Wednesday 17 May 2023

Semua adalah aturanNya

Ziarah pusara Mama bersama Al Fatih


Bismilah

Moga posting kali ini menemui semua dalam kemanisan iman.

Sungguh, semua adalah aturanNya dan yang terbaik untuk kita. Bila kita telah baca zikir Ya Bari' 41 kali, kita redha, kita sabar, kita terima dan kita bersyukur.

Pagi ini, Abe tak nak turun kereta walaupun dah sampai sekolah. Lega kini bergelar Pengurus Rumahtangga. Dengan sabar, tanpa marah, tunggu mood Abe datang untuk run kereta. Ikut kiraan masa ambil sehingga 45 minit. Waduhhhh, banyak kerja boleh buat tauuuu.

Tetapi, Allah aturkan pertemuan dengan ibu yang sama-sama hantar anak ke PPKI. Dapat berkongsi cerita, berkongsi pengalaman memiliki anak istimewa.

Sementara menunggu mood Abe datang, dapatlah berborak dengan ibu tersebut. Allah nak aturkan satu pertemuan ukhuwwah rupanya. Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui.

Selesai episod pagi ni.

Bersambung pulak dengan cerita kedua.

Pagi ni jua telah buat temujanji untuk rawatan alternatif untuk Al Fatih. Dalam perjalanan, dapat makluman, temujanji perlu dibatalkan, motosikal perawat ada problem

Allah, ujiannya. Itu keluhan pertama.

PAUSE.

Jom ziarah pusara Mama.

Allahuakbar. Rezeki dapat ziarah pusara Mama. Dan ini pun terapi. Terapi jiwa yang Allah aturkan, bukan saya aturkan. Sungguh sayangnya Allah pada hambaNya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Teruskan bersyukur

Yakinlah aturan Allah adalah yang terbaik kerana Allah Ya Bari', Allah Yang Maha Mengatur.

Moga bermanfaat.

1 comment:

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...