Saturday, 25 March 2023

Intermittent Fasting Ada Tak Bagusnya


 Bismillah

Moga posting ini menemui semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sungguh hebat bulatan bisnes Shaklee ni.
Sentiasa upgrade ilmu, sentiasa suntik semangat, sentiasa ingatkan, sentiasa refresh, sentiasa membantu, sentiasa hulurkan tangan. Allahuakbar, seronoknya bersama bulatan ini.

Intermittent Fasting kini memang menjadi terkenal, terutamanya apabila ia menjadi pilihan ramai untuk turunkan berat badan. Dan rupanya setiap jam berpuasa ini akan memberi hasilkan yang berbeza pada badan. Selama ni, saya buat Intermittent Fasting sebab nak kurus dengan sihat, tak pernah tahu mekanisme jam yang berbeza ini akan memberikan impak yang berbeza. Terima kasih pada Master Norita yang menganjurkan kelas bersama Dr Redza, pakar dalam bidang 'The Science of Nutraceuticals'



Dan ultimate kepada Intermittent Fasting secara umumnya adalah untuk mencapai tahap autophagy. Dan ini boleh dicapai apabila berpuasa selama 18 hingga 20 jam. Dan autophagy terbaik dicapai apabila tempoh berpuasa mencapai tempoh 72 jam ie iaitu selama tiga hari. 

Apa itu autophagy?
Autophagy ini adalah cara semulajadi tubuh membersihkan sel yang rosak dengan menghasilkan sel yang lebih baru dan lebih sihat.

Kenapa nak capai autophagy?
Kerana autophagy ni banyak manfaatnya. Antaranya membersihkan sel, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan otak, meningkatkan kekuatan sistem imun dan mengurangi risiko penyakit degeneratif

TETAPI

Di sebalik manfaat ini, rupanya terselit ketidaksempurnaan.

Autophagy boleh menjejaskan penghasilan kolagen dalam badan dan ini adalah tidak baik untuk badan kita. Dan autophagy ini terhasil daripada proses Intermittent Fasting. Fakta yang sungguh mengejutkan. Dan ini dibuktikan melalui kertas jurnal yang daijalankan oleh pakar yang terlibat dalam bidang berkaitan.


Kolagen merupakan komposisi sehingga 30% daripada protin badan kita. Hampir 1/3 daripada komposisi protin badan. Jadi, bila penghasilan kolagen dalam badan berkurangan, maka terjadilah proses menggelebeh. Kurus tapi menggelebeh. Kurus tapi nampak tua. Kurus tapi nampak uzur. Eeeeee, taknaklah.

Jadi, amatlah penting, semasa proses Intermittent Fasting, makanan tambahan, iaitu kolagen perlu ada dalam diet harian. Lebih-lebih lagi apabila kolagen dalam badan mula kurang penghasilannya apabila umur mencecah 30 tahun. Saranan saya sudah pasti lah kolagen Shaklee, supplement terbaik di Malaysia


Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.

Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang

No comments:

Post a Comment