Bismillah
Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.
Bila umur dah masuk 4 series ni, terasa weih nak umur 20, 30 balik. Mana taknya, umur 40 ni macam tanda permulaan merasa penuaan sedang berlaku. Buat kerja sikit, dah letih. Membaca sikit, mula penat. Buat senaman regangan sikit, seminggu rehatkan badan, sebab keregangan otot yang sakit dan tidak selesa. Huhuhu. Yang umur 40 pun rasa macam ni ke? Ke umur lagi awal dah rasa?
Jadi jom kita mendalami apa itu penuaan? Adakah penuaan sihat itu wujud? Adakah penuaan aktif itu berlaku?
Penuaan adalah proses proses alami, proses semulajadi pada tubuh yang semua orang akan lalui seiring bertambahnya usia. Usia bertambah, penuaan pasti berlaku. Jadi, memamng tak boleh elak, melambatkan insya Allah boleh.
Penuaan ini ada menujukkan tanda dan kesan
Antara tanda-tanda penuaan adalah metaboliseme tubuh menurun, pendengaran dan penglihatan menurun, menopause bagi wanita dan kesihatan tulang yang menurun, rambut mula beruban dan banyak lagi.
Nampak tak, apabila menua, prestasi badan mula menurun.
Ada lagi sebenarnya. Jantung mula mengalami masalah yang boleh mengundang penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan masalah jantung lain, sistem penghadaman mula terganggu seperti sembelit, sukar menahan membuang air kecil, mudah lupa, kulit mudah lebam atau luka, kulit mula berkedut seribu dan banyak lagi.
Cukup kita ambil tahu kesan-kesan penuaan ini. Sebab, bila tahu, rasa sungguh tak nak laluinya, namun ia adalah proses kehidupan untuk semua insan bergelar manusia.
Jom kita tengok definisi penuaan sihat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menurut definisi yang telah diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), proses penuaan secara sihat adalah apabila seseorang itu boleh bersosial dengan rakan-rakan, mengekalkan hubungan dan menyumbang kepada masyarakat walaupun usia mereka semakin meningkat.
Jom kita lihat apa pulak penuaan aktif di peringkat Malaysia
Mengikut Dasar Warga Emas Negara, penuaan aktif didefinisikan sebagai proses mengoptimumkan peluang dan penglibatan warga emas dalam keluarga dan masyarakat ke arah mendayaupayakan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup (Kementerian Pembangunan Wanita, 2011). Dengan kata lain, penuaan aktif membolehkan warga emas melakukan sebarang aktiviti samada secara sendirian, bersama ahli keluarga atau masyarakat untuk kesejahteraan hidup mereka.
Wah, bila baca kedua-dua definisi ni, terasa diri ini perlu melalui proses penuaan sihat dan aktif. Macam jadi misi apabila umur masuk 40 tahun ni.
Jadi, bolehkah kita kekal awet muda dan lambatkan proses penuaan supaya kita hidup muda lebih lama? Sebab muda dikaitkan dengan bertenaga, lawa, bergaya, aktif, fokus, banyak idea dan banyak lagi.
Tips paling utama adalah PENJAGAAN SEL. Kerana sel adalah binaan asas badan manusia.
Ahaa, nampak tak?
Jom kita buat susunan begini.
Sel yang tua/ sihat > akan beri kesan pada fungsi organ > akan beri kesan pada sistem badan
Jadi, kita kena pastikan sel kita menua dengan sihat. Jadi, proses penuaan sihat boleh berlaku dan moga ia seiring dengan definisi daripada WHO.
Bagaimana PENUAAN SEL terjadi?
Ada 4 Mekanisme Penuaan Sel Badan, iaitu :
1) DNA cepat rosak
2) AGE Protein
3) Mitokondria berkurang
4) Telomere memendek
Macam jadi saintis. Jom kita dalami mekanisme yang pertama.
DNA Rosak
Apa faktor DNA rosak? Antara salah satu penyebab DNA Rosak adalah disebabkan radikal bebas
DNA manusia, DNA normal dan DNA rosak |
Radikal bebas ini boleh datang dari pemakanan, mahupun gaya hidup. Terutama stress atau tekanan.
Pemakanan boleh kita kawa, gaya hidup boleh kita pilih tetapi stress?
Stress - antara punca penuaan |
Tidakkkk..macamana nak elak stress. Tanpa sedar pun boleh berlaku. Betul tak?
Jadi, kita perlu melindungi dan memperbaiki DNA ni. Memang complicated sungguh. Proses ni bukan macam pakai payung semasa hujan ataupun pakai perisai semasa berperang. Sebabnya DNA ni ada dalam badan dan merupakan binaan asas dalam badan yang hanya nampak melalui mikroskop.
Salah satu cara adalah dengan mengamalkan antioksidan yang betul untuk melindungi dan memperbaiki DNA ini. Dan antara antioksidan yang wujud adalah polifenol. Dan polifenol ini terlalu luas spektrumnya dan terdapat sehingga 8000 jenis. Jadi, perlu pilih polifenol yang betul-betul memberi kesan sebagai antioksidan yang memperbaiki dan melindungi DNA.
Polifenol yang luas spektrum ini yang ada di pasaran terdapat dalam campuran botanikal yang diadun secara berpaten dalam Vivix Shaklee.
Dalam kajian makmal yang dilakukan, polifenol dari campuran botanikal ini sangat-sangat terbukti untuk :
︎ melindungi DNA dari rosak
︎ menyokong pembaikan & pembaharuan sel
︎ membantu sel berfungsi dgn sihat semula
Semua fakta di atas disokong dengan ujian klinikal.
Wah, seronoknya bila tahu perkara ini.
Jadi, jom pilih antioksidan terbaik untuk kita amalkan.
Mekanisme lain akan saya kongsi pada posting seterusnya, Insya Allah
Dan suka saya katakan di sini.
Umur 20 boleh mula ambil.
Umur 30, elok amalkan
Umur 40, kena ambil dan amalkan.
Syukur kehadrat Ilahi kerana saya mula amalkan Vivix Shaklee ketika berumu 35++. Agak lewat sedikit, better late than never kata orang putih.
Sungguh, kesan penuaan ada berlaku pada saya ketika berumur 40 ni. Namun, jika saya tak ambil antioksidan ini, proses itu rasanya lebih cepat berlaku. Sebab sekarang ni, bergelar pengurus rumahtangga sepenuh masa, memerlukan tenaga, memerlukan fokus memerlukan kebijaksanaan lebih hebat dariada semasa bekerja. Dengan cabaran anak-anak membesar lagi. Sungguh sesudu Vivix Shaklee sehari amat membantu saya dalam menjalaini kehiduapn seharian, Alhamdulillah.
Jom #LiveYoungerLonger. Insya Allah.
#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#VivixShaklee
No comments:
Post a Comment