keredhaanNya.

#agenshakleebukitindahampang



Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...