Friday 30 June 2023

Sebab saya ambil Vivix Shaklee dan ResV Shaklee : Dulu dan sekarang

 Bismillah

Moga posting kali ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.



Kali ni saya nak berkongsi, satu ketika dulu saya ambil Vivix Shaklee dan ResV Shaklee sebab lain. Bila sekarang, jadi sebab lain. Moga menjadi menfaat buat semua.

Saya mula mengamalkan Vivix Shaklee ketika umur saya 35 tahun. 


Masa ni, beli ajer, sebab ada rezeki lebih. Tak tahu pun khasiatnya. Cuma tahu Vivix Shaklee ni orang cakap tonik, ubat kuat. Menggigil jugaklah masa nak beli pertama kali.

Beli dan rasa. Rasa memang sedap. Kesannya......ambil masa untuk saya perasan.

Tambahan pula bila upline minta hadiahkan ibu dan ayah dengan Vivix Shaklee. Sebelum beri pada Mama dan Ayah, kita kenalah rasa dulu, betul tak?

Alhamdulillah, setelah amalkan dengan istiqamah, nampak satu perubahan di mana tenaga saya ok.

Pagi bekerja di pejabat seperti biasa. Lepas harung traffic jam, ada tenaga untuk hantar anak mengaji. Uruskan rumahtangga pada sebelah malamnya. Dan esok pagi, bangun seawal 4.30 pagi atau 5.00 pagi untuk bersiap-siap. Allahuakbar. Amazing dengan Vivix Shaklee ni.

Pada tahun 2019, saya mendapat panggilan menunaikan haji. Masa ini, ingat satu jer, "Aku perlu sihat dan bertenaga". Terus daftarkan diri menyertai program Jom Detoks NECK. Syukur, memilih set premium ketika itu yang mempunyai Vivix Shaklee salah satu produknya. 

Suka sangat kerana berjaya turunkan berat badan dan paling best, badan memang rasa ringan, toksin telah dibuang. Dan semasa menunaikan haji, berat badan telah turun mencecah 53kg. Allah memudahkan manasik haji kerana sepanjang berada di Haramain, saya mengamalkan supplemen Shaklee.

Dan kesan daripada progrm tersebut dan mengamalkan Vivix Shaklee, berat badan saya kekal bawah 60kg. Naik turun tu perkara biasa. Namun tak pernah cecah 60kg. Macam amazing sangat. Dan bersyukur sangat. Jadi, sayang sangat nak tinggalkan Vivix Shaklee yang awesome ini.


Bila dah rasa kesan Vivix Shaklee, apabila ResV Shaklee sampai di Malaysia pada Mac 2020, terus grab jerlah. Kalau Vivix Shaklee ni beri kesan hebat, ResV Shaklee mesti berganda hebatnya kerana ramuannya yang lebih banyak. Alhamdulillah, Allah beri izin grab sebotol ResV yang sangat terhad di pasaran ketika itu. Memang superb lah ResV ni.

Paling ketara, proses pembuangan sungguh lancar dan terasa badan ni ringan pada esok paginya selepas amalkan resV pada sebelah malam sebelum tidur. rasa malas nak bangun tu macam hilang, tidak rasa lemau, boleh bangun dengan bertenaga dan penuh bersemangat. Jemput tonton video di posting di sini.

Sekarang, umur telah mencecah 41 tahun. Di sana dengar darah tinggi, di sini pula ada kena serangan jantung. Hujung sana dengar kencing manis, hujung sini dengar sakit gout. Allahuakbar. Umur makin bertambah, maka usia badan ini pun maikn bertambah. It is normal. But it is not NORMAL jika umur yang masih muda, secekak ubat penuh di tangan perlu ditelan setiap hari. Masa umur ini adalah umur kemuncak, nak capai itu, nak capai ini

Maka, Vivix Shaklee dan ResV Shaklee terus diamalkan untuk emnua dengan sihat. Nak menua dengan gembira. Tak nak sakit-sakit ni semua. Polifenol dalan Vivix Shaklee dan ResV Shaklee ini bertindak sebagai antioksidan yang memperlahankan proses penuaan. Best kan bila tahu ni....

