Bismillah
Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.
Remaja mengikut definisi adalah manusia yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 19 tahun.
Zaman remaja adalah zaman yang transisi yang penuh dengan warna warni |
Zaman remaja adalah adalah tempoh peralihan dari alam kanak-kanak hingga remaja.
Dan kaitan topik pilihan kali ini, berbincang berkenaan remaja kerana mereka adalah generasi akan datang yang akan membina negara, memimpin rakyat, membentuk perpaduan masyarakat, membangunkan ekonomi negara dan banyak lagi peranan remaja masa akan datang. Dan semua peranan ini memerlukan remaja sekarang hidup sihat, tiada penyakit, tidak obes....opsss, tidak obes.
Statistik persepsi remaja berkenaan berat badan |
Satu perkara yang menjadi kebimbangan semasa di mana ada kajian menunjukkan bahawa 15 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Angka ini sungguh membimbangkan. Berat badan berlebihan perlu ditangani sejak usia remaja bagi mengelakkan kesukaran untuk menurunkan mengikut berat ideal ketika dewasa.
Antara punca yang dikenalpasti perkara ini berlaku adalah :
(i) Tabiat makan yang tidak sihat - makan berlebihan, makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi, makan malam beramai-ramai, makan semahunya
Makanan manis |
(ii) Aktiviti fizikal yang rendah
(iii) Tidak bersenam
(iv) Leka dengan peranti
Leka dengan peranti |
Jadi, setiap punca di atas perlu ditangani sewajarnya.
Tabiat makan yang tidak sihat
Selalunya tabiat tidak sihat ini dikaitkan dengan makanan manis, makanan masin, makanan segera. Semua makanan ini akan menyebabkan manusia, dalam konteks ini remaja khasnya akan hendak makan lagi, makan lagi, makan lagi dan ini menyebabkan ketagihan. Bila ketagihan ini berlaku, berat badan akan mula bertambah. Fizikal remaja mula berubah. Kegemukan dan obesiti terjadi. Proses ini mengambil masa. Maka proses pemulihannya juga mengambil masa.
Oleh itu, cara pemakanan sihat amat digalakkan. Dan jika keadaan remaja telah mencapai obesiti, pemakanan sihat itu menjadi WAJIB.
Antara cara pemakanan sihat yang boleh diamalkan :
(i) Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak
Buat pilihan yang tepat |
(ii) Makan secara sederhana - berhenti sebelum kenyang
(iii) Amalkan Set Hello New You dari Shaklee.💘
Dan cara ketiga ini disarankan untuk remaja bagi memudahkan melalui proses kurus dengan cepat dan selamat.
Cara ketiga ini memang jarang-jarang diketengahkan memandangkan cara ini melibatkan sedikit wang ringgit. Wang ringgit boleh diusahakan, kesihatan kini menjadi kekayaan sebenar apabila obesiti atau kegemukan menjengah. Daripada menggunakan wang untuk membeli makanan kurang bernutrisi, salurkan wang ringgit tersebut kepada set Hello New You yang selamat, berkesan dan terbukti ini.
Jom kita lihat fungsi setiap produk secara ringkas
1) Cinch Shake
Khasiat dalam produk ini merapatkan jurang nutrisi dalam badan, mengekalkan dan membaik pulih sel-sel tubuh badan untuk kesihatan jangka panjang
2) Herb Lax
Ramuannya membantu menyingkirkan toksin daripada badan
3) Lecithin
Khasiatnya mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati
4) Omega Guard
Khasiatnya menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak
Nampak lebih jelas kan bila kita tahu setiap fungsi produk dalam set Hello New You ni. Dan kita lebih faham kenapa kita ambil produk ini, dan akan membuatkan kita fall in love dengan Shaklee ini. Ada beran remaja-remaja sekalian? 😀😁
Jom cuba. Mana tahu boleh buat duit dengan Shaklee.
Ini kejayaan mereka yang menggunaka set Hello New You. Memang memberangsangkan
Aktiviti Fizikal Rendah dan Tidak bersenam
Bagi punca-punca ini, hanya satu sahaja caranya, iaitu aktifkan diri. Disiplinkan diri untuk mengadakan riadah. Luangkan masa, WAJIBkan diri bersenam tiga kali seminggu.
Remaja beriadah |
Aktiviti-aktiviti fizikal ini lebih seronok dan meriah apabila dilaksanakan bersama-sama dengan teman-teman yang sama-sama ingin menurunkan berat badan. Dan hasilnya dikongsi bersama. Bertambah semangat semuanya untuk sama-sama sihat, insya Allah.
Leka dengan peranti
Cabaran yang sugguh hebat alaf ini apabila semua perkara melalui atas talian. Kerja sekolah melalui atas talian, makluman sekolah melalui atas talian, borang-borang melalui atas talian - hampir semuanya atas talian. Jadi, memang tidak dapat dielakkan pengguna peranti ini.
Jadi, menjadi pengguna bijaksana, remaja perlu mempunyai disiplin dalam penggunaan peranti ini. Jangan mudah leka dengan pengisian lain yang sememangnya terlalu banyak atas talian. Untuk perkara ini, memang perlu memupuk iman yang kuat, iman yang utuh, iman yang sejahtera supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara sia-sia.
Mencari maklumat untuk jauhi obesiti, menangani obesiti tu bolehlah. Tapi jangan cari sahaja, perlu seiringan dengan tindakan, Maka akan ada hasilnya. Insya Allah.
Moga penulisan ini memberi manfaat buat semua terutamanya kepada remaja dan juga ibu bapa yang perlu sama-sama memberi sokongan dalam menangani isu obesiti di kalangan remaja.
Jom kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.
No comments:
Post a Comment