Thursday 30 March 2023

Minuman hilang mengantuk, tambah fokus


 Bismilah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bzzz, bzzz, bzzz. 

Mentor telefon. Beritahu #CinchTeaMix low in stock. Next stock lama lagi.

Masa tu dalam perjalanan ambil anak no 5 pulang dari sekolah.

Allah ilhamkan berhenti tepi jalan, submit order dulu.

Setengah jam selepas itu, makluman sampai #CinchMixTea habis

Allahuakbar.

Syukur sangat sebab Allah gerakkan hati mentor telefon sendiri dan beritahu.

Syukur sangat sebab Allah ilhamkan untuk berhenti dan terus submit order.

Semua ini ada keberkatanNya.

Bulatan bisnes yang penuh kasih sayang, yang sentiasa ingat mengingati, yang penuh dengan keikhlasan. 

Tq Allah. 



Saturday 25 March 2023

Intermittent Fasting Ada Tak Bagusnya


 Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sungguh hebat bulatan bisnes Shaklee ni.
Sentiasa upgrade ilmu, sentiasa suntik semangat, sentiasa ingatkan, sentiasa refresh, sentiasa membantu, sentiasa hulurkan tangan. Allahuakbar, seronoknya bersama bulatan ini.

Intermittent Fasting kini memang menjadi terkenal, terutamanya apabila ia menjadi pilihan ramai untuk turunkan berat badan. Dan rupanya setiap jam berpuasa ini akan memberi hasilkan yang berbeza pada badan. Selama ni, saya buat Intermittent Fasting sebab nak kurus dengan sihat, tak pernah tahu mekanisme jam yang berbeza ini akan memberikan impak yang berbeza. Terima kasih pada Master Norita yang menganjurkan kelas bersama Dr Redza, pakar dalam bidang 'The Science of Nutraceuticals'



Dan ultimate kepada Intermittent Fasting secara umumnya adalah untuk mencapai tahap autophagy. Dan ini boleh dicapai apabila berpuasa selama 18 hingga 20 jam. Dan autophagy terbaik dicapai apabila tempoh berpuasa mencapai tempoh 72 jam ie iaitu selama tiga hari. 

Apa itu autophagy?
Autophagy ini adalah cara semulajadi tubuh membersihkan sel yang rosak dengan menghasilkan sel yang lebih baru dan lebih sihat.

Kenapa nak capai autophagy?
Kerana autophagy ni banyak manfaatnya. Antaranya membersihkan sel, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan otak, meningkatkan kekuatan sistem imun dan mengurangi risiko penyakit degeneratif

TETAPI

Di sebalik manfaat ini, rupanya terselit ketidaksempurnaan.

Autophagy boleh menjejaskan penghasilan kolagen dalam badan dan ini adalah tidak baik untuk badan kita. Dan autophagy ini terhasil daripada proses Intermittent Fasting. Fakta yang sungguh mengejutkan. Dan ini dibuktikan melalui kertas jurnal yang daijalankan oleh pakar yang terlibat dalam bidang berkaitan.


Kolagen merupakan komposisi sehingga 30% daripada protin badan kita. Hampir 1/3 daripada komposisi protin badan. Jadi, bila penghasilan kolagen dalam badan berkurangan, maka terjadilah proses menggelebeh. Kurus tapi menggelebeh. Kurus tapi nampak tua. Kurus tapi nampak uzur. Eeeeee, taknaklah.

Jadi, amatlah penting, semasa proses Intermittent Fasting, makanan tambahan, iaitu kolagen perlu ada dalam diet harian. Lebih-lebih lagi apabila kolagen dalam badan mula kurang penghasilannya apabila umur mencecah 30 tahun. Saranan saya sudah pasti lah kolagen Shaklee, supplement terbaik di Malaysia


Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang

Wednesday 22 March 2023

Shaklee Fun Day memang awesome

Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

18 Mac 2023 berlakunya Shaklee Fun Day Shaklee Fun Day.

Istimewanya hari ini adalah kepada pengedar Shaklee yang membuat pembelian di cawangan terpilih, iaitu HQ, KL, Johor Bahru dan Kota Bahru akan mendapat pelbagai free gift apabila membeli produk Shaklee. Free gift Shaklee bukan kaleng-kaleng tau, semuanya best dan menarik.