Jadi, memang WAJIB ambil setiap hari. Setiap hari terdedah dengan stress, setiap hari terdedah dengan cahaya matahari, setiap hari terdedah dengan pencemaran. Nak harapkan makanan, setiap hari bukannya makan buah, setiap hari bukannya makan sayur. Sayur dan buah pun belum tentu cukup nutrisinya. Jadi, pilihan yang SELAMAT, BERKESAN dan TERBUKTI adalah Vivix Shaklee dan ResV Shaklee. Banyak kajian klinikal berkenaan polifenol ini yang membantu dalam proses memperlahankan penuaan. Paling best kajian berkenaan Telomere. Memang superb lah bila tahu ni.



Jadi, pelaburan bulanan dengan Vivx Shaklee dan ResV Shaklee ini amat berbaloi. Sebab ia adalah pelaburan kesihatan. Kerana kesihatan adalah harta yang paling mahal. Mahal? Memanglah mahal, sebab ramuannya cukup premium. Jika disuruh petik dan adun bahan-bahan tu, rasanya harganya akan jadi lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan Shaklee.

Jadi, jom lah grab promo bulan Jun dan Julai ni. Lagi jimat berganda. Shopping dengan Shaklee dapat Lucky Draw. Shopping dengan Shaklee dapat cashback Shopping dengan Shaklee dapat kesihatan. Best kan?

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Wednesday 21 June 2023

Petua Hilangkan Jeragat

 Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.



Kita akan kenali jenis-jenis jeragat, punca-punca jeragat, bagaimana jeragat terjadi dan cara-cara rawat dan cegah jeragat.

Jeragat ni bahasa dermatology nya ialah “HYPERPIGMENTATION” Jeragat ni ada kecil, ada besar, ada di permukaan sahaja, ada di bahagian dalam. Dan setiap jenis ni ada nama-namanya. Jom kita tengok gambar-gambar ni dan kenali jeragat di muka kita kategori mana jika ada.

Jenis jeragat yang pertama


Jenis jeragat yang kedua


Jenis jeragat yang ketiga


Di sini ingin ditekankan, 90% masalah jeragat adalah berpunca daripada sinaran UV.

Ilmu yang saya dapat yang sinaran UV ni bukannya daripada matahari sahaja, laptop, lampu, telefon dan televisyen jua ada sinaran UV. Semua yang mengeluarkan cahaya ada mengeluarkan sinaran UV.

Jom kita lihat komposisi kulit kita untuk kita lebih faham bagaimana jeragat terjadi.

Kulit kita ni seperti semua sedia maklum, ada tiga lapisan – epidermis, dermis, hipodermis. Dan fokus kali ini kepada epidermis dan lebih spesifik kepada sel melanocytes.



Jom kita tengok bahagian epidermis sahaja yang mempunyai sel melanocytes di dasarnya. Gambar di bawah menunjukkan apa yang terjadi apabila sinaran UV menyentuh muka kita.



Bila sinaran UV terkena pada kulit, sel dalam kulit yang diberi nama – melanocytes akan dapat signal untuk keluarkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran UV ini. Masya Allah, ciptaan Allah yang cukup sempurna pada kulit kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai defend mechanism. Indah kan, sayangnya Allah pada kita semua. Sistem automatik yang berlaku ini adalah untuk melindungi kulit kita apabila kulit terdedah kepada sinaran UV. Jika ini tidak berlaku, sinaran UV ini akan tembus ke DERMIS dan akan rosakkan sel-sel kulit kita yang boleh mempercepatkan proses penuaan dan boleh menjadi penyumbang kepada kanser kulit.

Dari mana jeragat itu muncul? Ini jawapannya. Melanin yang terhasil ini akan naik ke atas permukaan muka dan membentuk tompok hitam/ coklat kecil. Semasa umur 20 an/ 30 an, kecil jer. Masa ni, kekadang tak perasan pun. Masuk umur 40 an, tompok-tompok ini jelas kelihatan dan menjadi tompok besar. So, tiba masanya merawat dan cegah.

