Sunday 20 August 2023

Rugi beli Shaklee

Salam

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Aik, biar betul Faridah ni? Bukan Shaklee Lover ke?

Ahaaaa.....jom kita baca lagi.


Alhamdulillah. Semua produk Shaklee BEYOND ORGANIC 


Rugi beli Shaklee bila makan catu-catu

Yup, ini adalah antara sikap pengguna yang acuh tak acuh dalam menjaga kesihatan, Nak sihat, lepas tu makan makanan tambahan yang selamat, berkesan dan terbukti ni catu-catu.

Contoh - Vitamin C Shaklee ada 180 biji. Makan selang sehari sebiji. Jadi tahan satu tahun.

Alamak, bila nak rapat jurang nutrisi tu bila buat camni.😌

Cuba kita ambil analogi catu makan nasi, hari ni makan nasi, esok tak makan nasi. Apa akan jadi? Hari ni kenyang, esok tak kenyang. Itu ke yang kita mahu? Kalau amalan macam ni, tenaga macamana? Aduhai, kesian kat badan.

Jadi, jangan catu apabila membeli produk Shaklee. Nak dapat kesan, perlu ikut saranan pengedar Shaklee yang telah mendapatkan ilmu dan nasihat dari ahli nutrisi Shaklee.

Untuk Vitamin C, pada botol memang ada saranan satu biji, satu hari. Tapi bila saya buat bacaan tambahan, bertanya sana sini. Satu biji tidak mencukupi. Keadaan hidup yang penuh tekanan, keadaan sekeliling yang penuh pencemaran, membuatkan badan kita memerlukan lebih dari satu biji Vitamin C Shaklee sehari. Ikut saranan pengedar Shaklee yang sah. 

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan kita

Nak kulit cantik, ada cara makannya. 

Nak jaga imun ada cara makannya. 

Bila selsema, ada cara makannya. 

Masa sihat, ada cara makannya. 

Nak kekal sihat, ada cara makannya.

Ok yer, lepas ni jangan catu-catu tau. Rugi beli Shaklee bila makan catu-catu.😊


Rugi beli Shaklee bila makan semasa perlu

Alamak, makan masa bila perlu jer memang parah sangat.

Omegaguard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Masa nak peperiksaan jer lah kita ambil. Kita ikut saranan pada botol, tiga biji sehari.

Ops, silap tu. Pengedar Shaklee yang sah takkan beri saranan begini.

Nak beritahu, nak bagi otak berfikiran cerdas, masa peperiksaan saja ke? Masa lain, tak perlu? Cer bagitahu. Kalau itu pegangannya, tak betul juga cara makannya.

Sebabnya, nak bagi otak cerdas, ambil masa. Sebelum ambil Omegaguard Shaklee, amalan diet MSG jer memanjang. Rasa-rasa otak tu semakin tumpul atau semakin tajam? Tepuk minda, tanya jiwa. 


Untung amalkan Omegaguard Shaklee - minyak ikan terbaik di dunia

Otak memerlukan lemak untuk kekal cerdas. Dalam Omegaguard Shaklee ada EPA dan DHA yang menjadi nutrisi kepada otak. Jadi, memang WAJIB ambil hari-hari sebab otak kita tak hasilkan lemak ni. Perlu ambil dari diet luar. Omegaguard Shaklee ni telah disuling tiga kali nak nyahkan bendasing merbahaya supaya selamat untuk penggunanya. Jadi, rasa rugi tak makan bila perlu? Rugi sangat nak habaq naaaa...

Jadi, bila beli Shaklee, makan setiap hari, ikut yang disarankan oleh pengedar Shaklee yang sah. Di samping bertanya dengan doktor yang tahu ilmu nutrisi jika ada menghadapi apa-apa sakit.


Rugi beli Shaklee bila beli satu sahaja produk dengan harapan selesai masalah

Hehehehe. Kalau begini caranya, memang jalan pintas lah bila beli Shaklee. Tapi ini bukan hakikatnya.

Beruntung bagi pengguna yang ambil satu produk, masalah sakit yang dihadapinya hilang. Tetapi ingat, sakit tu mungkin hilang tapi punca sebenar masih ada. Kekadang ini yang terjadi. 

Sebagai contoh, ambil Ostenurix Shaklee untuk hilangkan kebas. Lepas amalkan, Alhamdulillah kebas hilang tapi sakit pinggang pulak. Aduhai, lepas tu beritahu, ambil Ostenutris Shaklee, sakit pinggang datang. Yang peliknya, ada orang ambil untuk sakit pinggang, sakit pinggang hilang. Jadi, macamana tu?