Bertambah istimewa apabila ahli baru berdaftar menjadi ahli Shaklee dan membuat pembelian di cawangan terlibat akan mendapat hadiah payung Shaklee yang ekslusif apabila membuat pembelian produk Shaklee. Memang untung sangat jadi ahli Shaklee masa ini. Produk Shaklee dapat, hadiah pun dapat. 

Alhamdulilah, Allah beri izin untuk saya dan anak sulung saya ke cawangan Shaklee KL. Walaupun tak semeriah di Shaklee HQ, bahangnya terasa. 







Antara produk yang laris adalah Youth Skin Care Shaklee - beli bundle : Cleanser, Toner dan Moisturiser : dapat diskaun 10%. Wow. Memang rembat terus peluang ini.




Dan saya juga dapatkan produk promosi sempena Ramadhan, iaitu DTX Complex Shaklee. Sebab harganya sungguh-sungguh menguntungkan berbanding manfaat yang boleh diperolehi. (Cerita DTX Shaklee)




Dan ini adalah FREE GIFT yang saya dapat. Mewah tak?




Promosi dan program sebegini membuatkan saya lebih jatuh cinta dengan Shaklee dan percaya bisnes Shaklee adalah bisnes yang sesuai pada masa kini. Bertepatan dengan ciri-ciri yang dibawa bisnes Shakleebisnes Shaklee - Mudah, Fleksibel, Sosial dan Mudah Alih.





Mana taknya, apabila program sebegini ada, semua pengedar Shaklee berduyun-duyun datang dan bawa balik berkotak-kotak produk Shaklee. Best kan? Meriah kan? Peluang ini dioptimakan sepenuhnya bagi memastikan pengguna Shaklee mendapat manfaat yang terbaik daripada Shaklee.

Ada yang berminat untuk bersama saya dalam bisnes awesome ini?

Jom, kita sama-sama menuju ke puncak.

Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang

Saturday 18 March 2023

Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia

 Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sungguh, saya bersyukur menemui dan mengamalkan Shaklee sebagai supplement terbaik di Malaysia.

Bukti utama adalah Shaklee telah diundi oleh pengguna sebagai salah satu Trusted Brand Malaysia selama 2 tahun berturut-turut, berdasarkan tinjauan tahunan oleh Reader’s Digest Malaysia. Dua tahun berturut-turut adalah satu pencapaian yang sungguh bermakna dan membuatkan diri ini bertambah yakin, Shaklee memang supplement terbaik di Malaysia.

Shaklee Supplement Terbaik di Malaysia

Dan slogan Shaklee yang selalu berlegar adalah Selamat, Terbukti dan Berkesan

Selamat

Selamat di sini kerana 

(i) Ketulenan dan keselamatan terjamin melalui 350 ujian ke atas setiap bahan botani baru untuk pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain.

(ii) Kualiti dan kemujaraban terjamin melalui 100,000+ jumlah ujian kawalan kualiti setiap tahun yang dilakukan oleh Shaklee.

(iii) organik kerana 300+ 3x lebih ujian terhadap racun perosak dari yang diperlukan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat.

Wow, betapa Shaklee mementingkan produk yang SELAMAT untuk penggunanya terus #LiveYoungerLonger

Bila pertama kali saya tahu jumlah ujian yang dilakukan Shaklee, saya begitu kagum dan berani untuk berkongsi Shaklee dengan anak-anak saya pada usia masih muda, kerana ramuannya telah melalui ujian yang begitu banyak sebelum sampai di tangan saya dan anak-anak. JAdi, tak perlu risa, tak perlu gusar, insya Allah selamat.

