Saturday, 25 February 2023

Pernah dengar community bisnes Shaklee? 9 Sebab kenapa community ini sangat best :)

Bismillah

Moga posting ini menemui kalian semua dalam kemanisan iman dan kesihatan yang sejahtera.

Sungguh bersyukur bila aturan Allah menemukan diri dengan bisnes Shaklee. Mana taknya - insentif Shaklee yang selalu disuarakan 3C - Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip sungguh menggoda. 3C yang menjadi idaman majoriti manusia seluruh dunia. Semua orang ada peluang yang sama untuk mendapat ketiga-tiga insentif ini, tak kira latarbelakang, tak kira asal usul, tak kira dah kahwin ke belum, tak kira dah ada anak ke belum. Yang penting, USAHA. Insya Allah, hasilnya Allah akan tentukan.

Dan bertambah kesyukuran ini apabila terjebak dengan bisnes ini, sebenarnya berada dengan community bisnes Shaklee juga tanpa sedar. Ya, tanpa sedar, ukhuwwah terjalin; tanpa sedar, kemesraan wujud; tanpa sedar, kejayaan diraih; tanpa sedar, cinta berputik; tanpa sedar, sayang bertambah mekar. Betul, inilah community bisnes Shaklee.

1) Rujuk ALLAH selalu

Community bisnes Shaklee ini selalu mengingatkan diri sebagai hamba kepada Pencipta Yang Maha Esa. Ahli sepasukan sentiasa mengingatkan diri, pentingnya niat, pasang niat yang betul setiap hari, kenapa buat bisnes, kenapa masak hari ini, kenapa buat content, kenapa buat LIVE. Semuanya adalah untuk mencari redhaNya. Semuanya adalah untuk menambah saham di akhirat sana. Semuanya adalah untuk meraih jannah Firdaus.

Dalam community bisnes Shaklee ini, saya kenal secret life, private life, public life. Setiap satu ada makna tersendiri. Setiap satu ada cara untuk dilalui. Bangun tahajjud salah satu caranya. Manis sungguh apabila menunaikan solat tahajjud dengan ilmu.

2) Bekerja bersama tanpa kenal rank

Dalam bisnes Shaklee, memang terdapat rank, mengikut pencapaian dalam bisnes. Namun itu bukan penghalang untuk bekerja bersama. Belum ada rank pun boleh bekerja bersama dalam community bisnes Shaklee. 

Bila bersama comunity bisnes Shaklee, bekerja bersama itu tiada masalah, hatta sekalipun berbeza legasi atau kumpulan. Kerana matlamat kami nak ramai sihat dengan Shaklee.

3) Utamakan keluarga

Percaya tak, community bisnes Shaklee ini saling mengingatkan untuk mengutamakan keluarga. Utamakan keperluan keluarga. Susun jadual bisnes ikut jadual keluarga. Bukan jadual keluarga ikut jadual bisnes. Amazing kan? 

Bila ada perkongsian, mesti ingatkan, pastikan ahli keluarga dah makan

4) Master Coordinator ajar untuk jadi Master Coordinator

Part ni memang betul-betul buka mata saya. Dalam syarikat, mana ada CEO ajar jadi CEO kan, kecuali calon tersebut adalah pengganti CEO. Dalam community bisnes Shaklee, naik sama-sama, mendaki sama-sama, jumpa di puncak sama-sama. Semuanya buat sama-sama, saling berpegangan tangan. Allahuakbar, Wow sangat.

Bersama Master Tiera

Bersama Master Affni

Bersama Master Maria

Bersama Master Ainul



5) Ada buddy 

Dalam community bisnes Shaklee, kita bekerja secara buddy walaupun upline kita berbeza Master Coordinator. Sistem buddy dalam community ni best sebab sama-sama membakar semangat, sama-sama mendoakan, sama-sama nak berjaya. Tiada isu, nanti customer pergi kat dia, customer beli dengan dia. Sebab masing-masing tahu, masing-masing memahami. Semua adalah aturan Allah SWT. Semua telah ditetapkanNya. Teruskan usaha, teruskan perjalanan. Dan PERCAYA.



6) Tempat rujukan

Ahaa, community bisnes Shaklee menjadi tempat rujukan pelbagai masalah dunia sejagat. Bukan masalah produk sahaja boleh dibincangkan. Masalah anak, tips nak hadapi cranky baby, tips nak dapat anak, tips time mangement, menu minum petang - katakan apa sahaja. Isu dunia pun ada terselit supaya tidaklah menjadi katak bawah tempurung.

7) Ilmu dan pengalaman dikongsi dengan ikhlas

Ini antara yang paling mahal dalam community bisnes Shaklee. Setiap yang ada ilmu, berkongsi sungguh-sungguh pengalaman yang dilalui. Dan ada perkongsian tu diperincikan sungguh-sungguh supaya sampai dan dapat ilmunya. Mana tak makin bertambah sayang dengan community bisnes Shaklee ni.

8) Tempat mengadu

Apabila bergelar wanita, mengadu tu memang menjadi fitrah. Mengadu dengan suami perkara lain, mengadu dalam community bisnes Shaklee perkara lain. Macam bahu untuk bersandar. Bila dilluahkan, beban yang ditanggung berkurangan dan perasaan lega mengusai diri. Sungguh best berada dalam community ini

9) Bulatan yang sentiasa create excitement

Betul, bisnes perlukan excitement. Dan hakikatnya, semua perkara perlukan excitement. Jadi, community bisnes Shaklee ni memang sentiasa, selalu mewujudkan excitement tersebut. Promo produk memang create excitement, namun kalau sekadar di poster, excitement nya hanya di gambar. Excitement yang ada dalam community ini membuatkan ahlinya bertambah kasih sayang, bertambah kemesraan, erat ukhuwwahnya. Masya Allah.

Bersama team Jutawan

Ikutkan ada banyak lagi best nya community bisnes Shaklee ni. Dah join, baru alaminya.

Moga kita semua sama-sama sihat, berjaya, kaya dan bahagia, Insya Allah.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#agenshakleebukitindahampang


No comments:

Post a Comment