Bismillah
Moga posting kali ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.
Doa adalah senjata. Semua manusia boleh berdoa tanpa mengira agama, bangsa, umur, pangkat. Indah kan?
Doa adalah senjata orang mukmin. Orang mukmin boleh minta apa sahaja ketika berdoa.
Doa minta sihat, doa minta kaya, doa minta berjaya, doa minta bahagia, doa minta cantik, doa masuk syurga, doa minta perlindungan.
Kali ni, saya berkongsi doa yang bagus untuk wanita. Mudah diamalkan, insya Allah.
Doa sebagai anak
Peranan pertama apabila dilahirkan di dunia adalah menjadi seorang anak kepada ibu dan bapa kita. Semasa dilahirkan, ibu dan bapa kita adalah orang yang paling gembira menerima kehadiran kita sebagai penyeri dan permata hati keluarga. Peranan anak ini semua orang pegang sehingga ke akhiar hayat kita.
Jadi, sebagai anak, kita seharusnya meWAJIBkan diri untuk sentiasa mengamalkan doa ini.
Doa yang bagus untuk wanita sebagai anak |
Saya pernah mendengar ceramah daripada Ustaz Wadi Anuar, katanya doa ini seperti INSTANT TRANSFER. Bayangkan kita buat CASH TRANSFER dalam aplikasi bank, kita mesti memilih INSTANT TRANSFER sebab kita nak pastikan duit itu sampai kepada penerima dengan cepat. Jadi, apabila anak membaca doa ini, pahalanya sampai kepada kedua-dua ibu bapa kita ketika itu juga.
Masya Allah. hebat sungguh doa ini. Amalkan sepanjang hari tau. Selepas solat, masa memandu, masa menunggu giliran di kedai makan, sebelum memulakan kerja di pejabat, sebelum belajar, sepanjang masa lah kiranya.😍
Doa sebagai Isteri
Beryukur dan bergembiralah wanita yang bertemu jodoh di dunia ini. Allah beri izin kepada para isteri untuk menambah pahala dengan berdoa untuk suami tercinta dan tersayang. Kenapa perlu berdaoa untuk suami?
Sudah pasti perlu kerana suami adalah pasangan hidup di dunia dan akhirat. Selepas berkahwin, hidup, gembira, susah, senang - semuanya bersama dengan suami. Setelah suami meninggal dunia, jika kita tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki, di kahirat sana bersama dengan suami yang sama kita akan hidup di syurga, insya Allah.
Jadi, para isteri, boleh amalkan doa ini. Suami pun boleh amalkan juga.
Doa yang bagus untuk wanita sebagai isteri |
Doa sebagai Ibu/ Mama/ Bonda/ Mummy/ Ummi/ Mak 💖
Menjadi seorang ibu selepas mendirikan rumahtangga adalah impian semua orang yang bergelar isteri. Dan doa seorang ibu adalah antara doa yang MUSTAJAB, itu janji ALLAH.
Jadi, wanita yang bergelar ibu, mama, bonda, mummy, umi, mak boleh amalkan doa yang cukup mudah ini untuk mendoakan kebahagiaan anak-anak di dunia dan di akhirat selain meminta yang spesifik untuk anak-anak.
Doa yang bagus untuk wanita sebagai ibu |
Apabila doa adalah senjata, ibu sewajarnya menggunakan senjata ini dengan sebaiknya, kerana ibu adalah SHARP SHOOTER dalam berdoa. Tepat dan kena sasarannya.
Moga penulisan ini memberi manfaat buat semua. Ayuh para wanita, jom amalkan doa-doa hebat ini. Moga kita semua sama-sama dikurniakan kejayaan, kekayaan, kesihatan dan kebahagian. Moga syurga menjadi destinasi kita semua dalam mencari redhaNya.
Insya Allah.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
No comments:
Post a Comment