Thursday, 13 April 2023

Konsisten tiga cara ini untuk kurus dengan cepat

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan dalam kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah, kini masuk 22 Ramadhan 1444H bersamaan 13 April 2023M. Cepat sungguh masa berlalu. Berat badan macamana? Inch loss pula macamana?

Dalam keghairahan membuat persiapan untuk Aidilfitri, berat badan turun atau mengecil atau mengurus kini diambil berat sama dengan persiapan Aidilfitri, al maklum baju raya hari tu sengaja beli saiz kecil sedikit. Betul ke? 😁 Atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya badan sendiri. 😊

Berbaki 8 atau 7 hari berpuasa ini, insya Allah masih sempat lagi untuk kita mengejar target berat dan saiz badan yang kita targetkan. Teruskan usaha, yakin dengan usaha, insya Allah, hasilnya pasti ada.

Bagi memastikan berat badan dan inch loss tidak bertambah lagi terutamanya bila masuk 1 Syawal nanti, jom amalkan tiga cara ini.


1) Makan dengan sihat, makan makanan sihat

Makan adalah penyumbang 70% kepada berat dan saiz badan kita. 

Banyak makan protin, berat terkawal

Banyak makan karbo, berat oklah.

Banyak makan lemak, berat so n so.

Jadi, penting untuk seimbangkan keperluan protin, karbo dan lemak. Sentiasa amalkan diet suku-suku separuh. Gula ringkas, gula putih kurangkan dan kalau boleh zerorise lagi baik. Piramid makanan tu sebaiknya hafal, supaya kita boleh rancang menu harian kita mengikut tekak, selera dan piramid makanan sihat.



Selain makanan, minuman jua mempengaruhi berat dan saiz badan kita. Minuman yang manis amatlah elok dielakkan dan dikurangkan. Seminggu sekali pun telah membebankan hati kita untuk memprosesnya. Kalau hari-hari dan bergelas-gelas dalam sehari, memang terbebabn hati kita. Maka terjadilah usia hati lebih tua daripada usia kita.

Amalkan air suam, air masak dalam minuman harian. Air ini kalorinya kosong. Bila minum, boleh menghilangkan dahaga dan mengenyangkan. Dalam bulan Ramadhan, air ni rasa manis walaupun tiada gula. Sebaiknya amalkan air zamzam yang kaya dengan mineral. Jika tidak, air mineral pun ok juga. Ataupun air minuman biasa.

2) Bersenam secara berkala

Aktiviti ini hanya ambil masa antara 20 hingga 30 minit sehari sahaja. Ataupun 60 hingga 90 minit seminggu bila diamalkan selama tiga kali seminggu. Hanya 1.4% hingga 2.1% sahaja dari tempoh 24 jam. Sangat kecil peratusannya tapi impaknya cukup terbaik. Seperti sistem Pareto, buat 20%, dapat hasil 80%. Seronok kan? Dan aktiviti ini menyumbang 20% kepada berat dan saiz badan kita.

Senaman berkala ini akan memastikan otot kita, pengaliran darah kita, degupan jantung kita dalam keadaan optimum. Apabila organ-organ penting berada dalam keadaan optimum, maka sistem dalam badan dapat berfungsi dengan cukup baik.



Sistem pencernaan akan menghadamkan makanan dengan baik

Sistem pernafasan akan memastikan kecukupan oksigen dalam badan

Sistem imun akan bertindakbalas dengan segera apabila kuman, virus dan bakteria menyerang.


Alhamdulillah, simple tetapi hasilnya menakjubkan

3) Supplement dengan bijak

Ahaa ini antara kunci untuk kurus dengan cepat. Peratusan sumbangan mungkin kecil, iaitu hanya 10% tetapi jika tersalah pilih supplement atau tidak mengamalkan supplement langsung, kesan pada berat dan saiz badan amat ketara.

Supplement yang terbaik adalah supplement yang selamat, terbukti dan berkesan.

Dan sudah pasti set kurus Shaklee adalah pilihan terbaik untuk semua dalam proses untuk kurus dengan cepat.




Ahaa, mudah kan nak kurus dengan cepat? Tiga cara ini adalah cara terbaik dan evergreen untuk semua, insya Allah

Boleh cuba.

Dan menyelit di sini, tengah mencari side income melalui bisnes online? Boleh klik.

Selamat meraih malam Lailatul Qadr

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

No comments:

Post a Comment