Satu fakta yang perlu kita ambil tahu – Jeragat ambil masa yang lama untuk terbentuk ✅ Jeragat ambil masa yang lama untuk dipudarkan ✅

Jadi, petua hilangkan jeragat ni adalah satu proses. Jadi, bersabar tau untuk dapatkan hasilnya.

Jom kita lihat apa yang pilihan yang ada untuk merawat dan mencegah jeragat



Kita akan tengok cadangan produk penjagaan kulit dari Shaklee dan kenapa kita perlu tambah produk tersebut.


Produk Asas - WAJIB, tambahan kepada asas dalam membantu proses mencegah dan merawat jeragat ialah Serum dan Radince C+E.

Jadi, bagi yang belum ada jeragat, jom cegah. Yang dah ada jeragat, tingkatkan kesabaran, teruskan konsisten merawat dan pada masa yang sama, teruskan langkah pencgahan. Ok?

Selepas tahu ilmu ni, memang terus saya konsisten pakai Serum dan Radiance C+E. Niat nak jadi Testimoni Shaklee lepas amalkan dalam tempoh tertentu.

Memandangkan penggunaan sunblock/ sunscreen adalah bertujuan rawat dan cegah, jom kita lebih jatuh cinta dengan Age Defense Moisurizer Cream – SPF 50 Shaklee❤️

Kerana Age Defenfe Moisturiser Cream-SFP 50 memenuhi ciri-ciri Sunscreen yang terbaik dan selamat : ✅Broadband Spectrum ✅SPF 50 – dalam julat SPF yang dicadangkan ✅Anti Ageing Formula – mengandungi polifenol daripada Muscadine Grape Extract

Ciri-ciri di atas insya Allah membantu mengurangkan/ memudarkan jeragat di muka. Amacam? Bertambah cinta pada Age Defense Moisturizer – SPF 50 Shaklee?

Kini kita lihat pula dari sudut penjagaan dalaman – makanan tambahan yang dicadangkan untuk kesihatan kulit.



Seperti biasa – WAJIB untuk kulit sihat dan cantik – ESP dan Sustained Release Vitamin C Tambahan untuk jeragat ialah GLA Complex. Ini adalah untuk keseimbangan hormon memandangkan antara faktor yang menyumbang kepada jeragat berpunca daripada hormon. Dan sudah pasti PILIHAN yang best dan AWESOME – Vivix Shaklee.

Sebagai penutup, saya kongsi tips pemakaian produk penjagaan kulit.😉

✨Tips menggunakan produk penjagaan kulit ✨ 🌷Mulakan dengan produk bertekstur cair ke pekat ie pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari 🌷Gunakan serum secara berasingan dengan pelembap. 🌷Tunggu dua minit selepas meletakkan serum sebelum menyapu pelembap supaya serum menyerap sepenuhnya ke dalam kulit 🌷Sapukan lebih sedikit pelembap 15 minit sebelum terdedah kepada matahari dan sapukan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam.

Jom sama-sama cantik, sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang #NextLevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023

Tuesday 20 June 2023

Vivix dan ResV pilihan saya

Bismillah.




Moga posting ini menenui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera dan harmoni.



Saya mengenali Vivix dan ResV melalui Shaklee. Produk premium Shaklee.

Masa mula-mula tahu Vivix Shaklee, rasa cam tak percaya harganya yang sungguh mahal. Al maklumlah belum bercinta lagi dengan Vivix Shaklee.💖

Bila dah bercinta, jatuh cinta berkali-kali dengan Vivix Shaklee ni.



Sebab itu, apabila ResV Shaklee dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2020, terus grab sebotol sebab dah fall in love sangat dengan Vivix Shaklee.

Sebab apa saya fall in love sangat dengan Vivix dan ResV ni adalah kerana khasiat polifenol. Khasiat yang tidak pernah diambil tahu sebelum ini. 

Jom kita kenal dengan polifenol.

Polifenol ini adalah kompaun bioaktif dalam tumbuhan yang berfungsi melindungi tumbuhan. Macam tak click lagi kan, apalah kebaikannya pada manusia kan? 

Jom kita cakna fungsi polifenol pula.

Polifenol bertindak sungguh hebat pada badan manusia, kerana kerja polifenol ini pada peringkat sel, binaan asas badan manusia.