Ostenutrix Shaklee terbaik

Jadi, di sini nak beritahu, bila sakit datang, maknanya ada jurang nutrisi berlaku. Protin kurang, magnesium kurang, mineral kurang, vitamin kurang. Maka, bila ada sakit, memang kami pengedar Shaklee sarankan pengambilan satu set, sebab kita tak tahu apa yang kurang melainkan menjalankan ujian DNA, ujian kekurangan vitamin dan mineral yang kosnya lagi mahal dari set Shaklee.

Ambil contoh selepas amalkan Ostenutrix Shaklee. Dalam Set Best Seller, ada empat produk - Energized Soy Protin (ESP),  vitamin C, minyak ikan, kalsium dan vitamin B. Kesemua ini adalah keperluan asas nutrisi dalam badan. Jadi, bila sakit sendi, kita cadangkan ambil ni dan top up dengan set sendi. Maka jurang nutrisi tu akan menjadi rapat. Sel-sel badan mula berfungsi dengan baik. Best bila dapat nutrisi yang selamat, berkesan dan terbukti dari Shaklee. Hasilnya sakit hilang, bertenanga, muka bertambah cantik, kulit bertambah licin. Macamana? Best kan bila ambil satu set daripada ambil satu produk sahaja?

Set Best Seller Shaklee

Tepuk dada, tanya iman 😍

Maka, bila set dicadangkan, ambil semua. Pengedar Shaklee yang sah nak anda sihat, nak anda cantik, nak anda menawan, nak anda bahagia. Sebab tu memang kami cadangkan amalkan set yang bersesuaian, bukan amalkan satu produk sahaja. Insya Allah, banyak selesaikan masalah bila amalkan set dan ikut saranan makan yang betul.


Rugi beli Shaklee bila buat display kat rak dapur atau simpan dalam peti sejuk 

Huhuhuhu. Yang ini memang juga saya selalu dapat maklumbalas. Sebabnya, sebagai pengedar Shaklee yang caring, kita akan bertanya nak top up mana-mana produk Shaklee. Bila tanya selepas enam bulan, katanya produk masih ada lagi. Bulan depan expired. Boleh ke makan lagi?

Dah tambah satu perkara, nak tamat tempoh. 😕

Suka saya sebut di sini, jika beli hanya untuk display atau simpan dalam peti sejuk, baik jangan beli. Ganas tak? Yer, memang mengganas sikit di sini. Nak sihat kan, jadi memang kena ambil.

Sebagai contoh ESP. Memang sesuai minum bila-bila masa. Bukan untuk breakfast jer, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, moreh, bila-bila pun boleh. Jadi, tiada alasan untuk tidak ambil ESP setiap hari. Antara yang selalu saya dengar, masa pagi dah makan, jadi tak ambillah. 

Memang masa beli, pengedar Shaklee akan sarankan ambil masa makan pagi. Isikan perut dengan ESP dulu, elak gastrik, kenyangkan perut supaya tak makan merapu. Tapi bukan bermakna, tak ambil pagi, takleh ambil dah lepas tu. Sebab ESP ni bukan ubat, ESP ni makanan tambahan. Boleh amalkan ikut kesesuaian badan kita. Jelas?


ESP Shaklee boleh minum bila-bila masa

Jadi, tolonglah jangan simpan dalam peti sejuk atau display di rak sahaja. Ambil dan makan. Rugi weih tak amalkan ESP Shaklee hari-hari. Tak nak kulit cantik berseri? Tak nak susu ibu meriah dan pekat? 

Nasihat saya, jika ada apa-apa soalan, rajin bertanya dengan pengedar Shaklee. Insya Allah pengedar Shaklee ni sudi jer menjawab apa jua persoalan berkenaan produk kesihatan Shaklee.


Jadi, rugi kan beli Shaklee......jika tak makan. 

Nasihat saya, selepas beli, ambil kertas dan pen. Tulis dalam bentuk jadual. Pagi makan apa, tengah hari makan apa, malam makan apa. Tujuannya untuk tanam dalam minda tak sedar supaya amalkan Shaklee untuk sihat, cantik, bertenaga, Insya Allah.

Moga bermanfaat.

Nak Shaklee, boleh roger. 

Kita makan sama-sama, sihat sama-sama, berjaya sama-sama, kaya sama-sama, bahagia sama-sama. Insya Allah.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...