Thursday, 20 April 2023

Seronok Berhari Raya dengan Shaklee

Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan dalam keadaan sihat sejahtera.

Syukur, Allah beri izin menempuh 29 Ramadhan 1444H/ 20 April 2023M

Apabila di penghujung Ramadhan, kemeriahan dan bahang Aidilfitri mula terasa. Lagu hari raya mula berkumandang sana sini. Ada yang dah sampai di kampung halaman. Ada yang telah buat ketupat. Ada yang pasang pelita atau lampu kelip-kelip. Ada yang buat video klip raya. Dan macam-macam lagi persiapan di ambang Aidilfitri.

Aidilfitri 1441H @ Ampang

Aidilfitri 1443H @ Palong

Sebelum mengenali Shaklee, satu perkara yang selalu bermain di kepala adalah KENYANG, LETIH, DEMAM, SAKIT PERUT. Mana taknya, sebulan berpuasa - perut rehat, minda rehat, badan rehat, rohani bertafakkur. Masuk Aidilfitri, semua berubah. Makan segala macam hidangan, kunjung mengunjung saudara mara, bersiap-siap melawa pada pagi Aidilfitri dan macam-macam aktiviti yang perlukan kecergasan badan, kecerdasan minda, ketangkasan fizikal, kekuatan rohani.

Perubahan ini memberi kejutan kepada badan, minda, jiwa dan dan emosi. Maka, sistem badan pun mula bertindak. Tak kena cara, cepat letih, lesu, demam, sakit perut mula menjengah. Semua hidangan atas meja nak dirasai. Semua biskut dan kerepek nak dijamah. Beratur dalam barisan nak dapat duit raya, untuk anak-anaklah 😎.

Dan lagi satu, berat badan naik mendadak selepas Aidilfitri. Masa Ramadhan, bukan main happy sebab berat turun, inch loss berlaku. Lepas Aidilfitri, oppsss, berat dan inch bertambah. Yang tak bestnya, bertambah banyak, lebih dari yang hilang sebelum Aidilfitri. Huhuhuhu.

Itulah suasana saya sebelum kenal Shaklee. Masa umur muda dan single, tidak terasa sangat. Bila berkeluarga, ada anak, balik dua kampung, mmmm, perlu buat sesuatu ni.

Alhamdulillah, mula kenal Shaklee masa anak no empat. Masa tu, mula kenal nutrisi. Mula cakna sebab badan letih. Baru tahu kenapa demam dan sakit perut menjengah semasa perayaan. Masa kecil-kecil dulu, perkara biasa berlaku. Reaksi badan bila time raya. Bila kenal Shaklee, baru tahu puncanya. Sejak itu, hari raya dengan Shaklee sokmo.

Jadi, apa persiapan saya bersama keluarga untuk Aidilfitri selain baju raya?

Ini dua produk utama yang kami amalkan sepanjang tahun. Semasa Aidilfitri, kami terus amalkan. 


Semasa hari kunjung mengunjung tu EXTRA, kami EXTRA kan jua pengambilannya. Ikhtiar, jika demam atau sakit, itu adalah ketetapanNya. Moga kesembuhan itu cepat dan tidak melarat sakitnya. Tak best ganggu perayaan bersama keluarga di kampung.

 Dan kelainan Aidilfitri tahun ini adalah pengumuman Shaklee berkenaan Insentif Shaklee. Berita baik dikongsi pada bulan Ramadhan penuh barokah ini buat kami bertambah gembira, mana taknya selepas dapat duit raya awal dari Shaklee. Jadi, ekgembiraan dan keseronokan berhari raya dengan Shaklee ni berganda-ganda tambahnya. Alhamdulillah, sihat dapat, poket penuh pun dapat, Insya Allah.

Ni nak cerita pasal berat badan naik selepas Aidilfitri. Ada caranya untuk kurus dengan cepat selepas Aidilfitri. Produk-produk premium set kurus Shaklee ni perlu diamalkan sepanjang tahun bagi mengekalkan berat badan yang mengancam.


