Friday 10 March 2023

Set Berpuasa Shaklee untuk Ramadhan 2023

 Bismillah

Moga posting ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Ramadhan is just around the corner. Kurang 15 hari lagi. Jom persiapkan diri - fizikal, mental, emosi dan minda.

Alhamdulillah, syukur sangat. Sejak kenal Shaklee, set berpuasa Shaklee sentiasa jadi pilihan diri dan suami. Tahun ni nak panjangkan kepada anak-anak pulak, anak-anak kini masuk usia remaja.

Mula-mula kenal set berpuasa Shaklee, macam tak caya, boleh ke bertahan ni. Fitrah manusia. Mesti ada keraguan sebelum mencuba. Bila dah cuba, bertambah jatuh cinta dengan Shaklee.

Tengah nak mengingatkan kembali, set berpuasa Shaklee pertama saya 😊. Yang pasti Cinch Shake ada. Dan kurma. Memang tak disangka, tak rasa lapar. Rasa lebih segar, melepek jauh sekali. Sampai waktu berbuka, macam tak percaya, tiada rasa kelaparan yang amat jika bersahur dengan nasi atau roti.

Set berpuasa Shaklee sebelum bertukar packaging

Sejak hari itu, memang tak toleh menu lain untuk bersahur. Cinch Shake WAJIB dalam set berpuasa saya setiap tahun. Sekali sekala letak ESP Shaklee. Nak ada rasa creamy.

Yang paling ketara, adalah ketika Ramadhan tahun 2017. Berpuasa sewaktu menyusukan bambam Fatimah. Sebab dah biasa dengan set berpuasa Shaklee, maka teruskan dengan set ini. ESP Shaklee tu sentiasa menjadi peneman kerana ESP Shaklee ni milk booster. KAgum dan teruja kerana bila mengepam, hasilnya sentiasa memuaskan dan mencukupi untuk keperluan bambam Fatimah. Alhamdulillah.

Set berpuasa Shaklee : Hasil mengepam 6 Ramadhan 1438H 

Yang masih segar dalam ingatan adalah berpuasa tahun 2022. Setiap kali bersahur, set berpuasa Shaklee ni disusun, jadi macam tower pulak. Jemput tengok gambar-gambar yang dirakam di sini. Memang best sangat dan berpuas hati. Yang paling ketara saya rasai adalah mata tidak rasa mengantuk langsung lepas bersahur. Masa bersahur nasi, azan Subuh berkumandang, mata pun mulalah nak kuyu, mulut pula sentiasa menguap. Allah. Syukurnya mengenal set berpuasa Shaklee ni.

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi simple, cepat dan mengenyangkan

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Life Shake Matcha dan ESP

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Chocolate, Life Shake Matcha dan ESP Shaklee

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Chocolate dan ESP Shaklee

Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Chocolate dan ESP Shaklee


Set berpuasa Shaklee : Kombinasi Cinch Vanila Chocolate, ESP Shaklee dan Cinch Vanila

Untuk kekal bertenaga sebelah malam, set berpuasa Shaklee terus diamalkan. Cinch tea dibancuh segelas, Performance Drink dibancuh segelas untuk minuman berbuka. Minuman manis ni tak ngam dah dengan tekak ni. Minuman WAJIB yang masih saya kekalkan sebelum kenal Shaklee adalah teh o panas. Teringat kat arwah Mama bila minum air teh o tu. Sebab Mama yang ajar kami minum air teh o masa berbuka.

Set berpuasa Shaklee : Dari kiri - Teh o panas, Performance Drink Orange dan Cinch Tea

Set berpuasa Shaklee : Buat ekseprimen gabungan teh dan Performance Drink Lime dan Orange

Set berpuasa Shaklee : Dari kiri - teh o panas, Performance Drink Lime, Cinch Tea, Elderberry Tea, Vitamin C dan CoQ

Dan bulan ni, promosi Shaklee memang superb untuk set berpuasa Shaklee ni. Dipanggil set puasa 1-2-3 Shaklee - ada ESP, Cinch Shake Chocolate dan Performance Drink perasa Lemon. Waduh, gabungan mantap promo ni. Dapat pulak shaker hijau menawan percuma. Memang WAJIB lah grab untuk Ramadhan kali ni.

Set Berpuasa Shalee 2023 : Bersahur boleh, berbuka boleh

Bertambah best apabila promo Shaklee bulan ini menuju ke arah Healthy Inside, Happy Outside. Gabungan mana-mana produk di bawah dengan set berpuasa Shaklee, insya Allah akan memberi result yang lebih power terutamanay bagi mereka yang inginkan hilang kilogram dan inci pada bulan penuh barokah ni, supaya kekal sihat dan cantik masa Aidilfitri dan seterusnya.


Set berpuasa Shaklee : Memang superb tambah produk ni. Diskaun best, dapat beg percuma lagi

Yang saya sangat-sangat sarankan adalah DTX Complex Shaklee, makanan tambahan untuk hati. Bila digabungkan dengan set berpuasa Shaklee dan diamalkan secara konsisten, hati jika boleh berkata-kata mesti melafazkan kegembiraan sebab dapat nutrisi terbaik semasa Ramadhan. Ramadhan kan jua dikenali sebaga tempoh detoks. Untungnya melalui Ramadhan dengan set berpuasa Shaklee dan DTX Complex Shaklee. Nak beritahu, harga bulan ni sungguh murah. Sayangilah hati.💕

Jom kita baca pengalaman teman saya bila berpuasa dengan set berpuasa Shaklee ni.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang

No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...