Friday, 30 June 2023

Sebab saya ambil Vivix Shaklee dan ResV Shaklee : Dulu dan sekarang

 Bismillah

Moga posting kali ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.



Kali ni saya nak berkongsi, satu ketika dulu saya ambil Vivix Shaklee dan ResV Shaklee sebab lain. Bila sekarang, jadi sebab lain. Moga menjadi menfaat buat semua.

Saya mula mengamalkan Vivix Shaklee ketika umur saya 35 tahun. 


Masa ni, beli ajer, sebab ada rezeki lebih. Tak tahu pun khasiatnya. Cuma tahu Vivix Shaklee ni orang cakap tonik, ubat kuat. Menggigil jugaklah masa nak beli pertama kali.

Beli dan rasa. Rasa memang sedap. Kesannya......ambil masa untuk saya perasan.

Tambahan pula bila upline minta hadiahkan ibu dan ayah dengan Vivix Shaklee. Sebelum beri pada Mama dan Ayah, kita kenalah rasa dulu, betul tak?

Alhamdulillah, setelah amalkan dengan istiqamah, nampak satu perubahan di mana tenaga saya ok.

Pagi bekerja di pejabat seperti biasa. Lepas harung traffic jam, ada tenaga untuk hantar anak mengaji. Uruskan rumahtangga pada sebelah malamnya. Dan esok pagi, bangun seawal 4.30 pagi atau 5.00 pagi untuk bersiap-siap. Allahuakbar. Amazing dengan Vivix Shaklee ni.

Pada tahun 2019, saya mendapat panggilan menunaikan haji. Masa ini, ingat satu jer, "Aku perlu sihat dan bertenaga". Terus daftarkan diri menyertai program Jom Detoks NECK. Syukur, memilih set premium ketika itu yang mempunyai Vivix Shaklee salah satu produknya. 

Suka sangat kerana berjaya turunkan berat badan dan paling best, badan memang rasa ringan, toksin telah dibuang. Dan semasa menunaikan haji, berat badan telah turun mencecah 53kg. Allah memudahkan manasik haji kerana sepanjang berada di Haramain, saya mengamalkan supplemen Shaklee.

Dan kesan daripada progrm tersebut dan mengamalkan Vivix Shaklee, berat badan saya kekal bawah 60kg. Naik turun tu perkara biasa. Namun tak pernah cecah 60kg. Macam amazing sangat. Dan bersyukur sangat. Jadi, sayang sangat nak tinggalkan Vivix Shaklee yang awesome ini.


Bila dah rasa kesan Vivix Shaklee, apabila ResV Shaklee sampai di Malaysia pada Mac 2020, terus grab jerlah. Kalau Vivix Shaklee ni beri kesan hebat, ResV Shaklee mesti berganda hebatnya kerana ramuannya yang lebih banyak. Alhamdulillah, Allah beri izin grab sebotol ResV yang sangat terhad di pasaran ketika itu. Memang superb lah ResV ni.

Paling ketara, proses pembuangan sungguh lancar dan terasa badan ni ringan pada esok paginya selepas amalkan resV pada sebelah malam sebelum tidur. rasa malas nak bangun tu macam hilang, tidak rasa lemau, boleh bangun dengan bertenaga dan penuh bersemangat. Jemput tonton video di posting di sini.

Sekarang, umur telah mencecah 41 tahun. Di sana dengar darah tinggi, di sini pula ada kena serangan jantung. Hujung sana dengar kencing manis, hujung sini dengar sakit gout. Allahuakbar. Umur makin bertambah, maka usia badan ini pun maikn bertambah. It is normal. But it is not NORMAL jika umur yang masih muda, secekak ubat penuh di tangan perlu ditelan setiap hari. Masa umur ini adalah umur kemuncak, nak capai itu, nak capai ini

Maka, Vivix Shaklee dan ResV Shaklee terus diamalkan untuk emnua dengan sihat. Nak menua dengan gembira. Tak nak sakit-sakit ni semua. Polifenol dalan Vivix Shaklee dan ResV Shaklee ini bertindak sebagai antioksidan yang memperlahankan proses penuaan. Best kan bila tahu ni....

Jadi, memang WAJIB ambil setiap hari. Setiap hari terdedah dengan stress, setiap hari terdedah dengan cahaya matahari, setiap hari terdedah dengan pencemaran. Nak harapkan makanan, setiap hari bukannya makan buah, setiap hari bukannya makan sayur. Sayur dan buah pun belum tentu cukup nutrisinya. Jadi, pilihan yang SELAMAT, BERKESAN dan TERBUKTI adalah Vivix Shaklee dan ResV Shaklee. Banyak kajian klinikal berkenaan polifenol ini yang membantu dalam proses memperlahankan penuaan. Paling best kajian berkenaan Telomere. Memang superb lah bila tahu ni.



Jadi, pelaburan bulanan dengan Vivx Shaklee dan ResV Shaklee ini amat berbaloi. Sebab ia adalah pelaburan kesihatan. Kerana kesihatan adalah harta yang paling mahal. Mahal? Memanglah mahal, sebab ramuannya cukup premium. Jika disuruh petik dan adun bahan-bahan tu, rasanya harganya akan jadi lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan Shaklee.

Jadi, jom lah grab promo bulan Jun dan Julai ni. Lagi jimat berganda. Shopping dengan Shaklee dapat Lucky Draw. Shopping dengan Shaklee dapat cashback Shopping dengan Shaklee dapat kesihatan. Best kan?

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...