Untuk saya, Lecithin Shaklee ni memang SUPERB lah. Insya Allah, boleh maintain perut slim. Add on pula dengan Vivix Shaklee, bertambah hebat kesannya. Mana taknya, badan dapat antioksidan terbaik. Sistem pencernaan pun akan gembeira menjalankan tugasnya supaya perut kekal sihat dan gembira, insya Allah.



Bila saya tahu inilah rahsianya untuk Aidilfitri yang seronok, gembira, happening dan penuh warna-warni, saya sentiasa pastikan bekalan nutrisi dari Shaklee ini untuk seisi keluarga saya mencukupi sepanjang tahun. Bekalan mesti dibawa balik semasa balik kampung, al maklumlah kampung halaman tiada cawangan Shaklee.

Alhamdulillah, sejak mengenali Shaklee, dan amalkan nutrisi yang betul sepanjang perayaan, tidak melantak semua juadah, sentaisa beradab dan beringat semasa makan, kesihatan terjaga, emosi terkawal dan kami sekeluarga beraya penuh gembira dan seronok. Alhamdulillah.

Anda pula bagaimana? Jom kita ubah sama-sama. Nak tahu lebih, klik di sini.

Salam Aidilfitri 1444H.



#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Monday, 17 April 2023

Dapat Duit Extra Dengan Insentif Shaklee

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan dalam keadaan sihat sejahtera.

Alhamdulillah, kini masuk 26 Ramadhan 1444H. Syukur sangat Allah beri izin sehingga hari ni melalui Ramadhan yang penuh barokah ini bersama keluarga.

Dan bertambah syukur kehadratNya apabila dapat berita insentif Shaklee pada bulan yang penuh rahmat ni.

Bila sebut insentif ni, mestilah ada kaitan dengan keuntungan. Dan bila sebut keuntungan, selalunya ada kaitan dengan RM. Dan insentif Shaklee kali ini memang berkaitan dengan RM.


Semua orang suka akan RM. Sebab dengan RM, boleh beli makanan, beli mainan, beli hadiah, beli barang kemas dan macam-macam lagi. RM bukan segala-galanya tetapi RM diperlukan untuk segala-galanya. Tepuk dada, tanya iman.

Jom kita ambil tahu insentif Shaklee yang lain macam kali ini.

Rewards biasa - Cash, Car Bonus dan Convention Trip, selalu dicanangkan melalui bisnes online yang berimpak tinggi ini. Ini adalah insentif tambahan untuk tahun kewangan 2023/24. Bertuah berada bersama syarikat yang sentiasa menyediakan peluang untuk menambahkan pendapatan. Kita buat, kita dapat. Memang terbaiklah berada bersama Shaklee.

Tindakan pertama yang WAJIB kita buat bagi yang belum berdaftar - daftar sebagai pengedar Shaklee yang sah dan anda boleh mulakan langkah untuk mendapatkan pendapatan tambahan yang dijanjikan.

Bagi yang telah berdaftar, kenalpasti rank anda di mana - DISTRIBUTOR atau SUPERVISOR.

Tempoh penilaian bermula April 2023 hingga Jun 2023. 

Bagi pengedar Shaklee yang berada di status DISTRIBUTOR, anda hanya perlu naik rank Supervisor antara bulan April 2023 hingga Jun 2023 dan kekal sebagai Supervisor untuk dua bulan berikutnya selepas berjaya rank up, anda akan layak mendapat RM600 pada Ogos 2023. Wah, beruntungnya, masa rank up telah dapat CASH BONUS, masa kekal dua bulan berturut-turut dapat CASH BONUS dan selepas itu, dapat tambahan RM600. Amazing dan awesome. REWARDS yang sungguh menguntungkan. Secara gambarannya :


Sungguh, ianya boleh dilaksanakan. Siapa nak beri weih RM600? Banyak tu. Macam-macam boleh kita buat.
Jom tengok senario kedua, jika anda pernah bergelar SUPERVISOR.