Fungsi-fungsi polifenol adalah

(i) meningkatkan tenaga sel

(ii) melindungi dan memperbaiki DNA

(iii) mengoptimumkan prestasi sel

(iv) meningkatkan pertahanan sel

Meh saya cerita setiap fungsi tersebut dan kaitannya dengan badan kita.


Meningkatkan Tenaga Sel

Nak tahu tak, nak tidur pun perlukan tenaga tau. Selalu kita nak tidur sebab nak bertenaga selepas tu tetapi ingat, nak tidur pun perlukan tenaga. Sebab itu perlu jaga sel, sebab sel ni tempat jana tenaga. Insya Allah polifenol membantu penghasilan mitokondria, iaitu penjana tenaga di sel. Makin banyak mitokondria, banyak tenaga dijana. Sikit mitokondria, sikit tenaga dijana. 

Ini dibuktikan dengan kajian makmal.



Memang WAJIB ada polifenol dalam diet seharian kita kerana tenaga diperlukan untuk melakukan kerja harian dan juga kerja-kerja di peringkat sel.


Melindungi dan memperbaiki DNA

Fungsi memang superb. Untuk lindungi kulit daripada sinaran UV, kita pakai SPF. Untuk lindungi sel, kita ambil apa? Pernah terfikir tak?

Di sinilah, polifenol mainkan peranan. Polifenol ni bertindak menlindungi sel. Di samping memperbaik sel yang rosak. Lepas baiki, melindungi supaya tak rosak. Sel yang masih baik, polifenol bertindal sebagai pelindung. Kagumlah dengan polifenol ni.

Sebab tu kena amalkan polifenol ni.


Mengoptimumkan prestasi sel

Sel kita mengalami prestasi berkurangan apabila pengumpulan protin AGE berlaku. Protin AGE berlaku apabila protin bergabung dengan gula berlebihan. Protin tak salah, gula yang berlebihan yang bersalah. Protin lebih, insya Allah

Kajian makmal menujukkan polifenol melambatkan pembentukan AGE protin sehingga 80%. Memang hebat.



Meningkatkan pertahanan sel

Hebat sungguh. Bagiamana yer? Prosesnya ada berkaitan dengan Nrf2, protin dalam badan yang menjadi faktor penuaan. Nrf2 memainkan peranan dalam mengawal metabolisme, keradangan dan sistem imun.

Kajian makmal menunjukkan bahan campuran polifenol boleh meningkatkan ekspresi Nrf2


Best kan semua fungsi polinol di atas.

Jom kita dengar cerita ResV pula.




Mengapa saya jatuh cinta dengan ResV juga selain asbab polifenol dalam ResV? Jom tonton video di bawah.



Jadi, bagaimana? Masih ragu-ragu dengan polifenol? Boleh PM saya. Kita cerita lagi.

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.


#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline


Monday 19 June 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat untuk Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek Harmoni

Bismillah
Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Apabila kesihatan adalah harta yang paling mahal untuk semua orang di muka bumi, satu kesedaran bersama telah wujud di mana semua orang mencari-cari amalan gaya hidup sihat, luaran dan dalaman.

Nak sihat, perlu merangkumi kesihatan empat aspek, kesihatan jasmani, kesihatan emosi, kesihatan rohani dan kesihatan intelek. Jadi, bila mencari, dan mula amalkan gaya hidup sihat, pastikan empat aspek di atas dipenuhi, jika tidak kesemuanya, paling tidak memenuhi dua aspek.




Jom kita lihat lima gaya hidup sihat yang boleh diamalkan dalam menuju kesihatan yang sejahtera dan harmoni, insya Allah.

1) Amalkan pemakanan yang sihat

Apabila berbicara gaya hidup, makan adalah antara aktiviti harian semua orang, dari bergelar bayi sehingga bergelar orang tua. Samada makan untuk hidup, hidup untuk makan - bagi saya kedua-duanya ada ketepatan dan perbahasan tersendiri. Kita tak bincang di sini.😉

Fokus kita apa amalan pemakanan yang sihat yang boleh kita amalkan.

Antarnya adalah menggunakan piramid makanan sebagai rujukan untuk menyediakan menu harian.

