Bismillah
Moga posting kali ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan keadaan kesihatan yang sejahtera.
Alhamdulillah saya dikurniakan dengan enam cahaya mata soleh, solehah. Kini berumur antara dua tahun dan 15 tahun.
Enam anak yang ambil Nutriferon Shaklee |
Dua anak saya pernah hadapi eczema, anak no 3- Anas dan anak no 5 - Fatimah
Semasa Anas menghidapi eczema ketika berumur dua tahun setengah, saya masih belum mengenali Shaklee. Alhamdulillah, eczema Anas sembuh selepas menggunakan produk semulajadi dari Australia jenama M**g**. Cuma proses pemulihan Anas begitu menyakitkan kerana pemakaian krim steroid. Masih segar di ingatan apabila atuk dan neneknya suruh berhenti memakai produk semulajadi tersebut selepas melihat tangan Anas berdarah-darah kerana kesan pemulihan dari krim steroid. Syukur sangat, selepas dua minggu bertahan, kulit Anas menunjukkan perubahan ke arah penyembuhan. Kini kulit Anas masih ada kesan eczema, dalam keadaan terkawal, Alhamdulillah.
Unfortunately, masa tu jarang-jarang ambil gambar, maka tiada gambar Anas dijumpai. Cuma memori di minda yang ada.
Anak no 5, Fatimah mula mendapat eczema semasa beliau berumur 10 bulan. Masih segar di ingatan ada satu tompok merah di muka yang tiada langsung menyangka itu adalah permulaan sakit eczemanya.
Tompokan eczema mula hilang |
Masa dengan Fatimah, saya sudah mengamalkan Shaklee. Cuma memandangkan Fatimah masih kecil dan menyusu badan, dapat nutrisi daripada saya yang mengamalkan Shaklee melalui susu badan. Tiada sebarang produk diberikan pada Fatimah semasa eczema mula-mula menjengah. Cuma ingat, ada mencuba produk-produk semulajadi komersil tetapi hasilnya menyedihkan. Kekadang makin teruk dan makin meradang kulit Fatimah. Cuma bertahan. Satu yang membuatkan diri ini lega, eczema Fatimah tidak menyebabkan Fatimah menggaru dengan menganas. Maksudnya dalam kawalan.
Aidilfitri menjelma. Bila nak raya ni, imun anak-anak perlu dijaga. Mana taknya, berjalan sakan, makan sakan. Sistem badan terganggu, sistem imun pun terganggu. Jadi, untuk bantu sistem imun anak-anak, semua diberi #NutriferonShaklee sebelum berjalan-jalan. Balik rumah, ambil lagi. Termasuk Fatimah yang ketika itu berumur dua tahun. Semasa ini, yakin dengan produk Shaklee yang SELAMAT, Fatimah yang berumur dua tahun pun diberi #NutriferonShaklee.
Inilah testimoni Shaklee anak saya.
Amazingly, beberapa bulan selepas Aidilfitri, ada yang menegur, "Kulit Fatimah nampak makin ok" Al maklumlah, terbiasa tengok hari-hari, perubahan yang ebrlaku tak perasan. Belek, belek, betullah, muka Fatimah makin kering.
Cari-cari gambar dan tengok semula. Inilah perubahan yang berlaku. Ada koleksi gambar yang menunjukkan perbezaan ketara dalam tempoh tiga bulan.
Perubahan yang berlaku selepas amalkan Nutriferon Shaklee |
Dan gambar paling win, selepas setahun Aidilfitri 2019, semasa Aidiladha, baju yang sama. Muka licin berseri awesome.
Shaklee Effect : Selepas setahun mengamalkan Nutriferon Shaklee |
Nutriferon Shaklee adalah sebatian proprietari eksklusif ekstrak empat tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga Safflower, biji Plantago dan bunga Japanes Honeysuckle. Empat tumbuhan ini telah melalui kajian yang dilaksanakan oleh doktor imunologi dari Jepun yang diberi nama Doktor Yasuhiko Kojima.
Bahan-bahan botani dalam Nutriferon Shaklee |
Satu perkara yang amat mengagumkan adalah penyelidikan dan penghasilan Nutriferon Granules ini mengambil masa bertahun-tahun oleh Doktor Imunologi ini bersama-sama dengan rakan-rakannya. Proses penyaringan, pengujian dan penilaian lebih daripada 200 ramuan berbeza yang menyebabkan tempoh yang lama diambil sehingga menemui empat bahan botani yang ekslusif kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Sungguh kagum dengan usaha ni.
Kita sekarang hanya perlu mendapatkan Nutriferon Shaklee dan telan sahaja. Kajian secara menyeluruh telah dibuat oleh pakar yang terlibat. Beruntung kan kenal Nutriferon Shaklee ni.
Jom, dapatkan segera. Klik di sini.
Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.
Dan moga dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
No comments:
Post a Comment