Bagi pengedar Shaklee yang bergelar SUPERVISOR, anda hanya perlu naik rank Senior Supervisor antara bulan Aprill 2023 hingga Jun 2023 dan kekal sebagai Senior Supervisor untuk dua bulan berikutnya selepas berjaya rank up, anda akan layak mendapat RM600 pada Ogos 2023. Wah, beruntungnya, masa rank up telah dapat CASH BONUS, masa kekal dua bulan berturut-turut dapat CASH BONUS dan selepas itu, dapat tambahan RM600. Amazing dan awesome. REWARDS yang sungguh menguntungkan. Dan bertambah awesome, anda telah naik pangkat dalam tangga Shaklee. Dan ini memberikan impak kepada kepimpinan dalam legasi anda sendiri. Secara gambarannya :



Kenapa memberi impak kepada legasi?

Ini adalah kerana untuk rank up kepada Senior Supervisor, WAJIB ada seorang Business Leader dalam legasi kita. Maknanya, kita bantu Business Leader ini mendapat pendapatan besar dan ini jua memberi impak kepada legasi Business Leader ini dan seterusnya membantu untuk GROW dan berkembang. Bestnya, berada dalam bulatan bisnes yang ajak sama-sama memajukan diri, sama-sama besarkan pendapatan, sama-sama kejar impian, sama-sama membantu orang sekeliling. Memang terbaikkkkk.

Jadi, apa lagi, jom fokus kepada peningkatan diri dan legasi dalam Shaklee. Insentif menarik sedang menanti.

Dan sebenarnya, peningkatan ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Setiap rank ada habuannya dan syarat-syaratnya tersendiri. Saya story yang ini dulu. Nak tahu lebih, kita calling-calling, hot chocolate ke. Supaya lebih senang untuk cerita dan faham. Insya Allah.


Masa menulis ni pun rasa teruja. Rasa teruja untuk GRAB insentif ini bersama dengan pasukan sendiri. Kerana dengan strategi yang tersusun, insya Allah kejayaan boleh dicapai bersama.

Dan pesanan mentor, usaha ini perlu seiringan dengan amalan rohani, emosi yang tenang dan minda yang membina (Growth Mindset), di samping mengamalkan supplement terbaik dari Shaklee😍. Satu tips yang praktikal. Alhamdulillah.

Jom, ada yang nak tahu lebih? Betul ke boleh dapat ni? Klik di sini 

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Thursday, 13 April 2023

Konsisten tiga cara ini untuk kurus dengan cepat

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan dalam kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah, kini masuk 22 Ramadhan 1444H bersamaan 13 April 2023M. Cepat sungguh masa berlalu. Berat badan macamana? Inch loss pula macamana?

Dalam keghairahan membuat persiapan untuk Aidilfitri, berat badan turun atau mengecil atau mengurus kini diambil berat sama dengan persiapan Aidilfitri, al maklum baju raya hari tu sengaja beli saiz kecil sedikit. Betul ke? 😁 Atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya badan sendiri. 😊

Berbaki 8 atau 7 hari berpuasa ini, insya Allah masih sempat lagi untuk kita mengejar target berat dan saiz badan yang kita targetkan. Teruskan usaha, yakin dengan usaha, insya Allah, hasilnya pasti ada.

Bagi memastikan berat badan dan inch loss tidak bertambah lagi terutamanya bila masuk 1 Syawal nanti, jom amalkan tiga cara ini.


1) Makan dengan sihat, makan makanan sihat

Makan adalah penyumbang 70% kepada berat dan saiz badan kita. 

Banyak makan protin, berat terkawal

Banyak makan karbo, berat oklah.

Banyak makan lemak, berat so n so.