Terbukti 

Terbukti kerana Shaklee memiliki lebih 100 paten dan nutrisi daripada produk Shaklee adalah berdasarkan kepada lebih 100 pembentangan dan kertas saintifik.

Berkesan

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk Shakleei memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti saya sendiri.

Saya sendiri telah mengamalkan set mengandung, set menyusu, set berpantang dan set kurus Shaklee. Hasilnya cukup memuaskan hati dan kekadang melebih expectation saya sebagai pengguna Shaklee supplement terbaik di Malaysia

Keistimewaan Shaklee terletak kepada falsafahnya, iaitu Living in Harmony with Nature® sebagai tunjang kepada semua yang dilakukan.

Komitmen Shaklee adalah untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk Shaklee lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk Shaklee adalah bebas gluten.
  • Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan Shaklee bebas dari penganiayaan.
Keistimewaan dan komitmen Shaklee ini telah menobatkan Shaklee sebagai supplement terbaik di Malaysia.

Best sangat kan? Sebab fitrah manusia selalu nak yang terbaik untuk diri, pasangan, keluarga, masyarakat dan negara. Dan Shaklee telah memenuhi kriteria supplement terbaik disupplement terbaik Malaysia dengan slogan yang cukup mantap. Selamat, Terbukti dan Berkesan.

Jadi, jom buat pilihan

Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang,

Wednesday 15 March 2023

Set Hello New You Shaklee untuk kurus sebelum raya

 Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Untung sangat kali ni, ada set istimewa untuk dapat kesan kurus. Best ke best sangat?

Mestilah best sangat. Dan paling best bila namanya Set Hello New You Shaklee. Awesome sangat kan?

Set Hello New You dari Shaklee ni lengkap bagi membantu proses menurunkan berat badan. Dengan sukatan dan cara yang betul, kesannya akan kelihata boombastic apabila Aidilfitri menjelang. Mana taknya, setiap produk dalam set tersebut ada fungsi-fungsi tersendiri.

1) Cinch Chocolate






Dalam set ini, ada #CinchChocolate yang lazat dan penuh dengan mineral dan vitamin. Cinch Chocolate ni dikira sebagai pengganti makanan. Maknanya, ambil waktu pagi, tak perlu ambil breakfast lagi. Untuk tengah hari, sebaiknya tambah dengan makanan lain jika ada ambil #CinchChocolate. Bagi malam pula, #CinchCholate ni menjadi pengganti makanan sekali lagi memandangkan waktu malam kurang aktiviti dilakukan.

Yang awesome dan bertambah awesome, bila beli set ni, percuma satu bekas Cinch Shake Chocolate. Memang untung bangat beli set ni, dapat satu set, percuma satu bekas Cinch Chocolate Shake..

2) Omegaguard




#Omegaguard dalam set Hello New You Shaklee ni akan bertindak sebagai pembakar lemak. Sebabnya, pemakanan harian kita ada yang dikawal, ada yang luar kawal. Bila makan masa luar kawal ni, lemak, minyak, gula tak tahulah berapa banyak ditelannya. Jadi #OmegaguardShaklee ni akan bertindak membakar lemak tu terus. Jangan disimpan dalam badan.

3) Lecithin



Wah, ini memang favourite produk dalam set Hello New You. Mana taknya, kesannya boleh buat perut ni slim dan kempis jer. Gabungan #Lecithin dan #Omegaguard akan membuatkan lemak tu dibakar dengan lebih baik dan dinyahkan daripada badan.

Tambahan kebaikan #LecithinShaklee ni adalah kolinenya. Boleh membuatkan minda bertambah cerdas, Insya Allah.

4) Herb Lax



Peranan Herb Lax dalam set kni memang superb. Herb Lax akan mencuci perut dan usus kita supaya nutrisi mudah diserap. Bak kata orang kikis karat di perut dan usus. Herb Lax ni ada bahan daun senna yang membantu proses pembuangan buang air besar dengan baik.