Contoh piramid makanan Malaysia

Selain itu, diet suku-suku separuh yang kini popular di kalangan mereka yang ingin menjaga berat badan juga boleh dijadikan panduan untuk amalan pemakanan yang sihat. Formula yang paling mudah diingati apabila memilih makanan terutamanya semasa membeli makanan di kedai.

Diet Suku Suku Separuh

Amalan pemakanan yang sihat menampung keperluan nutrisi dalam badan, termasuk otak yang akan memberi impak kepada intelek. Dan pemakanan yang betul dan sihat juga boleh mempengaruhi emosi kerana boleh menjauhkan sakit yang boleh menggangu emosi. Bila sihat, hati gembira. Bila sakit, hati sedih. Betul tak?

2) Bersenam secara berkala dan istiqamah

30 minit menggerakkan badan sehingga mengeluarkan peluh amat perlu untuk semua orang. Bila badan bergerak, otot-otot menjadi ringan, saraf sentiasa berhubung, jantung menjadi sihat dan paling best bila bentuk badan pun cantik dan sedap dipandang mata. 

Senaman paling mudah adalah berjalan kaki selama 30 minit. Semasa berjalan, tangan dihayun, bibir melafazkan selawat dan zikrullah, mata memandang sekeliling dengan penuh terbuka. Mudah dan amat berkesan.

Senaman memberi impak kepada jasmani, emosi dan intelek. Apabila jantung sihat, darah mengalir dengan baik dalam badan, maknanya organ-organ mendapat oksigen yang mencukupi dan ini membolehkan sistem dalam badan - sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem limfa dan sistem-sistem lain berfungsi dengan baik. Maka emosi pun terjaga apabila jasmani sihat. Alhamdulillah.

Bersenam bersama keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan



3) Suplemen dengan bijak

Suplemen dengan bijak bermaksud memilih suplemen yang selamat, berkesan dan terbukti. Amat penting kita memilih supplemen terbaik untuk badan kita. Tersalah pilih, badan kita menjadi mangsa. 

Suplemen kini menjadi satu keperluan memandangkan gaya hidup sekarang yang penuh dengan tekanan, penuh dengan radikal bebas, penuh dengan sinaran uv, penuh dengan pencemaran - air, udara dan tanah. Penuh di sini bererti kita tidak dapat mengelakkannya. Kerja di sini ada tekanan, kerja macam ni ada tekanan. Hidup di sini ada radikal bebas, hidup di sana pun ada radikal bebas. Duduk dalam rumah dapat sinaran uv, duduk luar rumah pun dapat sinaran uv. Jadi, pada setiap masa, setiap ketika, semua tempat - ada elemen yang boleh menjejaskan kesihatan kita.

Suplemen ini akan membantu untuk merapatkan jurang nutrisi yang ada selepas kita memilih makanan harian kita. Apabila jurang nutrisi berkurang atau tiada, penyakit pun susah nak singgah. Apabila badan sihat, minda boleh mebuahkan fikiran yang bernas, emosi menjadi stabil. Seronok kan?

Jurang nutrisi dipenuh dengan suplemen yang betul


4) Motivasi

Semua orang memerlukan motivasi dalam menaikkan semangat, mengekalkan semangat positif. Mendengar kata-kata motivasi semasa kesesakan lalulintas akan membuatkan emosi menjadi stabil dan memenuhi keperluan jiwa. Hadir ke program motivasi akan memberi impak yang lebih hebat kerana gelombang dan aura sekeliling yang mantap, yang bersemangat, yang sentiasa gembira, yang sentiasa teruja. Semua ini akan memenuhi keperluan rohani untuk kekal sihat. Apabila rohani sihat, emosi dan minda menjadi stabil. Emosi sentiasa tenang dan minda sentiasa menghasilkan idea-idea hebat apabila rohani dipenuhi dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat dan berfaedah.

Poster kata motivasi akan aktifkan penglihatan dan sampaikan mesej kepada minda dan seterusnya kepada rohani dan badan


5) Berpuasa

Aktivti berpuasa yang terkenal sekarang adalah Intermitet Fasting (IF). Ini adalah kerana IF selalu dikaitkan dengan penurunan berat badan dan ini seterusnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan sejahtera. Apabila aktivti ini adalah untuk kesihatan yang bai, bermakan merangkumi kesihatan fizikal, emosi dan intelek.