Jadi, penting untuk seimbangkan keperluan protin, karbo dan lemak. Sentiasa amalkan diet suku-suku separuh. Gula ringkas, gula putih kurangkan dan kalau boleh zerorise lagi baik. Piramid makanan tu sebaiknya hafal, supaya kita boleh rancang menu harian kita mengikut tekak, selera dan piramid makanan sihat.



Selain makanan, minuman jua mempengaruhi berat dan saiz badan kita. Minuman yang manis amatlah elok dielakkan dan dikurangkan. Seminggu sekali pun telah membebankan hati kita untuk memprosesnya. Kalau hari-hari dan bergelas-gelas dalam sehari, memang terbebabn hati kita. Maka terjadilah usia hati lebih tua daripada usia kita.

Amalkan air suam, air masak dalam minuman harian. Air ini kalorinya kosong. Bila minum, boleh menghilangkan dahaga dan mengenyangkan. Dalam bulan Ramadhan, air ni rasa manis walaupun tiada gula. Sebaiknya amalkan air zamzam yang kaya dengan mineral. Jika tidak, air mineral pun ok juga. Ataupun air minuman biasa.

2) Bersenam secara berkala

Aktiviti ini hanya ambil masa antara 20 hingga 30 minit sehari sahaja. Ataupun 60 hingga 90 minit seminggu bila diamalkan selama tiga kali seminggu. Hanya 1.4% hingga 2.1% sahaja dari tempoh 24 jam. Sangat kecil peratusannya tapi impaknya cukup terbaik. Seperti sistem Pareto, buat 20%, dapat hasil 80%. Seronok kan? Dan aktiviti ini menyumbang 20% kepada berat dan saiz badan kita.

Senaman berkala ini akan memastikan otot kita, pengaliran darah kita, degupan jantung kita dalam keadaan optimum. Apabila organ-organ penting berada dalam keadaan optimum, maka sistem dalam badan dapat berfungsi dengan cukup baik.



Sistem pencernaan akan menghadamkan makanan dengan baik

Sistem pernafasan akan memastikan kecukupan oksigen dalam badan

Sistem imun akan bertindakbalas dengan segera apabila kuman, virus dan bakteria menyerang.


Alhamdulillah, simple tetapi hasilnya menakjubkan

3) Supplement dengan bijak

Ahaa ini antara kunci untuk kurus dengan cepat. Peratusan sumbangan mungkin kecil, iaitu hanya 10% tetapi jika tersalah pilih supplement atau tidak mengamalkan supplement langsung, kesan pada berat dan saiz badan amat ketara.

Supplement yang terbaik adalah supplement yang selamat, terbukti dan berkesan.

Dan sudah pasti set kurus Shaklee adalah pilihan terbaik untuk semua dalam proses untuk kurus dengan cepat.




Ahaa, mudah kan nak kurus dengan cepat? Tiga cara ini adalah cara terbaik dan evergreen untuk semua, insya Allah

Boleh cuba.

Dan menyelit di sini, tengah mencari side income melalui bisnes online? Boleh klik.

Selamat meraih malam Lailatul Qadr

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Tuesday, 11 April 2023

Bisnes Online Terbaik Malaysia : Bisnes Shaklee

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang penuh sejahtera.

Bisnes adalah satu aktiviti yang melibatkan pekerjaan, tugas atau pekerjaan yang dilakukan untuk memperoleh keuntungan dengan hasil yang menguntungkan, melalui aktiviti produksi, pengkomersialan atau penyediaan perkhidmatan. Wah, perkataan untung itu yang paling menarik perhatian, betul tak?

Jadi, bisnes online adalah aktivit-aktiviti di atas yang berlaku atas talian bagi tujuan yang sama, memperoleh keuntungan.


Alhamdulillah, Allah menemukan saya dengan bisnes online terbaik di Malaysia semasa PKP yang lalu, iaitu bisnes Shaklee.

Melalui penglibatan saya dalam bisnes ini, macam-macam ilmu saya pelajari. Macam-macam pengalaman saya rasai. Macam-macam ragam manusia saya kenali. And the list goes on.

