Bismillah
Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.
Kita akan kenali jenis-jenis jeragat, punca-punca jeragat, bagaimana jeragat terjadi dan cara-cara rawat dan cegah jeragat.
Jeragat ni bahasa dermatology nya ialah “HYPERPIGMENTATION”
Jeragat ni ada kecil, ada besar, ada di permukaan sahaja, ada di bahagian dalam. Dan setiap jenis ni ada nama-namanya.
Jom kita tengok gambar-gambar ni dan kenali jeragat di muka kita kategori mana jika ada.
|
Jenis jeragat yang pertama
|
|
Jenis jeragat yang kedua |
|
Jenis jeragat yang ketiga |
Di sini ingin ditekankan, 90% masalah jeragat adalah berpunca daripada sinaran UV.
Ilmu yang saya dapat yang sinaran UV ni bukannya daripada matahari sahaja, laptop, lampu, telefon dan televisyen jua ada sinaran UV. Semua yang mengeluarkan cahaya ada mengeluarkan sinaran UV.
Jom kita lihat komposisi kulit kita untuk kita lebih faham bagaimana jeragat terjadi.
Kulit kita ni seperti semua sedia maklum, ada tiga lapisan – epidermis, dermis, hipodermis. Dan fokus kali ini kepada epidermis dan lebih spesifik kepada sel melanocytes.
Jom kita tengok bahagian epidermis sahaja yang mempunyai sel melanocytes di dasarnya. Gambar di bawah menunjukkan apa yang terjadi apabila sinaran UV menyentuh muka kita.
Bila sinaran UV terkena pada kulit, sel dalam kulit yang diberi nama – melanocytes akan dapat signal untuk keluarkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran UV ini. Masya Allah, ciptaan Allah yang cukup sempurna pada kulit kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai defend mechanism. Indah kan, sayangnya Allah pada kita semua.
Sistem automatik yang berlaku ini adalah untuk melindungi kulit kita apabila kulit terdedah kepada sinaran UV. Jika ini tidak berlaku, sinaran UV ini akan tembus ke DERMIS dan akan rosakkan sel-sel kulit kita yang boleh mempercepatkan proses penuaan dan boleh menjadi penyumbang kepada kanser kulit.
Dari mana jeragat itu muncul? Ini jawapannya.
Melanin yang terhasil ini akan naik ke atas permukaan muka dan membentuk tompok hitam/ coklat kecil.
Semasa umur 20 an/ 30 an, kecil jer. Masa ni, kekadang tak perasan pun. Masuk umur 40 an, tompok-tompok ini jelas kelihatan dan menjadi tompok besar. So, tiba masanya merawat dan cegah.
Satu fakta yang perlu kita ambil tahu –
Jeragat ambil masa yang lama untuk terbentuk
Jeragat ambil masa yang lama untuk dipudarkan
Jadi, petua hilangkan jeragat ni adalah satu proses. Jadi, bersabar tau untuk dapatkan hasilnya.
Jom kita lihat apa yang pilihan yang ada untuk merawat dan mencegah jeragat
Kita akan tengok cadangan produk penjagaan kulit dari Shaklee dan kenapa kita perlu tambah produk tersebut.
Produk Asas - WAJIB, tambahan kepada asas dalam membantu proses mencegah dan merawat jeragat ialah Serum dan Radince C+E.
Jadi, bagi yang belum ada jeragat, jom cegah.
Yang dah ada jeragat, tingkatkan kesabaran, teruskan konsisten merawat dan pada masa yang sama, teruskan langkah pencgahan. Ok?
Selepas tahu ilmu ni, memang terus saya konsisten pakai Serum dan Radiance C+E. Niat nak jadi Testimoni Shaklee lepas amalkan dalam tempoh tertentu.
Memandangkan penggunaan sunblock/ sunscreen adalah bertujuan rawat dan cegah, jom kita lebih jatuh cinta dengan Age Defense Moisurizer Cream – SPF 50 Shaklee
Kerana Age Defenfe Moisturiser Cream-SFP 50 memenuhi ciri-ciri Sunscreen yang terbaik dan selamat :
Broadband Spectrum
SPF 50 – dalam julat SPF yang dicadangkan
Anti Ageing Formula – mengandungi polifenol daripada Muscadine Grape Extract
Ciri-ciri di atas insya Allah membantu mengurangkan/ memudarkan jeragat di muka.
Amacam? Bertambah cinta pada Age Defense Moisturizer – SPF 50 Shaklee?
Kini kita lihat pula dari sudut penjagaan dalaman – makanan tambahan yang dicadangkan untuk kesihatan kulit.
Seperti biasa – WAJIB untuk kulit sihat dan cantik – ESP dan Sustained Release Vitamin C
Tambahan untuk jeragat ialah GLA Complex. Ini adalah untuk keseimbangan hormon memandangkan antara faktor yang menyumbang kepada jeragat berpunca daripada hormon.
Dan sudah pasti PILIHAN yang best dan AWESOME – Vivix Shaklee.
Sebagai penutup, saya kongsi tips pemakaian produk penjagaan kulit.
Tips menggunakan produk penjagaan kulit
Mulakan dengan produk bertekstur cair ke pekat ie pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari
Gunakan serum secara berasingan dengan pelembap.
Tunggu dua minit selepas meletakkan serum sebelum menyapu pelembap supaya serum menyerap sepenuhnya ke dalam kulit
Sapukan lebih sedikit pelembap 15 minit sebelum terdedah kepada matahari dan sapukan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam.
Jom sama-sama cantik, sihat, berjaya, kaya dan bahagia.
#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
No comments:
Post a Comment