Berpuasa adalah aktiviti WAJIB umat Islam semasa bulan Ramadhan. Pada bulan penuh barokah ini, umat Islam melalui ibadah puasa untuk badan dan jiwa serta ibadah-ibadah lain untuk tarbiyyah emosi dan intelek. Sungguh indah ketetapan Allah SWT kepada hamba-hamba yang disayangiNya.

Bila sebut puasa, ingat Ramadhan

Ini hanyalah antara gaya dalam menuju hidup yang sihat untuk keharmonian jasmani, emosi, rohani dan intelek. Masih ada gaya hidup lain yang bersesuaian mengikut adat, budaya, agama dan bangsa.

Apa jua pilihan kita, berdoa dan sentiasa meminta kepada Yang Maha Esa adalah PERLU kerana sihat dan sakit datang daripadaNya. Kita sebagai insan dan hamba hendaklah sentiasa berikhtiar, berusaha moga terus sihat jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam mencari redhaNya.

Moga kita semua sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Saturday 17 June 2023

Impian itu percuma

Rumah impian kami, ada swimming pool


Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman.

Masa mula-mula dengar kata-kata ini, saya masih in denial. Yup, saya dulu juga adalah seorang yang logik. Tiada ini, mana boleh jadi macam ini. Tiada satu juta dalam bank, mana boleh beli rumah banglo. Contohlah....😄

Tetapi, apabila saya sendiri cuba berimpian, Allahuakbar.

It is not about IMPIAN.

It is about to whom or what we rely ON. 

Usaha kita ke untuk dapat sesuatu

Teman baik kita ke untuk capai sesuatu

Jiran tetangga ke untuk sampaikan sesuatu

Adik beradik ke untuk gapai sesuatu

Bos kita ke untuk dapat prestasi cemerlang

Pasangan kita ke untuk dapat hidup mewah

Begitulah insan. Lupa bahawa yang menciptanya adalah ALLAH SWT, Allah Al Kholiq, Allah Yang Maha Mencipta

Maka Yang Maha Mengatur, Allah Ya Bari'. Betul, Allah. 

Bukan usaha kita, bukan teman baik kita, bukan jiran tetangga kita, bukan bos kita, bukan pasangan kita, bukan adik beradik kita.

Maka, berimpianlah dan berharaplah pada Allah Al Akbar, Allah Yang Maha Besar. Dan impian itu menjadi sungguh cantik, sungguh tersusun, sungguh indah.

Terima kasih Allah Ya Rahman, Allah Yang Maha Penyayang, atas segala kurnianMu yang terbaik untuk diriku, keluarga dan orang sekeliling.

Jom connect to Allah.


Monday 12 June 2023

Pengedar Shaklee Taman Bukit Indah Ampang

Bismillah

e-kad : Pengedar Shaklee yang sah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izinNya, saya kini merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor.



Alhamdulillah, mula mengenali Shaklee pada tahun 2014 melalui teman sekolej semasa belajar A-Level di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad, Master Kam Maria Abdul Mutalib. Masa tu mula mengambil set mengandung Shaklee. Dan masa tu mengandungkan anak nombor empat. Dan baru bermula bekerja di Kuala Lumpur.

Saya mula menjinakkan diri dengan bisnes Shaklee pada tahun 2020. Sebelum tu ada juga buat jualan, kecil-kecilan sahaja. Pada tahun 2020 tu langkah panjang sedikit sebanyak, mendalami nutrisi, memahami nutrisi, menjiwai nutrisi, mengamalkan nutrisi,  mengenali peluang bisnes dalam Shaklee, mengaplikasikan ilmu bisnes, mengembangkan ilmu berpasukan dan banyak lagi yang dipelajari dalam bulatan bisnes Shaklee yang setiasa gegar menggegarkan. Alhamdulillah.