Kenapa saya pilih bisnes Shaklee?

Pertama, kerana saya telah mengalami kesan daripada mengamalkan supplement terbaik di Malaysia. Saya bertenaga semasa dalam pantang dengan mengamalkan set berpantang Shaklee. Susu badan saya meriah dan penuh khasiat dengan mengamalkan set menyusu Shaklee. Saya bertenaga sebagai wanita berkerjaya dengan mengamalkan set tenaga harian Shaklee. Saya sentiasa ceria menjalankan tugas saya. Kulit saya bertambah cantik dan mulus dengan mengamalkan vitamin kulit dari  Shaklee. Berat badan saya kekal di bawah 60kg selepas melalui program menggunakan supplement terbaik Shaklee.

Untuk keluarga pula, anak-anak jenjarang sekali demam selepas amalkan supplement terbaik Shaklee. Anak-anak laju jer capai Nutriferon Shaklee bila rasa badan tak sedap, al maklumlah, Nutriferon Shaklee tu sedap, tak pahit macam ubat. Rambut anak yang selalu kusut, kini lembut selepas bertukar kepada set penjagaan rambut Shaklee.

Ayah sendiri pun mengamalkan Vivix Shaklee dan ResV Shaklee. Dan telah merasai kesannya yang superb pada dirinya.

Kedua, bisnes Shaklee ni mudah kerana mempunyai sistem yang mudah dan terbukti untuk dikongsikan dan diaplikasikan. Sistem bisnes yang ada dalam Shaklee cukup mudah diamalkan dan mudah difahami. Semua orang nak mudah kan? Jadi, bisnes Shaklee boleh jadi pilihan anda

Ketiga, bisnes Shaklee sangat fleksibel. Matlamat bisnes, jumlah pendapatan bisnes, masa peruntukan - semua bergantung pada kita. Besar mana legasi kita nak, banyak mana RM kita nak dapat, berapa jam nak peruntukkan setiap hari buat bisnes - semua ini, kita tentukan sendiri. Macam kita yang jadi CEO syarikat tu. Best kan? Dengan bisnes Shaklee, kita menjadi CEO. Jawatan yang semua orang idamkan.

Keempat, bisnes Shaklee adalah bisnes social, kerana ia berkaitan dengan manusia, komunikasi dan komuniti. Kita kan hidup dalam masyarakat, memang tak boleh lari dari elemen ini. Jadi, bisnes Shaklee sangat sesuai diamalkan, sangat sesuai dijalankan. Seronoknya.


Kelima, bisnes Shaklee adalah mudah alih kerana bisnes ini menggunakan alatan komunikasi digital yang boleh digunakan pada bila-bila masa, di mana sahaja untuk perkongsian dan latihan dan juga untuk berbisnes. Apabila penggunaan digital kini makin meluas, bisnes online Shaklee ini sungguh relevan dengan keadaan semasa.

Mengenali bisnes Shaklee, menjalankan bisnes Shaklee, sungguh istimewa buat saya kerana terlalu banyak ilmu nutrisi yang boleh diamalkan terus dalam kehidupan seharian. Yang paling menarik, dengan bisnes ini, kita boleh mengajak lebih ramai sihat bersama Shaklee. Untuk menambahkan lebih nilai, kita boleh sama-sama jana pendapatan melalui perkongsian cerita, rasa, pengalaman dan seterusnya mengisnpirasikan orang sekeliling untuk sama-sama mewujudkan persekitaran yang sihat, lebih kaya dan sentiasa gembira, Insya Allah.

Berminat nak tahu lebih, jom kita borak-borak. Ini kan bisnes online social 😁😁😁


#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Friday, 7 April 2023

Mencari Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah? Meh baca ni.

Bismillah

Moga pengisian kali ni menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan dalam keadaan kesihatan yang sejahtera.

