Friday, 5 May 2023

Cerita pasal Abe yang rindu Tok Ma

Bismillah.

Moga posting ini menemui kalian dalam kemanisan iman dan dalam keadaan sihat sejahtera.

Tok Ma dengan Abe

Mama meninggalkan kami selamanya pada 31 Ogos 2021. Sedar tak sedar, hampir dua tahun berlalu.

Dan ini yang berlaku hari ini, pada bulan Mei 2023.

Van jenazah lalu di hadapan sekolah baru Abe.

Van jenazah yang lalu. Ilustrasi.


Terus abe berkata, "Tok Ma".

Video di bawah diambil masa Abe berjalan menuju ke sekolah.


Allah, ingatan Abe masih kuat. Perkara yang kami tak pernah sangka.

Pada hari pemergian Tok Ma, Abe menyaksikan Tok Ma dibawa masuk ke dalam van jenazah dan dibawa pergi. Selepas beberapa jam, van jenazah hantar jenazah Tok Ma kembali ke rumah kerana keadaan tidak mengizinkan proses pengebumian berlaku pada petang itu lanjutan jadual pengembumian mangsa Covid 19 berlaku selepas jam 4 petang. Maka, jenazah Mama bermalam di rumah satu malam. Sayu.

Pada hari keesokannya, van jenazah yang sama datang dan sekali lagi Abe menyaksikan jenazah Tok Ma dibawa masuk ke dalam van jenazah dan dibawa pergi. Tetapi kali ni, Tok Ma tak kembali ke rumah kerana dibawa ke pusara untuk proses pengebumian.

Abe menyaksikan Tok Ma dibawa masuk ke dalam van jenazah

Apabila saya, suami, ayah dan adik beradik tiba di rumah, soalan pertama yang ditanya Abe, "Tok Ma mana?" Jawapan saya, "Tok Ma jumpa Allah". Tanpa memikirkan Abe memahaminya atau tidak.

Dan hari ini, pada tahun 2023, Abe masih ingat kenderaan terakhir yang Tok Ma naiki. Allahuakbar.

Sayang sungguh Abe pada Tok Ma. 





Dan kasih sungguh Tok Ma pada Abe sehingga meninggalkan kesan yang mendalam pada ingatan Abe.

Mama menangis, mengalirkan air mata semasa menghantar Abe ke bilik OT untuk pembedahan jantung berlubang 13 tahun yang lalu. Saya yang merupakan ibu kandung pada Abe pun tidak mengalirkan air mata. Allah, kuat sungguh kasih Mama kepada Abe.

Moga Mama tenang di sana bersama para solihin. Al Fatihah.

#agenshakleebukitindahampang
#NextLevelBlogging
#CeritaMama
#CeritaAbe

No comments:

Post a Comment