Wah, bila tahu fungsi-fungsinya, memang ebrtambah jatuh cinta tau dengan Shaklee ni.

Dan nak tambahkan cinta tu, harga set ini mengikut harga setiap produk adalah harga sebelum harga produk Shaklee dinaikkan. Maknanya, harga lama, dapat set baru. Macam wow ssangat.

Gabungan set Hello New You Shaklee dan set Berpuasa Shaklee akan melengkapkan nutrisi dalam badan. Dan insya Allah, dengan istiqamah, mengikut cara makan yang betul, jaga emosi, jaga minda dan jaga rohani, slim dapat, awet muda pun boleh dapat tau. Sebab # untuk Shaklee #LiveYounger Longer.

Jadi, jom ambil peluang kali ini.

Ramadhan yang hampir, kita amalkan set kurus Shaklee dan set Berpuasa Shaklee. 

Insya Allah, resultnya kebaboom💥

Ayuh, WA saya di sini untu maklumat lanjut.

Jom sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang


Sunday 12 March 2023

Duit Raya Awal dengan Shaklee, best sangat

 Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Bila sebut duit raya, kanak-kanak paling gembira. Mana taknya, dapat duit raya, boleh beli mainan, beli makanan kegemaran, belanja kawan-kawan. Beza pula dengan duit raya dengan Shaklee tau, kegunaannya melebihi jangkauan. Beli baju raya, beli biskut raya, kongsi dengan ibu bapa, kongsi dengan adik beradik dan banyak lagi. Bila sebut duit raya awal dengan Shaklee, tahun ni timing tu cantik sangat. Nak beritahu semua ni, Shaklee akan masukkan CASH BONUS hasil usaha kita bulan sebelum ni pada setiap 14 atau 15 haribulan. Jadi, ikut kiraan, Aidilfitri jatuh pada 22 April 2023, CASH BONUS Shaklee akan diteriam oleh pengedar Shaklee yang sah pada 14 April 2023. Just in time right, jadilah duit raya awal dengan Shaklee.

Duit raya dengan Shaklee : Wowee



Hari ini 12 Mac 2023. Maknanya 19 hari lagi untuk tiba 31 Mac 2023. Jadi masih sempat buat duit raya dengan Shaklee. Bisnes Shaklee ni cukup mudah, fleksibel sungguh. Cuba kita buat kiraan mudah. Satu hari kita buat jualan sebanyak RM300, maknanya dalam tempoh 19 hari, jumlah jualan akan menjadi RM5700. Secara anggaran, duit raya dengan RM600. Banyak kan?

Jadi, macamana? Menarik kan tawaran hebat ni? Mudah sangat. Paling best sebab kita ajak orang guna set berpuasa Shaklee yang awesome untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. Allahuakbar, manfaat sungguh. Dan insya Allah, reward nya adalah duit raya dengan Shaklee atau jika bukan bulan raya, kita panggil CASH BONUS.

Meh kita baca cerita teman saya pasal duit raya dengan Shaklee.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang,

Friday 10 March 2023

Set Berpuasa Shaklee untuk Ramadhan 2023

 Bismillah

Moga posting ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Ramadhan is just around the corner. Kurang 15 hari lagi. Jom persiapkan diri - fizikal, mental, emosi dan minda.

Alhamdulillah, syukur sangat. Sejak kenal Shaklee, set berpuasa Shaklee sentiasa jadi pilihan diri dan suami. Tahun ni nak panjangkan kepada anak-anak pulak, anak-anak kini masuk usia remaja.

Mula-mula kenal set berpuasa Shaklee, macam tak caya, boleh ke bertahan ni. Fitrah manusia. Mesti ada keraguan sebelum mencuba. Bila dah cuba, bertambah jatuh cinta dengan Shaklee.

