Bismillah.
Hari ni buat log keluar rumah - tugasan rutin hantar dan ambil anak.
1 - hantar Kak Aisyah
2 - hantar Abe dan Fatimah
3 - ambil Anas
4 - ambil Asma dan Hayfa
5 - ambil Kak Aisyah
6 - hantar Anas
7 - hantar Asma dan Hayfa
8 - ambil Anas, Asma dan Hayfa
9 - ambil Fatimah
Fuhhhh.....9 kali.
Sungguh, diri ini panjat kesyukuran kepadaNya, diberi tenaga dan kudrat untuk laksanakan tugasan ini.
Tugasan lain pun ada buat juga - paling happy dapat menjemur tiga load basuhan. Dan semuanya kering. Senangnya hati. Part kemas, on the way, insya Allah.
Sebenarnya, tugasan ni memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan jiwa tau.
Sebab itu saya memilih vitamin Shaklee untuk memenuhi keperluan nutrisi fizikal, mental dan emosi saya. Untuk jiwa, hujung penulisan nanti saya kongsi.
Vitamin Shaklee - pilihan saya dan keluarga |
Antara vitamin Shaklee yang jadi pilihan untuk kekal bertenaga ini adalah Cinch Tea Mix dan B Complex.
Cinch Tea Mix
Alhamdulillah, Cinch Tea Mix ni baru masuk stok Shaklee. Memang membantu beri tenaga dan mengekalkan fokus. Paling best, boleh dapat effect slim tau sebabnya teh ni bantu jauhkan craving makanan yang boleh menggemukkan. Tak caya, wajiblah cuba. Boleh roger.
Cinch Tea Mix ini adalah gabungan teh hijau, teh putih dan teh merah. Dan ramuan yang bantu meningkatkan tenaga seharian dan fokus adalah taurina. Memang superb lah ramuan ni.
Vitamin Shaklee - kategori minuman : Cinch Tea Mix |
Sesuai sangat untuk saya bergelar Pengurus Rumahtangga ni sebab keluar masuk, memandu dengan si cilik Al Fatih, fokus dan tenaga amat diperlukan.
Vitamin Shaklee - kategori minuman : Al Fatih pun nak minum jugak |
Masa bekerja dulu, memang WAJIB ambil sebelum memandu balik rumah dari tempat kerja kerana perjalanan yang pasti akan dipenuhi lampu merah (baca- kesesakan lalulintas 😁) Fokus dan tenaga memang penting.
B Complex
Vitamin anti stress dari Shaklee. Vitamin saraf. Memang superb Vitamin B dari Shaklee ni sebab ada sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee saja tau.
Dan paling best, bulan Oktober 2023 ni ada promo best, beli satu dapat yang kedua dengan diskaun separuh harga. Jadi, berbaloi sangat beli dua botol ni.
Vitamin Shaklee tengah promosi bulan Oktober 2023 |
Vitamin B Shaklee ni ada 8 jenis Vitamin B tau, termasuk asid folik. Jadi, sesuai untuk wanita yang dalam prose nak mengandung dan sedang mengandung. Vitamin B ni jua penting di ambil semasa berpantang untuk elakkan meroyan, sebab vitamin B ni bantu kawal emosi tau. memang ada kajian saintifik berkenaan perkara ini di mana pengambilan asid folik semasa berpantang boleh mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin dan membantu dalam pemulihan selepas bersalin berdasarkan kajian dan penulisan oleh Miller, B.J., Murray, L., Beckmann, M., Kent, T., Macfarlane, B., (2013). Dietary supplements for preventing postnatal depression. Cochrane Database of Systematic Reviews, Issue 10. Art. No.: CD009104. DOI: 10.1002/14651858.CD009104. Nampak kan betapa pentingnya Vitamin B ni kan.
Ahaa, untuk jiwa pulak, saya cuma terus kekalkan berselawat, baca doa naik kenderaan sebelum keluar rumah dan baca doa amalan sebelum keluar rumah seperti berikut.
Doa keluar rumah |
Dan saya akan ajak Al Fatih sama-sama sebut Allah. Syukur, Allah beri ketenangan.
Moga perkongsian ini bermanfaat.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023