Bismillah
Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.
Apabila kesihatan adalah harta yang paling mahal untuk semua orang di muka bumi, satu kesedaran bersama telah wujud di mana semua orang mencari-cari amalan gaya hidup sihat, luaran dan dalaman.
Nak sihat, perlu merangkumi kesihatan empat aspek, kesihatan jasmani, kesihatan emosi, kesihatan rohani dan kesihatan intelek. Jadi, bila mencari, dan mula amalkan gaya hidup sihat, pastikan empat aspek di atas dipenuhi, jika tidak kesemuanya, paling tidak memenuhi dua aspek.
Jom kita lihat lima gaya hidup sihat yang boleh diamalkan dalam menuju kesihatan yang sejahtera dan harmoni, insya Allah.
1) Amalkan pemakanan yang sihat
Apabila berbicara gaya hidup, makan adalah antara aktiviti harian semua orang, dari bergelar bayi sehingga bergelar orang tua. Samada makan untuk hidup, hidup untuk makan - bagi saya kedua-duanya ada ketepatan dan perbahasan tersendiri. Kita tak bincang di sini.😉
Fokus kita apa amalan pemakanan yang sihat yang boleh kita amalkan.
Antarnya adalah menggunakan piramid makanan sebagai rujukan untuk menyediakan menu harian.
Contoh piramid makanan Malaysia |
Selain itu, diet suku-suku separuh yang kini popular di kalangan mereka yang ingin menjaga berat badan juga boleh dijadikan panduan untuk amalan pemakanan yang sihat. Formula yang paling mudah diingati apabila memilih makanan terutamanya semasa membeli makanan di kedai.
Diet Suku Suku Separuh |
Amalan pemakanan yang sihat menampung keperluan nutrisi dalam badan, termasuk otak yang akan memberi impak kepada intelek. Dan pemakanan yang betul dan sihat juga boleh mempengaruhi emosi kerana boleh menjauhkan sakit yang boleh menggangu emosi. Bila sihat, hati gembira. Bila sakit, hati sedih. Betul tak?
2) Bersenam secara berkala dan istiqamah
30 minit menggerakkan badan sehingga mengeluarkan peluh amat perlu untuk semua orang. Bila badan bergerak, otot-otot menjadi ringan, saraf sentiasa berhubung, jantung menjadi sihat dan paling best bila bentuk badan pun cantik dan sedap dipandang mata.
Senaman paling mudah adalah berjalan kaki selama 30 minit. Semasa berjalan, tangan dihayun, bibir melafazkan selawat dan zikrullah, mata memandang sekeliling dengan penuh terbuka. Mudah dan amat berkesan.
Senaman memberi impak kepada jasmani, emosi dan intelek. Apabila jantung sihat, darah mengalir dengan baik dalam badan, maknanya organ-organ mendapat oksigen yang mencukupi dan ini membolehkan sistem dalam badan - sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem limfa dan sistem-sistem lain berfungsi dengan baik. Maka emosi pun terjaga apabila jasmani sihat. Alhamdulillah.
Bersenam bersama keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan |
3) Suplemen dengan bijak
Suplemen dengan bijak bermaksud memilih suplemen yang selamat, berkesan dan terbukti. Amat penting kita memilih supplemen terbaik untuk badan kita. Tersalah pilih, badan kita menjadi mangsa.
Suplemen kini menjadi satu keperluan memandangkan gaya hidup sekarang yang penuh dengan tekanan, penuh dengan radikal bebas, penuh dengan sinaran uv, penuh dengan pencemaran - air, udara dan tanah. Penuh di sini bererti kita tidak dapat mengelakkannya. Kerja di sini ada tekanan, kerja macam ni ada tekanan. Hidup di sini ada radikal bebas, hidup di sana pun ada radikal bebas. Duduk dalam rumah dapat sinaran uv, duduk luar rumah pun dapat sinaran uv. Jadi, pada setiap masa, setiap ketika, semua tempat - ada elemen yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
Suplemen ini akan membantu untuk merapatkan jurang nutrisi yang ada selepas kita memilih makanan harian kita. Apabila jurang nutrisi berkurang atau tiada, penyakit pun susah nak singgah. Apabila badan sihat, minda boleh mebuahkan fikiran yang bernas, emosi menjadi stabil. Seronok kan?
Jurang nutrisi dipenuh dengan suplemen yang betul |
4) Motivasi
Semua orang memerlukan motivasi dalam menaikkan semangat, mengekalkan semangat positif. Mendengar kata-kata motivasi semasa kesesakan lalulintas akan membuatkan emosi menjadi stabil dan memenuhi keperluan jiwa. Hadir ke program motivasi akan memberi impak yang lebih hebat kerana gelombang dan aura sekeliling yang mantap, yang bersemangat, yang sentiasa gembira, yang sentiasa teruja. Semua ini akan memenuhi keperluan rohani untuk kekal sihat. Apabila rohani sihat, emosi dan minda menjadi stabil. Emosi sentiasa tenang dan minda sentiasa menghasilkan idea-idea hebat apabila rohani dipenuhi dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat dan berfaedah.
Poster kata motivasi akan aktifkan penglihatan dan sampaikan mesej kepada minda dan seterusnya kepada rohani dan badan |
Aktivti berpuasa yang terkenal sekarang adalah Intermitet Fasting (IF). Ini adalah kerana IF selalu dikaitkan dengan penurunan berat badan dan ini seterusnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan sejahtera. Apabila aktivti ini adalah untuk kesihatan yang bai, bermakan merangkumi kesihatan fizikal, emosi dan intelek.
Berpuasa adalah aktiviti WAJIB umat Islam semasa bulan Ramadhan. Pada bulan penuh barokah ini, umat Islam melalui ibadah puasa untuk badan dan jiwa serta ibadah-ibadah lain untuk tarbiyyah emosi dan intelek. Sungguh indah ketetapan Allah SWT kepada hamba-hamba yang disayangiNya.
Bila sebut puasa, ingat Ramadhan |
Apa jua pilihan kita, berdoa dan sentiasa meminta kepada Yang Maha Esa adalah PERLU kerana sihat dan sakit datang daripadaNya. Kita sebagai insan dan hamba hendaklah sentiasa berikhtiar, berusaha moga terus sihat jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam mencari redhaNya.
Moga kita semua sihat, berjaya, kaya dan bahagia.
#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
No comments:
Post a Comment