Ini set yang saya mula-mula amalkan. Set mengandung Shaklee

Gambar tahun 2021,
mengandung anak nombor enam dan mengamalkan set penuh mengandung Shaklee

Saya sungguh jatuh cinta dengan Shaklee kerana setiap kali saya mencuba produk Shaklee, kesan yang dialami sungguh mengagumkan.

Saya amalkan #OstenutrixShaklee, kesannya saya membuang setiap hari

Saya amalkan #ESPShaklee, susu ibu yang mencukupi dan melimpah ruah untuk anak-anak saya

Saya amalkan #SustainedReleaseVitaminC, soksek-soksek hidung tiada lagi.

Saya amalkan #LecithinShaklee, perut kempis dan slim

Saya amalkan #BComplexShaklee, mood swing kurang berlaku

Dan senarainya berterusan untuk testimoni Shaklee bagi diri sendiri, belum termasuk lagi ahli keluarga 😁

Syukur sangat dapat mengamalkan produk Shaklee yang selamat, berkesan dan terbukti ini.

Dan ini menyebabkan saya ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang sekeliling, terutamanya jiran tetangga. Bagi memduahkan jiran tetangga tahu yang ada pengedar Shaklee yang sah yang berdekatan, banner Shaklee digantung di luar rumah saya.

Banner Pengedar Shaklee sah di depan rumah

Dan bertambah menarik, insentif yang disediakan oleh Shaklee apabila menjalankan bisnes ini. Tiga insentif yang sungguh superb - wang tunai, bonus kereta dan lawatan ke luar negara tajaan penuh Shaklee. Bagi saya, insentif ini cukup lumayan dan konsisten dengan hasil usaha masing-masing, tanpa mengira pangkat, latar belakang pendidikan, asal-usul. Semua layak mendapatkan insentif ini dengan syarat mencapai target yang telah ditetapkan.

Dan lebih seronok, menjadi ahli Shaklee banyak kelebihannya. Dan yang paling best apabila mendapat harga ahli yang sungguh menjimatkan. Duit jimat, sihat dapat, Alhamdulillah.

Kelebihan menjadi ahli Shaklee

Untuk Renewal Shaklee, cukup mudah sekali. Tarikh tamat keahliana dalah sama dengan tarikh hari lahir kita. Tiga bulan sebelum tarikh lahir, proses pembaharuan boleh dibuat. Dan caranya hanya dengan membeli apa-apa produk Shaklee. Menguntungkan, betul tak? Bak kata orang putih, hitting two birds with one stone. Produk dapat, kekal jadi ahli Shaklee pun dapat. Memang best lah.

Jadi, anda berminat nak jadi pengedar Shaklee? Jom bersama saya. Kita ajak orang sekeliling hidup sihat, Insya Allah.


#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Thursday 8 June 2023

Testimoni Anak Saya dengan Nutriferon Shaklee

Bismillah

Moga posting kali ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan keadaan kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah saya dikurniakan dengan enam cahaya mata soleh, solehah. Kini berumur antara dua tahun dan 15 tahun. 

Enam anak yang ambil Nutriferon Shaklee

Dua anak saya pernah hadapi eczema, anak no 3- Anas dan anak no 5 - Fatimah

Semasa Anas menghidapi eczema ketika berumur dua tahun setengah, saya masih belum mengenali Shaklee. Alhamdulillah, eczema Anas sembuh selepas menggunakan produk semulajadi dari Australia jenama M**g**. Cuma proses pemulihan Anas begitu menyakitkan kerana pemakaian krim steroid. Masih segar di ingatan apabila atuk dan neneknya suruh berhenti memakai produk semulajadi tersebut selepas melihat tangan Anas berdarah-darah kerana kesan pemulihan dari krim steroid. Syukur sangat, selepas dua minggu bertahan, kulit Anas menunjukkan perubahan ke arah penyembuhan. Kini kulit Anas masih ada kesan eczema, dalam keadaan terkawal, Alhamdulillah.

Unfortunately, masa tu jarang-jarang ambil gambar, maka tiada gambar Anas dijumpai. Cuma memori di minda yang ada.

Anak no 5, Fatimah mula mendapat eczema semasa beliau berumur 10 bulan. Masih segar di ingatan ada satu tompok merah di muka yang tiada langsung menyangka itu adalah permulaan sakit eczemanya.