Kulit memerlukan penjagaan rapi, luar dan dalam. Kulit yang sihat dan cantik memerlukan nutrisi dari luar, iaitu dengan produk penjagaan kulit dan dari dalam, iaitu dengan VITAMIN KULIT yang diperlukan.

Jom kita tengok produk penjagaan kulit yang sangat berbaloi untuk dimiliki kali ini. 

Beli satu percuma dua. Macam tak percaya kan? Percayalah.



Jom kita belek setiap manfaat produk-produk yang eksklusif dengan harga rahmah.

Youth Radiance C + E

Best sangat boleh sapu  krim yang kaya dengan vitamin C dan E ni. Manfaatnya :

a) Menegang, mencerah, dan mengurangkan garisan halus, kedutan dan tompok usia.

b) Melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

Youth Hydrating Gel Mask

Selepas tu, manjakan pula dengan sapuan gel mask ni untuk :

a) Meredakan dan menyegarkan untuk kulit lembut dan berseri. 

b) Menghidrat kulit dengan lembapan tahan lama

Youth Purifying Clay Mask

Dan boleh sapu serentak atau berselang seli dengan clay mask ini untuk :

a) Menyahtoksin dan membersihkan kulit. 

b) Menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kekotoran, dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan supaya kulit lebih lembut

Sekarang kita tengok vitamin kulit yang sesuai untuk kulit cantik. 

Dua nutrisi yang hendak ketengahkan kali ini adalah soya dan vitamin C.





Dan berita baik adalah dua produk dari Shaklee, satu berasaskan soya dan satu berasakan jagung, kini sedang promosi dengan harga rahmah, dikenali sebagai set rahmah. Jadi, kita boleh panggil set ni sebagai VITAMIN RAHMAH dari Shaklee




Kelebihan ESP Shaklee

Jom kita ambil tahu. jadi amsa minum ESP tu, kita bayangkan mendapat manfaat hebat daripada ESP Shaklee ini.

a)  1 hidangan ESP (3 sudu besar makan) mengandungi 14g protin, 8g karbohidrat dan 500mg kalsium. wah, satu hidangan dapat nutrisi hebat begini

b) ESP mengandungi 9 asid amino yang penting untuk badan kita. memang superblah badan kita dapat kebaikan asid amino

c) ESP dihasilkan daripada soya berkualiti tinggi bagi membekalkan stamina dan tenaga. Jangan main-main tau, soya dalam ESP ni memang yang terbaik.

d) 1 tong ESP ini dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Rasa-rasa kalau buat sendiri, kos kacang soya lagi, kos nak buat lagi. Beli jer ESP, settle.

e) ESP diproses menggunakan air, bukannya alkohol untuk mengekalkan isoflavene. Wah, sungguh menjaga kebersihan dan kualiti produk

f) ESP dihasilkan daripada kacang soya non GMO

g) ESP diproses pada kadar suhu rendah bagi menjaga kualiti protin soya

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Produk ni memang saya jatuh cinta kerana keistimewaannya tiada tandingan

(i) setiap kapsul mengandungi 500mg vitamin C di mana sistem sustained release membebaskan 100mg setiap jam ke dalam badan. Jadi, badan kita mendapat perlindungan melalui vitamin C selama lima jam

(ii) setiap kapsul diperkayakan dengan 120mg bioflavanoid sitrus yang ebrfungsi sebagai antioksidan bagi memebrikan penyerapan yang lebih baik

(iii) vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak jagung dan ini membuatkan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik

Wah, kelebihan ESP dan Vitamin C Shaklee ini memang menggugat jiwa betul

Dan dengan harga yang sungguh mengancam, bertambah menarik hati ini.

Jom kita kira - Satu set rahmah A dengan Youth Radiance C + E hanya berjumlah RM436.
Keahlian percuma, pos percuma. 
Produk penjagaan kulit boleh bertahan antara tiga hingga empat bulan.
ESP untuk sebulan dengan satu hidangan setiap hari
Vitamin C untuk enam bulan dengan satu kapsul setiap hari

Memang terbaik penjimatan bulan ni. 