Tengah nak mengingatkan kembali, set berpuasa Shaklee pertama saya 😊. Yang pasti Cinch Shake ada. Dan kurma. Memang tak disangka, tak rasa lapar. Rasa lebih segar, melepek jauh sekali. Sampai waktu berbuka, macam tak percaya, tiada rasa kelaparan yang amat jika bersahur dengan nasi atau roti.

Set berpuasa Shaklee sebelum bertukar packaging

Sejak hari itu, memang tak toleh menu lain untuk bersahur. Cinch Shake WAJIB dalam set berpuasa saya setiap tahun. Sekali sekala letak ESP Shaklee. Nak ada rasa creamy.

Yang paling ketara, adalah ketika Ramadhan tahun 2017. Berpuasa sewaktu menyusukan bambam Fatimah. Sebab dah biasa dengan set berpuasa Shaklee, maka teruskan dengan set ini. ESP Shaklee tu sentiasa menjadi peneman kerana ESP Shaklee ni milk booster. KAgum dan teruja kerana bila mengepam, hasilnya sentiasa memuaskan dan mencukupi untuk keperluan bambam Fatimah. Alhamdulillah.

Set berpuasa Shaklee : Hasil mengepam 6 Ramadhan 1438H 

Yang masih segar dalam ingatan adalah berpuasa tahun 2022. Setiap kali bersahur, set berpuasa Shaklee ni disusun, jadi macam tower pulak. Jemput tengok gambar-gambar yang dirakam di sini. Memang best sangat dan berpuas hati. Yang paling ketara saya rasai adalah mata tidak rasa mengantuk langsung lepas bersahur. Masa bersahur nasi, azan Subuh berkumandang, mata pun mulalah nak kuyu, mulut pula sentiasa menguap. Allah. Syukurnya mengenal set berpuasa Shaklee ni.

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi simple, cepat dan mengenyangkan

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Life Shake Matcha dan ESP

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Chocolate, Life Shake Matcha dan ESP Shaklee

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Chocolate dan ESP Shaklee

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Chocolate dan ESP Shaklee


Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Vanila Chocolate, ESP Shaklee dan Cinch Vanila

Untuk kekal bertenaga sebelah malam, set berpuasa Shaklee terus diamalkan. Cinch tea dibancuh segelas, Performance Drink dibancuh segelas untuk minuman berbuka. Minuman manis ni tak ngam dah dengan tekak ni. Minuman WAJIB yang masih saya kekalkan sebelum kenal Shaklee adalah teh o panas. Teringat kat arwah Mama bila minum air teh o tu. Sebab Mama yang ajar kami minum air teh o masa berbuka.

Set berpuasa Shaklee : Dari kiri - Teh o panas, Performance Drink Orange dan Cinch Tea

Set berpuasa Shaklee : Buat ekseprimen gabungan teh dan Performance Drink Lime dan Orange

Set berpuasa Shaklee : Dari kiri - teh o panas, Performance Drink Lime, Cinch Tea, Elderberry Tea, Vitamin C dan CoQ

Dan bulan ni, promosi Shaklee memang superb untuk set berpuasa Shaklee ni. Dipanggil set puasa 1-2-3 Shaklee - ada ESP, Cinch Shake Chocolate dan Performance Drink perasa Lemon. Waduh, gabungan mantap promo ni. Dapat pulak shaker hijau menawan percuma. Memang WAJIB lah grab untuk Ramadhan kali ni.

Set Berpuasa Shalee 2023 : Bersahur boleh, berbuka boleh

Bertambah best apabila promo Shaklee bulan ini menuju ke arah Healthy Inside, Happy Outside. Gabungan mana-mana produk di bawah dengan set berpuasa Shaklee, insya Allah akan memberi result yang lebih power terutamanay bagi mereka yang inginkan hilang kilogram dan inci pada bulan penuh barokah ni, supaya kekal sihat dan cantik masa Aidilfitri dan seterusnya.