Tompokan eczema mula hilang

Masa dengan Fatimah, saya sudah mengamalkan Shaklee. Cuma memandangkan Fatimah masih kecil dan menyusu badan, dapat nutrisi daripada saya yang mengamalkan Shaklee melalui susu badan. Tiada sebarang produk diberikan pada Fatimah semasa eczema mula-mula menjengah. Cuma ingat, ada mencuba produk-produk semulajadi komersil tetapi hasilnya menyedihkan. Kekadang makin teruk dan makin meradang kulit Fatimah. Cuma bertahan. Satu yang membuatkan diri ini lega, eczema Fatimah tidak menyebabkan Fatimah menggaru dengan menganas. Maksudnya dalam kawalan.

Aidilfitri menjelma. Bila nak raya ni, imun anak-anak perlu dijaga. Mana taknya, berjalan sakan, makan sakan. Sistem badan terganggu, sistem imun pun terganggu. Jadi, untuk bantu sistem imun anak-anak, semua diberi #NutriferonShaklee sebelum berjalan-jalan. Balik rumah, ambil lagi. Termasuk Fatimah yang ketika itu berumur dua tahun. Semasa ini, yakin dengan produk Shaklee yang SELAMAT, Fatimah yang berumur dua tahun pun diberi #NutriferonShaklee.

Inilah testimoni Shaklee anak saya.

Amazingly, beberapa bulan selepas Aidilfitri, ada yang menegur, "Kulit Fatimah nampak makin ok" Al maklumlah, terbiasa tengok hari-hari, perubahan yang ebrlaku tak perasan. Belek, belek, betullah, muka Fatimah makin kering.

Cari-cari gambar dan tengok semula. Inilah perubahan yang berlaku. Ada koleksi gambar yang menunjukkan perbezaan ketara dalam tempoh tiga bulan.

Perubahan yang berlaku selepas amalkan Nutriferon Shaklee


Dan gambar paling win, selepas setahun Aidilfitri 2019, semasa Aidiladha, baju yang sama. Muka licin berseri awesome.

Shaklee Effect : Selepas setahun mengamalkan Nutriferon Shaklee

Memang terharu dan kagum dengan perubahan yang dialami. Dan satu kelegaan betul apabila pipi Fatimah licin dan bersih. Syukur Alhamdulillah.
Benarlah bila ada yang kata, makan untuk kurus, dapat cantik sekali.
Makan untuk imun, dapat hilang eczema. Memang WIN betul Shaklee ni.

Bila menghadiri kelas nutrisi Shaklee, sistem imun mempengaruhi fungsi dalam sistem badan kita. Bila sistem imun ada masalah, masalah kulit boleh berlaku, masalah pernasafan terganggu, sistem pencernaan boleh tergugat dan banyak lagi. Yang paling penting, sistem badan kita perlu sentiasa optimum bagi memastikan badan sentiasa sihat dan cergas.

Jom kenali Nutriferon Shaklee

Nutriferon Shaklee adalah sebatian proprietari eksklusif ekstrak empat tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga Safflower, biji Plantago dan  bunga Japanes Honeysuckle. Empat tumbuhan ini telah melalui kajian yang dilaksanakan oleh doktor imunologi dari Jepun yang diberi nama Doktor Yasuhiko Kojima.

Bahan-bahan botani dalam Nutriferon Shaklee

Satu perkara yang amat mengagumkan adalah penyelidikan dan penghasilan Nutriferon Granules ini mengambil masa bertahun-tahun oleh Doktor Imunologi ini bersama-sama dengan rakan-rakannya. Proses penyaringan, pengujian dan penilaian lebih daripada 200 ramuan berbeza yang menyebabkan tempoh yang lama diambil sehingga menemui empat bahan botani yang ekslusif kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Sungguh kagum dengan usaha ni.

Kita sekarang hanya perlu mendapatkan Nutriferon Shaklee dan telan sahaja. Kajian secara menyeluruh telah dibuat oleh pakar yang terlibat. Beruntung kan kenal Nutriferon Shaklee ni.

Jom, dapatkan segera. Klik di sini.

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

Dan moga dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com 

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...