Jom bertindak

Klik Wasap.my/60195797582/NakShaklee

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023



Wednesday, 5 April 2023

Syoknya Shaklee ada Vitamin rahmah

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan dalam kesihatan yang sejahtera.

Salam 14 Ramadhan 1444H/ 5 April 2023.

Syukur sangat kehadrat Ilahi, Allah beri izin sehingga hari ini berada dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ni.

Bila kerajaan umumkan menu rahmah, sungguh terasa kasih sayang di situ. Shaklee jua tidak ketinggalan menyokong inisiatif kerajaan ini.

Bulan April 2023, Shaklee memperkenalkan VITAMIN RAHMAH, dengan harga RM3.30 setiap hidangan. Wow bestnya. 

Vitamin rahmah yang diperkenalkan adalah #ESPShaklee dan #SustainedReleaseVitaC. Gabungan dua produk kegemaran ini akan memberi manfaat dari segi kesihatan, kecantikan dan juga kekayaan. Best bangat ni.

Bersama dengan Vitamin rahmah

Lagi best apabila harga set vitamin rahmah ini hanya RM99 sahaja. Betul apa yang anda baca. Hanya sembilan puluh sembilan ringgit sahaja.

Set vitamin rahmah A - satu tong ESP dan satu botol Vitamin C

Gabungan mantap dan diiringi konsisten, insya Allah pengguna akan mendapat kesan yang awesome apabila mengamalkan dua produk ini kerana hormon badan dibaiki, keperluan protin badan dipenuhi di mana kedua-dua ini boleh membaiki sel, memperbaharui sel, mencantikkan sel dan akhirnya memboleh badan berfungsi dengan baik

Dan untuk mendapatkan kesan yang terbaik dan berpanjangan, bergantung kepada individu tersebut. Jadi, sebaiknya beli lebih daripada satu set, konsisten amalkan dan perhatikan perubahan yang diperolehi. Berat badan, tona kulit, sistem imun, keadaan parut - antara pemerhatian yang boleh dibuat selepas mengamalkan set ini.

Dua set bernilai RM188, penjimatan sehingga RM433



Empat set bernilai RM376, penjimatan sehingga RM821


Enam set bernilai RM564, penjimatan sehingga RM1209


Jom kita ambil tahu manfaat soya dan vitamin C secara umumnya.

Secara umumnya, manfaat soya kepada badan kita :
a) membantu membaiki dan membaharui sel dan tisu badan
b) membantu membina otot
c) membantu menyokong sistem imuniti badan
d) membantu dalam penghasilan hormon badan
e) salah satu sumber tenaga

Dan manfaat vitamin C pula pada badan kita :
(i) membantu penyerapan zat besi dalam badan
(ii) mengurangkan keradangan
(iii) mengurangkan risiko penyakit kanser dan kardiovaskular
(iv) dapat mengurangkan risiko kulit berkedut
(v) dapat mengurangkan kesan kedut yang terhasil daripada pendedahan kepada cahay matahari
(vi) mengurangkan kesan sunburn

Hebat manfaat soya dan vitamin C kurniaan Allah SWT. Dua-dua badan perlu.
Untuk sihat, untuk cantik, untuk imun, untuk jaga hormon.
Jadi, elok sangat masukkan kedua-dua produk ini sebagai makanan tambahan harian kita.

Tepuk dada, tanya hati, mana satu pilihan kalbu kerana penjimatan yang sungguh hebat ini.

Dan ini adalah waktu terbaik untuk join Shaklee secara percuma dan rasa keberkesanan produk Shaklee.

Jom, jom, jom kita amalkan menu rahmah dari Shaklee ni. Jom bertindak sekarang.

Klik Wasap.my/60195797582/NakShaklee

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #agenshakleebukitindahampang
#bloggingnextlevel