Tuesday 6 June 2023

Multivitamin Shaklee berusia 100 tahun

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah, masih diberi nafas dan kesihatan untuk menulis blog. Saya diberi ujian sakit belikat dua hari lepas, Alhamdulillah, kini lega.

Ok, kembali kepada topik.

Pernah jumpa multivitamin yang berumur 100 tahun formulanya?

Saya jumpanya di Shaklee, namanya Vita-Lea Iron Formula. Formulasi ini dicipta pertama kali pada tahun 1915. Namanya semasa diproduksi dikenali sebagai Shaklee Vitalized Minerals pada tahun 1956. Kini sudah masuk tahun 2023, bermakna dari tahun formulasi ini dicipta telah menjangkau 108 tahun.


Multivitamin Shaklee berusia lebih 100 tahun

Satu perbezaan ketara yang berlaku daripada bentuk cecair kepada bentuk tablet.

Uniknya multivitamin Shaklee ni, bila kita perlu menelan semua ini tetapi dengan menelan dua biji ini, kita mendapat khasiat yang sama seperti di dalam gambar berikut :

Khasiat daripada mutivitamin Shaklee

Memang penuh dengan nutrisi hebat multivitamin Shaklee ni.

Dalam keadan semasa yang semua nak simple dan cepat, mutlvitamin selalu menjadi buruan. Dan ini jua selalu menjadi soalan daripada pelanggan yang mencari makanan tambahan. Tak nak telan macam-macam katanya. Jadi, multivitamin Shaklee atau nama komersilnya Vita-Lea Iron Formula (sebelum Jun 2023) dan Vitalize (mulai Jun 2023) akan dicadangkan kepada pelanggan-pelanggan yang sentiasa menjaga keperluan nutrisi badan.

Jom kita lihat fakta nutrisi Vitalize.

Fakta Nutrisi Multivitamin Shaklee

Memang kagum dengan Vitalize Shaklee ni.

Antara satu sebab saya masih setia dan sayang dan jatuh cinta berkali-kali dengan Shaklee, Shaklee sentiasa menambahbaik formulasi produk-produk Shaklee. Dan antaranya adalah multivitamin Shaklee ini. 

Berikut adalah perbezaan nutrisi antara formula sebelum ini dengan formula baru :

(i) Kandungan vitamin A berkurang daripada 2310IU kepada 2000IU

(ii) Kandungan vitamin D bertambah daripada 200IU kepada 350IU

(iii) Kandungan asid folik daripada 200mcg kepada 300mcg

(iv) Kandungan Vitamin K1 ditambah sebanyak 40mcg

(v) Kandungan mineral Tin, Vanadium dan Nikel disingkirkan

Shaklee sangat telus dengan fakta nutrisi ini yang membuat pelanggan-pelanggan Shaklee setia dengan produk Shaklee. Dan kemudahan lain yang membuat pelanggan Shaklee setia adalah proses Renewal Shaklee yang mudah dan menarik.

Dan keistimewaan Shaklee yang membuatkan bertambah cinta dengan multivitamin ini ialah :

(i) Mengandungi 25 jenis multivitamin dan mineral penting

(ii) Disokong oleh kajian klinikal (Kajian Landmark)

(iii) sistem penghantaran salutan mikro berpaten untuk memastikan penyerapan asid folik

Dan paling saya suka tarik perhatian berkenaan multivitamin Shaklee ini adalah untuk pasangan baru berkahwin, ibu sedang mengandung dan ibu sedang menyusu.

Amat penting untuk ketiga-tiga kumpulan ini mendapatkan multivitamin Shaklee ni. Kumpulan pertama - pasangan baru berkahwin kerana proses untuk mendapatkan anak amat memerlukan kedua-dua pasangan memenuhi keperluan nutrisi dalam badan.

Kumpulan kedua - ibu sedang mengandung perlu pastikan badan mendapat nutrisi yang cukup dalam memastikan diri dan bayi mendapat nutrisi yang baik sepanjang proses kandungan.

Kumpulan ketiga - ibu sedang menyusu perlu sentiasa memenuhi nutrisi badan bagi memastikan susu yang dihasilkan adalh berkualit dan berkhasiat untuk anaknya.

Nampak kan kepentingan multivitamin di sini? Jadi, jom amalkan multivitamin Shaklee yang selamat, berkesan dan terbukti.

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

No comments:

Post a Comment

Log Pengurus Rumahtangga : Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Bismillah. Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak. 1 - hantar Kak Aisyah  2 - hantar Abe dan Fatimah 3 - ambil ...