Friday 10 February 2023

Intermittent Fasting buat wanita

 Bismillah.

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Satu aktiviti yang kini popular apabila dikaitkan dengan kurus, turunkan berat badan, slim - interminttent fasting

Dan paling menarik, saya pun terjebak dengan aktiviti popular ini dan keputusannya memang memberangsangkan. Pengalaman saya menjalani Intermittent Fasting akan dibongkarkan selepas penulisan ini. Kali ni, pendekatan lebih kepada Intermittent Fasting secara umum buat wanita.

Wanita akan mula mengalami proses penambahan berat badan apabila umur bertambah. Memang rezeki buat wanita yang kekal berat badannya ie berat badan sebelum kahwin kekal sama selepas berkahwin dan memiliki anak. Jadi, wanita yang mempunyai masalah berat badan bertambah akan mencari jalan untuk mendapatkan kembali berat badan sebelum kahwin, jika tidak pun
, berat badan ideal mengikut ketinggian. Dan Intermittent Fasting adalah salah satu caranya. 

Apa itu Intermittent Fasting?

Secara mudahnya, aktiviti ini tidak menentukan apa yang perlu dimakan, yang tidak boleh dimakan. Intermittent Fasting adalah aktiviti yang menentukan bila boleh makan. Menarik kan? maka terjadilah HAKUNA MATATA - do not worry, be happy.😃😃😃

Cuma perlu tahu bila waktu makan, bila waktu berpuasa

Terdapat banyak cara untuk melakukan Intermittent Fasting ini. Dan pilihan boleh dibuat, mengikut kesesuaian masa, diri, cara bekerja, aktiviti harian. Dua cara yang popular adalah berpuasa 16 jam sehari atau berpuasa 12 jam sehari. Cara-cara lain yang ada adalah berpuasa dua hari seminggu, berpuasa setiap dua hari sekali, berpuasa 24 jam dan the Warrior Diet

Kenapa Intermittent Fasting sesuai untuk wanita?

1) Kerana aktiviti ini mudah dan tidak susah. Dan ini memang digemari oleh wanita. Intermittent Fasting ini mudah kerana tidak perlu memikirkan boleh ke makan ni, berapa banyak kalori hari ni dah ambil, tambah ke berat badan kalau makan ni.

2) Kerana aktiviti ini percuma. Wowee. Lagi best. Intermittent Fasting tidak melibatkan penambahan penggunaan wang. Setiap hari kita makan, jadi macam sama sahaja kosnya. Kecuali ada buat pertukaran menu ke, pertambahan menu ke. Boleh kontra dengan kos perbelanjaan makan seharian.

3) Kerana aktiviti ini menjimatkan masa. Intermittent Fasting akan beri wanita lebih masa untuk melaksanakan kerja seharian kerana tidak perlu fokus kepada makan dalam tempoh berpuasa. Best nya. Ada masa tambahan untuk kemas rumah, layan anak-anak, membaca Al-Quran, membaca dan banyak lagi.

4) Kerana aktiviti ini sungguh fleksibel. Intermittent Fasting boleh dirancang mengikut kerja harian kita, jenis kerja kita. Surirumah boleh, wanita berkerjaya boleh, wanita berniaga boleh. Pendek kata, semua wanita boleh melaksanakan Intermitent Fasting ini.

5) Kerana aktiviti ini membuatkan wanita rasa hebat. Intermittent Fasting akan membantu wanita untuk mendapat lebih tenaga, merasa lebih sihat dan paling hebat, mendapat kejelasan mental (mental clarity). Maksudnya mempunya daya pemikiran yang membantu dalam mebuat keputusan dan mengambil tindakan. Untungnya bila buat Intermittent Fasting ni.

Bila ada mental clarity, idea pun banyak, insya Allah

6) Kerana aktiviti ini berkesan. Intermittent Fasting yang betul akan memberikan keputusan yang memberangsangkan. Dan boleh mendapat hasil melebihi jangkauan apabila dibaut dengan konsisten dan penuh ketekunan, Insya Allah.

Jadi, memang patut wanita berkenan dan sesuai sangat nak buat Intermittent Fasting. Kebaikannya dan kelebihannya amat memenuhi kehendak dan keperluan wanita.

Nak tahu macamana nak mula, jom kita jenguk cara nak bermula Intermittent Fasting.

Cuma nasihat daripada saya, dalam apa jua keadaan, nasihat doktor atau mereka yang lebih arif dan mengenali diri anda adalah penting samada Intermittent Fasting ini sesuai buat anda atau tidak. Jangan lupa ya.

Moga bermanfaat.

Moga kita semua sihat, berjaya, kaya dan bahagia, Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang




No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...