Set berpuasa Shaklee : Memang superb tambah produk ni. Diskaun best, dapat beg percuma lagi

Yang saya sangat-sangat sarankan adalah DTX Complex Shaklee, makanan tambahan untuk hati. Bila digabungkan dengan set berpuasa Shaklee dan diamalkan secara konsisten, hati jika boleh berkata-kata mesti melafazkan kegembiraan sebab dapat nutrisi terbaik semasa Ramadhan. Ramadhan kan jua dikenali sebaga tempoh detoks. Untungnya melalui Ramadhan dengan set berpuasa Shaklee dan DTX Complex Shaklee. Nak beritahu, harga bulan ni sungguh murah. Sayangilah hati.💕

Jom kita baca pengalaman teman saya bila berpuasa dengan set berpuasa Shaklee ni.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang

Monday 6 March 2023

Buang air besar sekali dalam empat hari, ok ke?

 Bismillah

Moga posting ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Nak beritahu ni, itulah saya 10 tahun yang lalu. Tak pernah anggap itu tidak bagus, selagi boleh membuang, Alhamdulillah.

Rupanya, itulah salah satu punca saya melepek pada waktu malam. Mana taknya, toksik dalam badan terkumpul. Badan jadi letih. Masa kat tempat kerja, ok, sihat, boleh buat kerja. Balik rumah, lepas makan, terus melepek. Allahuakbar, kesian anak-anak. Bermanja dengan Abi jerlah yer. Masa tu anak baru tiga.

Turning point berlaku. Mula ambil Set Mengandung Shaklee masa anak nombor empat, tahun 2014. Ambil set trial dulu, masa tu masih ada set trial. Syukur masa tu Allah temukan Shaklee. Cari sesuatu untuk badan sebab rasa macam lemah sangat. Mana taknya, masa tu bekerja di Kuala Lumpur, mengadap traffic jam setiap hari, habis tenaga kat situ.

Tidak perasan kesannya sehinggalah anak nombor lima.

Seperti sedia maklum, sembelit masa pantang adalah normal. Ahaa, it is not normal. Something is wrong with nutrition in our body. Bila dah kenal, jatuh cinta berkali-kali. Oh no, perut nak membuang, takut mula datang, fobia berada lama dalam bilik air. Tapi dah tahu, ini semua toksik. Ok, jom membuang. Lima minit, selesai. Allahuakbar, Alhamdulillah.

Masa tu, ada yang berkongsi kesan makan Ostenurix, membuang jadi lancar. Dan membuang setiap hari adalah tanda usus sihat, toksik dibuang. Allah. Baru perasan, selepas amalkan Ostenurix Shaklee, tiap-tiap hari membuang. Badan lebih ringan. Tanaga ada extra untuk anak-anak sebelah malam.

Syukur sangat. Bila dah rasa kesannya, bila dah tahu puncanya, bila dah tengok hasilnya. I fall in love with Shaklee.




Mineral lain penting dalam penyerapan kalsium.

Ini adalah keistimewaan Shaklee.

Ostenurix Shaklee adalah kalsium yang dirumuskan bersama mineral lain, iaitu Zinc, Boron, Magnesium, Vitamin D3, Kuprum dan Mangan untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Saya telah merasai perbezaannya. 

Ada seketika itu, saya cuba ambil pil kalsium komersil. 

Memang boleh rasa perbezaannya, sakit belakang saya datang kembali. Huhuhuhu. 

Jadi, Ostenurix Shaklee kini jadi pilihan dan cadangan saya untuk semua. Harganya cukup berbaloi, hanya RM68.75 untuk 120 biji. Harga untuk ahli pula hanya RM55.00 sahaja.

Saranan saya, umur 20 tahun boleh mula ambil. Umur 30 tahun, perlu amalkan. Umur 40 tahun, sangat perlu amalkan.

Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

Perlukan Ostenutrix Shaklee? Boleh klik di sini.

http://Wasap.my/60195797582/NakOstenutrix

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang
#OstenurixShaklee
#kalsium
#tulang
#osteoporosis
#pantang




Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...