Monday 24 July 2023

Tips travel mengikut sunnah Rasulullah SAW


Travel atau bermusafir adalah aktiviti yang melibatkan permulaan di satu destinasi menuju ke satu lagi destinasi. Bila sebut travel, rasa macam having fun. Bila sebut bermusafir, terasa ia adalah satu perjalanan. Kedua-duanya adalah aktiviti yang sama. Travel atau bermusafir adalah aktiviti yang meyeronokkan dalam meraih redhaNya, insya Allah. Bila digabungkan "roh" travel dan bermusafir, ia memberi lebih makna kepada kita semua.

Alhamdulillah, sepanjang hidup 41 tahun, pengalaman bermusafir adalah satu pengalaman yang penuh dengan pelbagai cerita, pelbagai perasaan, pelbagai pengalaman, pelbagai cabaran, pelbagai keceriaan dan banyak lagi. Cerita dan pengalaman travel bersama Shaklee sahaja belum dirasai. Insya Allah, soooooonnnnn.😍

Jadi, empat tips travel yang ingin dikongsi kali ini, moga dapat menjadi amalan kita bersama dalam menraih redhaNya, dalam menambah saham akhirat kita, Insya Allah.

1) Melantik ketua apabila travel melebih tiga orang

Berdasarkan hadis berikut :

Tips travel - melantik ketua rombongan

Indah kan? Bila travel balik kampung bersama keluarga, ayah atau suami secara auto akan dilantik sebagai ketua permusafiran, kecuali dalam keadaan tertentu, ibu atau isteri akan ambil alih atau anak yang lelaki yang melebihi umur 18 tahun. Ayah akan merancang perjalanan balik kampung, nak singgah rumah saudara ke, nak berhenti di Rehat dan Rawat (R&R) yang mana untuk solat dan sebagainya.

Dalam travel bersama teman-teman sekerja atau sahabat-sahabat sama tempat belajar, ketua rombongan memainkan peranan dalam memastikan ahli dalam rombongan mencukupi. Dan ini adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Sungguh indah Islam itu kerana praktisnya cukup praktikal dan memberi manfaat kepada semua yang travel.

Peranan ketua rombongan ini bertujuan bagi melicinkan permusafiran dan perjalanan bersama supaya semua ahli rombongan berada dalam keadaan selamat dan gembira.

2) Mulakan travel dengan doa

Antara doa yang boleh dijadikan amalan adalah seperti di bawah ini:

Daripada Ibn Umar RA berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ، كَبَّرَ ثَلَاثًا، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” [Riwayat Muslim (1342)]


Sungguh bermakna satu perjalanan itu apabila dimulai dengan doa. Ini lebih bertujuan kita sama-sama mengingati tujuan perjalanan kita. Kita memohon Allah redha, Allah lindung, Allah rahmati semua dan semoga perjalanan itu mudah dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diinginkan.

Doa yang sering jadi amalan bersama dengan anak-anak adalah doa naik kenderaan.

Tips travel - baca doa naik kenderaan

Dan doa naik kenderaan ini juga ada yang dibaca dalam kapal terbang sebelum berlepas. Saya masih ingat doa ini ada dibaca ketika bersama-sama dengan Brunei Airlines. Apabila juruterbang yang mengetuai bacaan doa naik kenderaan ini, terasa dalam hati meminta denganNya agar perjalanan ini selamat.

3) Sentiasa berdoa sepanjang perjalanan

Inilah waktu mustajab doa dimakbulkanNya. Dan aktiviti ini kekadang dilupai kerana fokus kepada aktiviti-aktiviti lain sepanjang perjalanan seperti membeli belah dan sebagainya.

Sebab itu, doa pada awal perjalanan itu amat penting supaya berdoa sepanjang perjalanan itu telah dirangkumi dalam doa awal perjalanan, Insya Allah.

Sepanjang perjalanan, ketika anak-anak tidur, selepas makan hidangan penerbangan atau ketika masa lapang sepanjang perjalanan, kita boleh memanjatkan apa jua doa dan selalunya hajat-hajat kita dalam hidup kepada Allah SWT. Minta dengan Yang Mujib, Yang Maha Menjawab kerana Allah Ya Sami', Allah Maha Mendengar.

4) Merancang perjalanan mengikut waktu solat

Apabila hendak memulakan travel, rangka perjalanan itu hendaklah molek dirancang mengikut waktu solat. Sebagai contoh, memulakan perjalanan jam 1200 tengah hari dan tempoh perjalanan mengalbil masa tiga jam, maka solat Zuhr hendaklah dirancanga untuk solat jam berapa dan di mana dan sebaiknya, solat itu pada awal waktu.

Dalam zaman teknologi canggih, boleh Google masjid atau sura sepanjang perjalanan kita. Jika balik kampung, mesti sudah biasa surau atau masjid yang menjadi laluan.

Berhenti untuk solat sungguh baik untuk pemandu dan penumpang. Terutamanya dari segi stretching badan. Hikmah merancang perjalanan mengikut wakti solat. Kita menjaga amanah Allah SWT, iaitu badan kita supaya dapat berehat, dapat regangan, dapat urutan bagi meneruskan perjalanan seterusnya.

Di samping itu, badan akan berasa segar selepas terkena air wudhu yang kita ambil sebelum menunaikan solat. Indahnya Islam bila menjadi amalan.

Secara umumnya, masih ada banyak lagi sunnah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan amalan. Ini adalah sebahagian amalan yang boleh dijadikan turutan bersama keluarga terutamanya apabila balik kampung.

Moga tips travel ini membantu para pembaca dalam mendapatkan pengalaman permusafiran atau travel yang penuh rahmat, penuh keberkatan dan penuh kegembiraan, Insya Allah.


#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023,

No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...