Friday, 2 June 2023

Kata-kata Motivasi Buat Wanita Bergelar Isteri


Bismillah

Moga posting kali ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Memang sengaja pilih watak isteri untuk posting kali ini kerana dekat di hati, al maklum diri ini bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bergelar suami.

Gambar yang dipilih adalah Mama yang sentiasa di hati kerana Mama adalah guru pertama yang mengajar perihal seorang isteri melalui tauladan yang ditunjukkan dalam kehidupan beliau sebagai isteri kepada ayah.

Mama selalu memberi kata-kata motivasi secara tidak langsung kepada saya semasa beliau hidup. Kata-kata motivasi Mama diterjemahkan dalam perbuatan, tiada kata-kata secara langsung.

Antara yang saya ingat, Mama seorang yang sangat sabar. Sabar menjalankan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak. Mama sentiasa mengikut rentak anak-anaknya semasa kecil. Anak-anak nak makan, Mama ambil makanan dan beri makan. Anak-anak nak main, Mama ambil mainan dan main bersama. Anak-anak nak tidur, Mama dodoikan dengan alunan zikir. Sabar sungguh Mama melayan kerenah anak-anaknya. Sabar sungguh Mama melayan kerenah anak-anaknya. Maka, saya kaitkan sabar Mama ini dengan ayat Al Quran dari surah Al-Baqarah, ayat 153 berbunyi :



Maka benarlah kata-kata motivasi berbunyi 


Maka, buat isteri semua, percayalah, apabila sabar menjadi amalan dalam setiap perbuatan kita, kemanisan akan dikecapi, samada cepat atau lambat sahaj.

Selain itu, satu perkara lagi yang selalu Mama tunjukkan kepada kami, mudahkan urusan orang lain. Mama selalu dahulukan urusan anak-anaknya. Mama pastikan keperluan anak-anakanya dipenuhi. Apabila kami datang menziarahi Mama semasa Mama sihat, Mama akan suruh kami balik rumah segera apabila keadaan sudah lewat mala. Walaupun keadaan rumah Mama yang bersepah dengan mainan oleh cucu-cucunya, pinggan mangkuk yang ada belum dibasuh selepas santapan bersama kerana Mama tahu Mama boleh buat uruskannya dan anak-anak uruskan keluarga masing-masing di rumah pula. Sungguh sayang Mama kepada kami semua.

Maka dekat di hati apabila melihat hadis ini :



Mama sungguh memberi motivation kepada kami semua dalam menjalani kehidupan hariannya melalui perbuatan. Tiada kata-kata secara langsung. Namun perbuatannya semua menggambarkan kata-kata motivasi yang sentiasa menjadi canangan dalam media sosial, ceramah, seminar, teambuilding dan banyak lagi.


Bila kata-kata motivasi ini terngiang, buat wanita bergelar isteri, perkara-perkara rutin sebagai seorang isteri seperti bila nak mengemas rumah, Allah akan mudahkan; bila nak membeli barang keperluan rumah, Allah permudahkan; bila nak memasak, Allah jadiakan masakan itu sedap. Allahuakbar.

Dan sungguh ini yang paling ketara, Mama selalu berada di sisi kami apabila kami memerlukannya. Bila nak bercerita, Mama menjadi pendengar yang sungguh setia. Bila tekak nak rasa makanan istimewa, Mama akan carikan atau masakkan. Bila nak beli barang, Mama akan jadi peneman setia. Terima kasih Mama atas segalanya. Dan ini sungguh benar bila dikaitkan dengan ayat dari Al Quran, surah Al Qaf, ayat 16.


Jadi, untuk wanita bergelar isteri, ALWIZ BE THERE AND HERE.

Moga posting ini bermanfaat.

Moga kita sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia.


#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

No comments:

Post a Comment